ISU SEMASA Viral

Cac4t angkara tin kosong penyembur racun serangga melet0p ketika bakar sampah

SIAPA sangka kejadian sembilan tahun lalu meninggalkan kesan komplikasi kulit buat seorang kanak-kanak lelaki ini.

Akibat disambar api letopan, Muhamad Iqram Hashim yang berusia 11 tahun, menetap di Felda Jengka 23, c4cat anggota tubuh.

Insiden itu tidak hanya menyebabkan kesan melecur dan parut kekal, malah fizikalnya menjadi tidak normal seperti kanak-kanak sebaya yang lain.

Muka, tangan, telinga, dada dan pahanya yang ditumbuhi ketulan daging semakin mengecut namun rasa gatal luar biasa akan dihadapinya ketika berada di kawasan panas.

“Lengannya tidak dapat diluruskan, gigi dan kulit turut mengalami kerosakan.

“Pembedahan terhadap Iqram perlu dilakukan segera sebelum berumur 13 tahun bagi mengelakkan anaknya berasa rendah diri apabila meningkat remaja kelak.

“Namun sebagai ibu tunggal yang tidak bekerja, saya tidak mampu menyediakan kos pembedahan berjumlah RM20,000,” katanya yang tinggal di rumah bapanya.

Mengimbau kembali kejadian menimpa anaknya, Suraya berkata, insiden berlaku ketika dia sedang membakar sampah di belakang rumahnya di Felda Kumai, Bera, pada 26 November 2011.

“Tanpa diduga tin kosong penyembur racun serangga yang berada di dalam sampah itu meletup.

“Iqram ketika itu berusia dua tahun dan berada kira-kira satu meter dari tapak pembakaran. Dia disambar api dan menjerit kesakitan,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, anaknya itu perlu ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh setiap dua bulan sekali untuk menjalani pemeriksaan serta rawatan lanjut.

Orang ramai yang mahu membantu mangsa boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 156141643641 atas nama Suraya Abdul Manan.

Tampil untuk membantu Iqram, pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya turut berkongsi kisah kanak-kanak itu di Twitter miliknya.

Rata-rata pengikutnya memberikan respons dan kata-kata positif buat Iqram serta mereka maklumkan tidak dapat menyalurkan bantuan kerana kemungkinan akaun bank ibunya itu telah mencapai limit.

Kata Fedtri, jika ada jiran-jiran di Felda Jengka bolehlah membantu ibu Iqram berurusan dengan bank kerana ada anak masih kecil dan juga berharap pembedahan berkenaan akan jadi realiti.

Justeru ibu bapa yang hendak membakar sampah perlu lebih berhati-hati.

Sumber : sinarplus

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *