Hiburan

Datuk Jamal Abdillah timang anak keempat pada usia 61 tahun

KUALA LUMPUR: Penyanyi ternama, Datuk Jamal Abdillah meraikan satu lagi saat gembira apabila dikurniakan cahaya mata pada tarikh istimewa hari ini.

Bayi yang selamat dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati sekitar setengah jam lalu merupakan anak keempat bagi seniman yang berusia 61 tahun itu.

Berkongsi berita gembira itu, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali berkata, tiada apa yang mampu dizahirkan beliau selain mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana diberikan rezeki cahaya mata.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini.

Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur,” kata Jamal kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.

Kata Jamal, kehadiran permata hati yang diberi nama El Issac Yamani itu tentu sekali pelengkap kebahagiaan beliau dan isteri serta tiga anaknya yang lain.

El Issac Yamani yang dilahirkan sempurna dan sihat itu juga sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack iaitu nama karakter Jamal dalam filem Azura yang pernah memasyhurkan namanya sekitar tahun 1980-an.

Berdasarkan perkiraan tarikh yang dibuat oleh doktor sebelum ini, Jamal berkata, isterinya pada awalnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November ini.

Bagaimanapun, beliau dan Zai Izzati sepakat untuk melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November (hari ini) kerana tarikhnya sangat unik dan amat istimewa.

“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” cerita Jamal lagi.

Selain Zack yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak pada tarikh istimewa hari ini, anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.

Penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu sebelum ini memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 menerusi perkahwinan sebelum ini manakala Azura merupakan anak perempuan tunggal buat beliau..Sumber: astroawani

Masa Pkp Dah Tak Banyak Jemputan Nyanyian. Mengejutkan Ini Yang Terjadi Pada Jamal Abdillah Sekarang. Dalam Diam Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Di waktu yang amat sukar dan mencabar ini, dengan adanya perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, memang ramai yang terkesan.

Business banyak yang tak jalan, dan ada yang dah terpaksa diberhentikan kerja, kerana kemerosotan ekonomi yang melanda.

Antara yang turut terkena tempias ialah penyanyi di Malaysia ini yang dah tak banyak jemputan nynayian, show tak seperti dulu.

Ini termasuklah penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah.

 

Memaang benar, Datuk Jamal dah tak ada banyak jemputan nyanyian dan kini datuk banyak habiskan masanya di kolam.

Pemilik lagu Azura ini sebenarnya menceburi bidang penternakan ikan hiasan jenis arowana dan juga perniagaan membekal pasir.

Kerana kekurangan job di bidang seni, kini Jamal Abdillah berada di ladang kolam ikan dan menguruskan perniagaannya di Bukit Merah, Perak.

“Musim tak ada show ni, saya hanya ada lebih kurang 2 persembahan saja dalam masa sebulan, kalau bandingkan dengan dulu saya ada 8 sehingga 10 tawaran nyanyain dalam satu bulan”.

“Oleh itu, sekarang ni, saya lebih banyak luang masa dengan business saya di kolam ternakan ikan arowana ni”.

“Sebenarnya, saya dah ceburi bidang ni selama 10 tahun, dah lama buat kerja ni.

Dulu saya pajak, seakrang saya dah beli. Sekarang ada 10 kolam, dan tengah nak set up 20 buah kolam”.

 

“Minat ikan arowana ni sejak belasan tahun. Saya ikuti perkembangan ikan ni tengok kat youtube, dan pada tahun 2009 saya mula labur dengan kolam ikan, masa tu harga lebih kurang RM400 ribu” .

“Pada awal hanya ada dua buah kolam sehinggalah sekarang ada 10 kolam dan ada lebih 200 ikan”.

Tambahnya, sebagai selebriti, Dato Jamal Abdillah memang sudah bersedia untuk menjana income selain dari menyanyi sahaja.

“Sebagai seorang artis, tak boleh tumpu satu bidang sahaja. Selain ternak arowana, saya juga ada membekal pasir untuk construction.

Jadi kalau tak ada show kita tak perlu risau”.

Memang bagus betul inisiatif dari Dato Jamal Abdillah ini, patut jadi ikutan buat artis baru dan muda, kenalah cari income lain sebagai langkah persediaan di masa depan.

Semoga terus maju jaya buat Dato jamal Abdillah.

 

Sumber : astroawani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *