ISU SEMASA

Pelajar Cemerlang SpmTerp4ksa Kahwin Dengan Cikgu… Tak Sangka Ini Yang Suami Buat

Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikums hai..

saya Linda…

saya berasal dari kelantan…

saya sedih dengan Takdir hidup saya…

apa salah saya saya dibesarkan disebuah keluarga miskin.

saya berkahwin kerana terpaksa…

mak saya pergi buat selamanya kerana sakit sewaktu saya berusia 16 tahun.. saya anak tunggal..
1 Tahun saya meratapi pemergian mak…

ayah yang jaga saya.

Saya tak ada sapa2, makcik pakcik belah mak dan ayah saya tak suka kami…

diusia saya 17 tahun ayah pula tinggalkan saya… ayah pergi kerana s4kit ja4ntung..

masa tu gelap dunia saya … saya hampir jadi tak waras..

tapi saya kuat kann semangat walaupun berkali2 saya reb4h…

saya hil4ng arah… saya down. saya tak semangat kesekolah tanpa mak dan ayah.. tapi kehidupan harus diteruskan.. perbelanjaan harian saya dibantu oleh guru2 sekolah ,biasiswa dan jiran2…

saya mendapat keputusan cemerlang dalam spm 7A 3B..

saya mendapat tawaran asasi matrik dan diploma… namun saya sedih kerana tiada duit untuk saya pergi belajar…

lagi pun jiwa saya ters3ksa kerana hilangnya tempat mengadu, hidup saya penuh dengan trauma.

Tiba2 pada suatu hari Allah kenalkan kepada saya seorang lelaki berusia 29 tahun bekerja seorang guru…

dia ingin menikahi saya namun alasan saya belum bersedia dan dia terus melamar saya, saya berfikir panjang akhirnya saya menerima dia sebagai suami saya…

saya menerima dia kerana saya dah tiada ada sapa2 dah.

Kalau ikutkan hati saya, Saya memang nak belajar kerana saya adalah murid cemerlang disekolah, pelajaran amat penting pada saya namun setelah mak dan ayah pergi menghadap illahi..

semuanya berubah sekelip mata.

Akhirnya saya menjadi isteri dia yang sah diusia saya umur 18 tahun..

sebulan kami bernikah suami saya tiba2 memb3nci saya..

saya pelik dan terus tertekan, dia menghin4 saya seawal sebulan bernikah.. saya tanya dia, dia tak jawab malah dia meng4muk..

saya sedar saya insan yang hin4 hadir dalam hidup dia.. hari demi hari perangai suami saya terus berubah,

dia mudah panas dengan saya, dia selalu berkasar dengan saya sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan seperti lambat bukak pintu bila dia pulang dari kerja.

5 bln kemudian kami nikah..

suami saya jarang pulang kerumah.. bila ditanya dia tampar saya..Ya Allah Azabnya hidup saya…. apa yang Allah nak tunjukkan pada saya ..

suami saya pulang lewat malam dan dia terus masuk tidur dalam bilik tamu bukan dalam saya… dia berseorangan…

saya cuba kemas2 beg dia…

dan terjumpa sebiji handphone…hati saya rasa nervous tapi saya buka juga.

Dan saya melihat dalam handphone tu rakaman suami saya menidvri perempuan luar..

dan ada perbualan tak seonoh dengan perempuan tu …luluh hati saya ….

namun saya terus memujuk hati saya bahawa saya hanyalah menumpang sahaja dlm hidup dia..

apa yang saya lihat malam tu saya tak bertanya pun kat suami saya, cukuplah biar saya yang mengenali siapa dia sebenar.

saya terus mejalani rutin2 yg memeritkan dan kesedihan …

walaupun muka saya terus senyum di depan dia..tapi hati saya hancvr sehancurnya Allah yang tahu…apa yang lagi memeritkan pada suatu malam…

suami saya bawa perempuan lain masuk kedalam rumah saya.. dan wajah perempuan itu adalah perempuan yang ada dalam rakaman video yang saya lihat pada malam itu.

Sekali lagi saya down tapi saya buat 2 tak tahu apa2 dan saya cuba tanya suami saya dengan nada yang lemah siapa perempuan ni..

dan suami kata perempuan tu adalah bakal isteri dia.. saya hanya mengalir airmata dan saya menjerit sekuat hati.

Kenapa buat mcm ni pada saya..saya menj3rit hingga hampir nak pitam …suami terus menolak saya hingga jatvh dihadapan perempuan tu..

dan pada malam itu juga

Suami meluahkan kepada saya sebenarnya dia tidak bern4fsu melihat saya pada malam pertama lagi kerana fizikal saya masih lagi seperti budak2 bawah umur…

dan dia bagitau saya juga dia tak akan berbuat baik kepada saya kerana bimbang sekiranya saya ingin mengikis hartanya..

mugkin dia berfikira saya orang miskin. Akhirnya suami saya bgtau saya untuk menfailkan perpisahan..
selepas suami saya membuat permohonan perpisahan dimakhamah saya disahkan berpisah talak 2… dan diusia 20 tahun saya bergelar janda…

saya kembali semula ke kampung saya… saya redha degan takdir hidup saya….1 bulan dari tarikh berpisah…

saya mengalami keletihan, muntah2…saya tak ada sapa2 untuk minta tolong, hidup saya sebatang kara dah.

Hari demi hari saya terus mvntah dan saya ke h0spital..

Doktor mengesahkan saya mengandung dan kandungan saya berusia 7minggu..

saya bersyukur dengan penuh dengan linangan air mata… dan masuk kandungan saya 6 bulan..

Doktor mengesahkan saya s4kit otak tahap 2… sampai sekarang bekas suami tidak tahu bahawasanya saya sedang hamil anak dia.. dan saya juga janji selepas bersalin saya akan serahkan anak ini pada bapanya.

Nanti saya dah tak ada kudrat lagi nak jaga anak ini… saya tak nak bagi anak ini susah sama2 dengan saya..orang kampung yang banyak bantu saya..

Doakan saya sahabat2 semua semoga Allah kuatkan saya..amin.

Komen warganet.

Jgn beri anak tu pd ex suami yg j4hat nanti teran4ya lg teruk bb tu.dtg r tinggal kat rmh makwan.selagi hayat ade kite besarkan anak tu.Bykan Doa.Allah ubah nasib kite Doa yg yg teranaya tiada Hijab.

Allahu akbar, betapa besarnya ujian yg adik hadapi, banyakkan bersabar dan dktkan diri banyak2 kpd Allah, inshaa Allah, ganjaran pahala yg besar Allah sediakan utk adik. Semoga dpermudahkan Allah dlm urusan.

Allahuakbar…bertimpa2 masalah kau dik. Semoga Allah ringankn beban adik. Tp ank tu…jgnlh beri pd ayahnya…takvt diapa2kan pulak ank tu nt. Cma beritahu die sj….ank yg adik kandungkn tu. Serahkan ank tu pd keluarga angkat…tp beritahu jglh pd keluarga angkat tu nt.siapa ayah kandungnya. Itu penting sbb nk mnjaga nasab. Takvt bila bby tu bertemu jodoh dgn ank yg lain dr zuriat ayah kandungnya…takvt terkahwin adik beradik pulak nt…walaupn berlainan ibu.

allah sedihnya ujian demi ujian sis lalui. di dokan moga kuat. & bersabar mengandungkan bby. & di permudahkan melahirksan zuriat. di ampuni d0sa2. mudah_mudahan suami sis terima snk yg sis kandung.

Allahu…sedihnya perjalanan hidup adik…kak doakan semoga adik tabah dan byk bersabar…semoga dipermudahkan Allah segala urusan adik.

Semoga allah mempermudahkan urusan awk..ya allah..adik klau suami awk tk nk ank die, awk cari la ibu angkat utk ank awk..jgn biarkan ank awk mend3rita seperti awk skrg.. .bagus lagi ada keluarga angkat..kerana bapa kandong nya belum tentu,akan jadi yg terbaik utk nya.

Allahuakbar sebak kak baca dik. Semoga kuat dan tabah hingga melahirkan anak nanti. Adik.. Carikan keluarga angkat untuk anak atau serahkan kepada pusat penjagaan yang sah dan baik2. In syaa allah allah akan membalas cash kepada orang yang menganiayai anak yatim piatu.

Sumber: krt

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Lelaki Ini Nikah Dengan Gadis Asli..Nekad Pasang Camera Dirumah Bila Isteri Selalu Leb4m Dan Ceder4

Admin, ini akaun fake.

Taksanggup nak guna akaun sebenar.

Tak mampu jika ada orang tahu tentang aib yang berlaku dalam keluarga saya sendiri.

Semasa saya menulis ini, sudah tiga bulan saya dan isteri tinggal berasingan dari ibu saya.

Saya berkahwin dengan isteri sejak 6 tahun yang lalu.

Dia adalah wanita pilihan ayah saya.

Isteri saya tidak pernah bersekolah sejak kecil.

Ayahnya orang Cina (driver lori balak) dan ibunya pula Orang Asli.

Mertua tidak berkahwin.

Isteri saya dider4 oleh neneknya sejak dari kecil.

Kemudian dijaga dan dibesarkan serta bekerja di gerai makan milik bapa saudara sebelah ibunya yang sudah berkahwin dan beragama Islam, tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sepenuhnya.

Ayah saya berkenan pada isteri ketika dia menyertai lawatan ke penempatan Orang Asli.

Dia mahu gadis itu dijodohkan dengan saya, katanya mahu menambah umat Nabi Muhammad dan kasihan melihat bakal isteri bekerja seperti kuli dalam keadaan yang tidak terurus.

Ketika itu, isteri belum mencapai usia 20 tahun.

Ayah ingin bebaskan dia dari kehidupan yang d4if.

Tambahan pula ketika itu saya baru saja putus pertunangan yang dimeterai hampir tiga tahun.

Oleh kerana hati yang lara, saya terima saja memandangkan bakal isteri cantik, campuran Cina dengan Orang Asli.

Cuma dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis, tidak tahu tentang dunia, media sosial apa semua pun tak pernah tahu.

Isteri saya tiada agama, tiada didikan agama sehinggalah dia berkahwin dengan saya, dengan nama indah yang dipilih saya sendiri.

Tetapi itu bukanlah isunya.

Hasrat ayah disambut baik oleh ibu dan ibu setuju serta memberi harapan agar perkahwinan dipercepatkan.

Ibu meminta saya dan isteri tinggal bersama dengannya agar ibu dapat dekatkan isteri dengan agama.

Lagipun ibu sunyi di rumah dengan ayah yang bergilir ke rumah isteri lain dan juga kerap out station.

Adik pula masih belajar di IPT.

Awal perkahwinan, kami keluarga yang bahagia.

Ibu mengajar isteri solat/mengaji dan saya mengajarnya menulis dan membaca.walaupun kadang-kadang terasa jerih kerana dia amat sukar untuk memahami apa yang diajar. .

Lidah yang tidak pernah membaca, masakan mudah untuk mengaji dan solat.

Walaupun bacaannya tidak lancar, saya selalu menjadi imam buatnya di waktu malam.

Lebih banyak dia mengikut saja pergerakan saya dari membaca bacaannya sendiri.

Makan tahun untuk mengajar isteri, akhirnya dia mampu solat dan mengaji sendiri walau ketika dia mengaji saya selalu ketawa sendiri kerana cara bacaannya seperti kanak-kanak.

Sesungguhnya Allah sentiasa menduga hamba-hambaNya.

Setiap suka, tentu ada dukanya.

12 Januari 2017 yang lalu, saya ternampak kesan berbirat di kaki kanan isteri lalu saya tanya kenapa.

Katanya, dia terlanggar bucu katil.

17 Januari 2017, ada kesan lebam besar di lengan sebelah kanan.

Saya menjadi semakin hairan tetapi bila ditanya, isteri kata dia terlanggar meja pula.

Dan yang menjadi semakin hairan, isteri semakin pendiam dan tidak banyak berbual.

Dia lebih banyak menyendiri di dalam bilik walaupun sewaktu saya ada di rumah.

Sesekali dia duduk berkumpul bersama.

Selepas menyiapkan kerja rumah, dia kemudian masuk ke bilik tidur.

Saya mati punca, tidak tahu kenapa.

Tetapi bila ditanya, katanya tiada apa-apa.

Saya sangat buntu pada minggu itu.

Bila tanya ibu, ibu cakap tiada apa-apa.

Saya mohon kepada Allah, sesungguhnya tunjukkanlah saya jalan apa yang perlu saya buat.

24 Januari 2017, isteri ada kesan lebam di dua tiga tempat belakang badannya.

Tiada cara lain untuk tahu kenapa isteri jadi begitu, saya berkongsi cerita dengan kawan baik. Katanya, “Camera will never lied to you”.

Memandangkan dia seorang cyclist, dia pinjamkan saya goPro miliknya untuk digunakan di rumah.

“Letakkan di tempat paling tinggi, keseluruhan ruang akan nampak.

Rekod hanya mampu selama 15 minit untuk setiap video tetapi jumlah rakaman selama 12 jam,” katanya.

*kawan, jasamu takkan pernah aku lupa.

Jam 6 pagi subuh keesokan harinya, saya letak GoPro senyap-senyap di atas kabinet pinggan hiasan ibu.

Jelas nampak seluruh ruang tamu dan sedikit ruang dapur, dengan harapan

Allah tunjukkanlah saya bukti.

25 Januari 2017, saya bawa GoPro itu ke pejabat.

Ketika itu bateri sudah habis, maka saya perlu transfer data rakaman ke laptop untuk melihat rakaman video yang telah dirakam.

Saya tak sabar menunggu waktu rehat, supaya saya boleh melihat dengan tenang.

Sebelum saya membuka rakaman, saya berdoa pada Allah tunjukkanlah saya jalan yang terbaik.

Saya mainkan satu rakaman demi satu. Kelihatan ibu keluar mengajar kelas Al-Quran jam 8 pagi untuk ke madrasah.

Sejurus itu kelihatan isteri saya keluar dari bilik untuk mengemas rumah, memasak di dapur untuk seketika.

Tiada apa yang pelik berlaku.

Namun jam 11.25 pagi, ketika ibu pulang dari mengajar, isteri yang sedang menyapu di ruang tamu tidak semena-mena ketika ibu melintasi isteri di ruang tamu, ibu tarik rambut isteri dari belakang lalu dihumban kepala isteri ke lantai.

Saya tergamam!

Betulkah apa yang saya lihat ini?

Saya ulang sekali lagi, ulang dan ulang.

Ketika saya melihat video itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.

Jelas dalam rakaman itu, isteri saya sakit dan ketakutan membetulkan rambutnya.

Ibu datang semula dengan cepat dan ambil penyapu yang jatuh kemudian dilibas belakang badan isteri.

Tangan dihayun selaju-lajunya.

Isteri saya menahan penyapu dari terus memukul badannya.

Tetapi ibu libas lagi sebelum hempas penyapu ke badan isteri.

Ketika saya menulis ini, saya masih lagi tidak mampu mengawal perasaan, menangis dalam hati saya mengingatkan apa yang isteri saya lalui.

Saya tidak mampu menonton rakaman yang lain, terus tutup laptop.

Saya menangis di meja semahu-mahunya sambil mengenangkan isteri.

Isteri saya tidak pandai dalam serbia-serbi, tidak pandai membaca, menulis dan bercakap pun masih tergagap-gagap.

Dia juga takut berhadapan dengan orang yang tidak dikenali, tidak pernah mahu mengikut ke majlis keramaian kerana malu diperhatikan.

Saya berkahwin dan membawa dia tinggal bersama dengan ibu dengan harapan dapat merubah dia dari kehidupannya sebelum ini.

Dia dider4 nenek dan bapa saudaranya, dic4bul sepupu dan tiada siapa yang membela nasibnya sejak dari kecil lagi.

Sehinggalah dia berkahwin dengan saya.

Saya dengan penuh bangga dan mendabik dada kononnya saya telah menjadi penyelamat kepada isteri dari kehidupan yang malang.

Hakikatnya tanpa saya tahu, tiada bezanya kini dengan kehidupan yang lama dan yang lebih menyakitkan ialah orang yang paling saya sanjung sejak dari kecil, yang paling saya sayang, yang saya dahulukan dalam semua hal telah melukakan hati saya serta isteri yang saya amat cintai.

Saya kemaskan barang-barang di office dan beritahu kawan-kawan yang saya ada masalah kecemasan dan terpaksa pulang segera.

Saya offday. Sepanjang perjalanan pulang, saya menangis.

“Kenapa, kenapa ibu buat begitu pada isteri saya? Apa salah isteri saya?”

Setibanya di pintu rumah, saya nampak isteri sedang menjemur baju.

Ibu tiada kerana kelas mengajar ibu selepas Zohor.

Ketika masih di dalam kereta, saya menangis dan isteri melambai-lambai dan tersenyum pada saya.

Ketika saya melihat isteri, ssaya melihatnya dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang yang tidak pernah saya rasai pada sesama manusia selama saya hidup.

Betapa tulus dan baiknyamu wahai isteri.

tidak pernah walau sekali pun dia menceritakan apa yang ibu lakukan pada dia.

Apatah lagi nak memburuk-burukkan ibu saya.

Siapa tahu, kan?

Bila kita akan jatuh cinta lagi, jatuh cinta yang paling mendalam dalam hati.

Itulah yang saya rasakan.

Saya keluar dari kereta, isteri datang pada saya hulurkan tangan untuk disalam.

Saya terus memeluknya dengan erat kemudian menangis.

“Abang kenapa?” soalnya.

“Kita kemas kain baju, bawa yang mana perlu bawa sahaja. Penuhkan satu beg, cukup kelengkapan kita berdua untuk seminggu. Jangan tanya apa-apa,” kata saya padanya.

Ketika itu hati saya sudah tidak mampu nak bertahan, bimbang tidak dapat mengawal emosi.

Sesungguhnya Allah telah memberiku amanah untuk dijaga dan amanah ini akan saya jaga selagi mana hayat saya masih ada.

Sepanjang perjalanan pulang dari office, saya telah merancang untuk membawa isteri tinggal di hotel sementara saya mencari rumah sewa.

Saya daftar masuk ke bilik hotel yang selesa untuk isteri agar saya tidak perlu risau akan keselamatan dia.

Saya mesej ibu dan beritahu saya bawa isteri pulang ke kampung pakciknya untuk seminggu.

Bila ibu tanya kenapa, saya langsung tidak membalas mesej ibu.

Ayah tidak tahu tentang hal ini kerana ayah selalu berjauhan.

Ibu saya seorang yang disanjung masyarakat kerana mengajar mengaji di madrasah, mengajar kitab fiqah di kampung-kampung sebelum, seorang yang berpengetahuan tinggi dalam agama, cantik berpakaian dan kemas sentiasa.

Menjadi contoh buat ibu-ibu yang lain.

Seorang yang saya sanjungi semasa kecil hingga dewasa dan juga bercita-cita mencari seorang isteri yang mempunyai akhlak dan ilmu seperti ibu.

Tetapi Allah temu dan jodohkan saya seorang isteri yang serba kekurangan, tidak berharta, tidak berilmu dunia apatah lagi akhirat.

Salasiah keturunan yang celrau, tidak pandai bersiap, tidak pandai mencantikan diri, tiada apa-apa yang dapat bandingkan isteri dengan ibu.

Tetapi Allah itu maha kuasa.

Saya temui cinta ikhlas, kebaikan dan ketenangan dalam hambamu yang paling serba kekurangan.

Dia isteri yang paling saya cintai.

Kini saya sudah menyewa sebuah rumah yang selesa buat kami berdua walaupun kecil.

Tetapi isteri saya teramat gembira.

Setiap kali melihat wajah isteri, perasaan kasih itu tersentuh sampai ke dalam hati perasaan rindu itu lebih kuat dari sebelum ini.

Untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini, isteri tidak pernah memberitahu saya tentang yang berlaku di antara ibu dan dia.

Setiap hujung minggu ketika cuti bekerja, saya bawa isteri pulang ke rumah ibu tetapi tidak pernah walau sekali saya biarkan ibu dan isteri berdua-duaan.

Tidak pernah dan tidak akan berlaku lagi.

“Kenapa pindah?” tanya ibu.

“Senang nak berulang alik dari office ke rumah,” jawab saya.

Ibu dan ayah tidak tahu di mana tempat tinggal saya.

Saya sayangkan ibu tetapi saya sayangkan isteri saya lebih lagi. Dia tidak punya sesiapa di dunia ini.

Hanya sayalah yang dia ada, hanya saya yang menjaga dia.

Dia tidak mungkin membaca luahan saya kerana dia tidak mempunyai akaun media sosial.

Dia tak mungkin membaca luahan saya kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook dan tidak mampu membaca mesej shortform.

Ketika saya menaip ini pun, dia ralit dengan buki Harry Potter versi Melayu yang saya belikan untuknya.

Sudah berminggu-minggu, belum habis satu buku.

Bacalah wahai isteriku, sesungguhnya walau apa yang kami lakukan di dalam dunia ini, ada seorang yang sangat kasih padamu, yang hatinya tidak mungkin tidak mungkin berbelah walau sedikit untukmu.

Di dunia ini, mungkin kelihatan dirimu biasa-biasa sahaja, tiada istimewa tetapi saya harapkan syurga untuk kamu kelak.

Saya tidak pernah tahu dan tidak akan tahu mengapa ibu memperlakukan isteri begitu.

Saya tidak akan bertanya dan juga tidak mahu mendengar.

Walau hati ini seperti tidak dapat memaafkan ibu, tetapi apalah daya sedangkan isteri saya seolah-olah melupakan apa yang berlaku.

Mengapa saya yang perlu berlebih-lebih nak marah ibu?

Saya juga tidak tahu mengapa isteri saya tidak menceritakan apa yang berlaku, sejak bila diperlakukan oleh ibu.

Saya takkan mampu untuk bertanya, risau akan mengeruhkan keadaan yang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Tetapi pada detak hati saya, setelah sekian lama mengenali isteri, saya dapat rasakan isteri takut akan kehilangan saya.

Dia tidak berkongsi cerita pada sesiapa kerana dia tidak mempunyai kawan atau saudara yang lain.

Dia tidak ceritakan pada saya kerana bimbang saya tidak percayakan dia lalu dia memilih untuk berdiam diri.

Namun Allah itu sentiasa ada untuk hambaNya yang teraniaya.

Seandainya, jika isteri saya ceritakan apa yang berlaku, tentunya saya tidak akan percaya. Jika tidak menonton video kejadian itu sendiri…

Kerana itu Allah telah mengaturkan jalan paling terbaik untuk saya dan isteri.

Buat para suami di luar sana, dengarlah apa yang isteri kamu rasa, apa yang dia lalui jika bersama ibumu.

Sesungguhnya layanan ibumu tidak akan sama di hadapan mahupun di belakangmu. Mohonlah pada Allah apa yang terbaik.

Saya telah meletakkan hati saya supaya sentiasa redha dengan percaturan yang Allah telah tulis buat saya.

Mudah-mudahan hati ini sentiasa kekal redha dengan apa yang berlaku.

Buat isteri, jika awak baca luahan ini suatu hari nanti, abang mohon maaf kerana telah meletakkan awak pada keadaan dianiaya oleh ibu abang, membiarkan awak menderita untuk seketika.

Tetapi awak perlu tahu, mungkin abang takkan selama-lamanya ada di sepanjang hayat awak.

Tetapi abang akan sayangkan awak sepanjang hayat abang. – HambaMu yang hina
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *