Hiburan Viral

Trending nombor satu, klip video ‘suka hati’ lagu 4 Dara 2020 jadi fenomena lagi

Sebelum ini, selebriti popular Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom telah membuat satu cabaran di Instagram iaitu #4Darachallenge merujuk kepada salah satu babak dalam drama Kampung People 2.

Cabaran tersebut telah mendapat sambutan yang begitu meriah di media sosial sehingga mencapai satu juta tontonan dalam masa sehari sahaja.

Projek gila2 Faizal, Zizi & Elly Mazlein

Ramai artis juga turut sama menyahut cabaran itu termasuklah Faizal Tahir. Tak hanya membuat video, penyanyi tersebut mengambil langkah yang lebih berani dengan sama-sama berduet dengan Elly dan juga Zizi Kirana dan menghasilkan lagu 4 Dara 2020!

Lagu dendangan asal Ahmad Yusoh yang diberikan nafas baru itu sudah ditonton hampir setengah juta dalam selepas dilancarkan dan trending nombor 1 di saluran Youtube.

Dah banyak kali ulang pun tak bosan

Menerusi komen di Youtube, rata-rata memuji hasil karya Faizal dan juga dua penyanyi itu yang kembali mengingatkan kita dengan karya lama dalam versi lebih moden.

Mereka juga mengakui tidak kering gusi menonton klip video lagu tersebut yang lebih santai dan ‘suka hati’ apabila visualnya terlihat sangat ringkas.

Kecoh satu Malaysia dibuatnya

Cetusan idea kreatif yang cukup pantas

Tengok video ni rindu nak jalan2 pusing Malaysia

Sumber: Faizal Tahir/ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *