ISU SEMASA

Sebab Tak m4mpu bayar sewa van dari KL ke Bera, waris sanggup bawa balik jen4zah baringkan kerusi hadapan kereta – “Hidup arwh memang susah”

HIDUP ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bukannya mudah.

Penderitaan yang dirasai golongan ini sudah pasti bertambah apabila berlaku kejadian ahli keluarga dijemput Ilahi.

Antara kesulitan yang terpaksa ditempuhi dalam situasi ini sudah tentulah dalam hal menguruskan jen4zah untuk dibawa hingga ke l1ang l4had.

 

Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkongsi pengalaman pasukannya menguruskan jen4zah lelaki yang semasa hayatnya hidup dalam kesusahan.

 

SPJM membantu menguruskan jen4zah.

 

Katanya, lelaki berusia 52 tahun yang menetap di Kuala Lumpur itu men1nggl dun1a secara mengejut akibat komplikasi jantung, minggu lalu.

“Dia menetap di Kuala Lumpur bersama keluarganya. Tetapi jen4zah perlu dikebumikan di kampung halamannya di Bera, Pahang.

“Arwh dah lama tidak bekerja kerana sakit. Sahabat arwh kata hidup arwh memang susah,” katanya kepada mStar.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Rafie, dia memberitahu bahawa isteri arwh berasal dari Indonesia dan bekerja mengambil upah mengikut hari.

“Tak pasti kerjanya apa. Tapi isteri arwh bekerja biasa saja secara harian. Skuad saya bertemu dengan waris,” katanya.

Van SPJM bersiap sedia untuk membawa jen4zah.

Namun, kisah menyayat hati berkaitan urusan pengantaran pulang jen4zah terbongkar sebelum sahabatnya itu mendapatkan bantuan daripada SPJM.

“Pihak SPJM dihubungi oleh sahabat kepada isteri arwh yang memohon bantuan pengurusan jen4zah dan penghantaran jen4zah ke Bera.

Tiada siapa di dunia ini yang dapat lari dari menghadapi ujian, malah ia boleh berlaku secara bertimpa-timpa

MUHAMMAD RAFIEUDIN ZAINAL RASID

“Sahabatnya beritahu mohon bantu waris ini ustaz. Mereka buntu sebab tak mampu nak bayar sewa van jen4zah. Dia nak bawa balik may4t naik kereta sendiri saja dengan cara baringkan kerusi hadapan.

“Allahuakbar. Begitulah penjelasan yang diberikan oleh sahabat waris yang inginkan pengurusan jen4zah dilakukan dengan cara yang terbaik,” katanya sambil menambah bahawa SPJM telah membantu dan menanggung segala kos pengurusan jen4zah.

Tambah Ustaz Rafie, jenazah perlu melalui prosedur bedah siasat di sebuah hospital berikutan tiada dokumen perubatan yang dapat mengesahkan punca kem4t1annya.

 

Jen4zahnya dibawa masuk ke dalam van untuk dibawa ke Bera, Pahang bagi pengebvm1an.

Ustaz Rafie juga memberitahu dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih apabila mengenang kembali nasib yang perlu dihadapi waris.

“Rasa sedih sebab kita tinggal di negara yang serba lengkap mencukupi. Mujur maklumat mengenai kesusahan mereka sekeluarga disampaikan kepada kami.

“Waris juga sempat memaklumkan bahawa mereka baru kehilangan adik bongsu arwh lebih kurang dua bulan lalu. Arwh merupakan anak sulung dalam keluarganya,” ujarnya.

Selain isteri, Ustaz Rafie berkata, arwh turut meninggalkan seorang anak lelaki berusia 14 tahun yang belajar di sebuah madrasah di Pahang.

“Tiada siapa di dunia ini yang dapat lari dari menghadapi ujian, malah ia boleh berlaku secara bertimpa-timpa.

“Namun percayalah setiap ujian itu jika dihadapi dengan sabar dan ikhlas pasti besar ganjarannya di akhirat nanti, insyaAllah,” katanya.

Sumber: Mstar

 

“Saya Rayuu Jngan AmbiI ‘Ayah’ Saya, Berlainan Agama Dan Bangsa, Keluarga Indla Jaga Sepasang Keluarga Melayu Raih Prhatian

 

Rasah: “Saya hargai beberapa pihak yang datang membantu tetapi saya minta mereka jangan ambil ‘ayah’ saya,” kata Linda@G Kasturi, 40, ketika ditemui di rumahnya di Taman Sungai Ujung, di sini, semalam.

Linda berkata, dia menjaga sepasang suami isteri Melayu, Mohd Fakrulzaman Abd Malek, 44, dan isterinya, Rohayati Salleh, 46, sejak enam bulan lalu kerana mereka tiada tempat kediaman ketika itu.

Katanya, mereka berjumpa selepas Fakrulzaman yang dipanggil ‘ayah’ dan Rohayati dipanggil ‘ibu’ mahu menjual sebuah peti ais kepadanya dan ketika itu Fakrulzaman dalam keadaan sakit angin ahmar.

“Mereka sudah menjual hampir semua perabot rumah dan kenderaan kerana tidak lagi mampu bekerja selepas perniagaan (katering) mereka tidak dapat berjalan selepas hampir setahun ‘ayah’ diserang angin ahmar.

“Saya yang kasihan dengan nasib mereka, terus membawa pulang ke rumah dan menjadikan mereka keluarga angkat.

“Baru pagi tadi (semalam) saya didatangi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal yang meminta ‘ayah’ isi borang,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan mangsa banjir daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih N9) di rumahnya semalam.

 

Katanya, pihak berkenaan jangan bimbang kerana keluarganya tetap melayan Fakrulzaman dan isterinya seperti keluarga sendiri walaupun mereka keturunan India.

“Suami, R Kharthien, 30, dan dua anak perempuan, K Sadhana,1, dan K Launia, 11, menerima ‘ayah’ saya dengan baik termasuk ibu saya turut tinggal bersama kami sekeluarga.

“Anak bongsu saya, Sandhana amat manja dengan ‘ayah’, mereka bergurau, bermain dan kerap tidur di bilik ‘ayah’.

“Mereka boleh bagi bantuan kepada ‘ayah’ tetapi saya rayu jangan ambil mereka kerana saya sudah anggap mereka keluarga saya biarpun kami berlainan agama dan bangsa,” katanya.

Sementara itu, Fakrulzaman berkata, dia ditimpa penyakit angin ahmar sejak setahun lalu dan tidak lagi mampu bekerja.

“Habis semua harta benda saya jual bagi meneruskan kelangsungan hidup kami suami isteri sebelum bertemu dengan Linda yang ketika itu membeli peti ais daripada saya.

“Bukan peti ais saja dia bawa balik, dengan saya sendiri dia bawa pulang kerana simpati dengan nasib saya yang tidak berumah dan tidur di merata tempat,” katanya.

 

Katanya, keluarga Linda menjaga dia dengan baik dan tidak menghalang dia dan isterinya solat di dalam biliknya.

“Banjir besar seminggu lalu menenggelamkan hampir semua perabot dan peralatan di dalam rumah habis semua pakaian rosak termasuk telekung milik isteri.

“Isteri saya solat menggunakan kain sari yang diberikan Linda. Dia sangat baik menjaga saya, tak tahulah macam mana saya nak balas budi baik keluarga ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Perkasih N9, Norfadilah Mansor berkata, Fakrulzaman ada memberitahu mahu kembali berniaga dengan menggunakan motosikal roda tiga jika sudah pulih sepenuhnya dari penyakit itu.

“Ini satu kelainan dan menunjukkan mereka walaupun berlainan bangsa, budaya dan agama tetapi mampu duduk dalam satu rumah atas rasa tanggungjawab sesama manusia.

“Mungkin jika ada mana-mana pihak yang boleh menyumbang dana atau sebuah motosikal roda tiga untuk kegunaan Fakrulzaman bagi memulakan perniagaan bolehlah menghubunginya di talian 012-9805312(Norfadilah),” katanya.

Sumber: Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *