ISU SEMASA

Besarnya Sang Bedal.. Sampai Kena Guna Forklift

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

 

 

 

 

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

 

BOMBA Limbang mengangkat buaya dengan menggunakan forklift sebelum dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. FOTO Ihsan Bomba

 

 

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong.

 

Berita  berkaitan

 

Sang bedal melintas jalan..

PENDUDUK Perumahan Foh Phin di Bintangor gempar dengan kehadiran seekor anak buaya yang tiba-tiba muncul di kawasan itu petang semalam.

Kehadiran buaya sepanjang kira-kira dua meter itu disedari penduduk jam 6.40 petang sebelum menghubungi bomba.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, buaya berkenaan kelihatan agresif dan sedang bergerak di atas jalan di taman perumahan itu.

Anggota bertugas terpaksa menggunakan tali, kasi dan besi penjerut untuk menangkap buaya berkenaan,” katanya hari ini.

Katanya, reptilia itu kemudian dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor sementara menunggu diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan mendapati reptilia itu tersesat memasuki kawasan perumahan itu dari Sungai Bintangor yang terletak berhampiran,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Harian Metro
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *