ISU SEMASA Viral

“Encik dari mana. Kawan Alif ke?.” – Pemuda Tak Dikenali Hadir Pada Pengebumlan Anknya. Terkjut Ayhnya Bila Mengetahui Siapa Sebenarnya Pemuda Itu

Kisah yang pernah tul4r sekitar September lepas ini sarat dengan pengajaran, dikongsikan semula sekadar untuk memberi pedoman buat kita semua.

Tul4r di laman sosial, pemuda mist3ri hadir dihari pengebum1an tetapi ahli keluarga tidak mengenali siapa dirinya.

Sed1hnya hati kami mendengar perkongsian dari Hanapi Jusoh dimana seorang pemuda berhati mulia hadir ke pengebum1an anaknya.

Pada awalnya, lelaki ini bertungkus lumus membantu semadikan jnazah namun ramai yang mempersoalkan ‘identiti’ lelaki tersebut. Apabila ditanya rupanya..

Siapa pemuda berhati mulia ini?

Alhamdullillah jnazah anak saudara saya Alif fikri telah selamat disem4di semalam pada jam 12 tengahari.

Dua tiga hari sebelum pemergian Alif, ahli keluarga telah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku ke atas Alif.

Semalam, ketika bersedia untuk solat jnazah ke atas jas4d Alif, saya telah terperasan pemuda ini yang berbaju merah jambu berada di saf hadapan sekali.

Suaranya seb4k sambil mulutnya tidak henti-henti mendoakan Alif.

Ketika di kubur4n, pemuda ini lah yang bertungkus lumus membantu semadikan jnazah Alif hinggakan bajunya basah berpeluh.

Kami ahli keluarga tidak kenal pemuda ini..

Mungkin kawan Alif sebab ramai sangat yang hadir. Lalu ayah Alif menegurnya.

“Encik dari mana.. Kawan Alif ke?.. Sebab tak pernah tengok.

Rupanya seorang doktor merawat anaknya

” Pakcik, sayalah Doktor yang merawat Alif sepanjang dia di h0sp1tal. Saya datang sini saya tengok alamat pada rekod Alif.

” Saya minta maaf banyak-banyak, saya dah lakukan yang terbaik. Allah lebih sayangkan dia.

Dia muda lagi tak ada d0sa, saya tak ada kuasa. Allah maha kuasa..

” Saya doktor pun akan m4ti,” mendengar itu mereka berpelvk4n sambil masing-masing menitis air mata.

Ayah Alif yang terk3jut dengan kehadiran doktor muda ini memeluknya erat.

Sudah tentu kehadirannya atas rasa empati dan penghormatan terakhir buat pes4kitnya.

“Tak apa lah doktor. Kita redha belake doh. Doktor dah buat yang terbaik doh”.

Mereka berbual pendek dan doktor ini berjalan bersama guru madrasah Alif ke kereta.

Sebelum balik doktor ini sempat lagi menghulur sumbangan kepada guru itu lalu berkata;

” Terima kasih banyak sebab selama ni mendidik Alif.

Mulianya hati mu doktor muda. Bukan sahaja cerdas akalnya malah tinggi akhlaknya.

Tahniah kepada Ibu bapa yang mendidiknya dan tahniah kepada h0sp1tal Besar Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana memiliki Pegawai Perubatan yang tinggi akhlaknya.

Saya tidak kenal doktor muda ini. Tak sempat bertanya namanya.

Kalau ada sahabat FB saya kenal doktor ini boleh tag namanya kami sekeluarga ingin bertemunya lagi.

Mulianya hati doktor muda ini. Moga menjadi ikutan kepada semua. Buat arwh, moga r0hnya dicucuri rahmat.

Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi Allah, malah diberikan ganjaran pahala sebagaimana diterangkan melalui beberapa nas.

Secara ringkas, berdasarkan ayat ini memberi pengajaran bahawa Islam tidak membataskan umatnya untuk berbuat baik sesama mereka saja, bahkan menaungi semuanya tanpa mengira kaum, budaya dan agama termasuk makhluk seisi alam.

Mari kita hayati satu kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abdullah bin Amr bin al-As.

Mendengar nama ayahnya tentu kita menyedari bahawa beliau bukan calang-calang orangnya kerana semua mengetahui keutuhan iman dan takwa yang ada pada diri ayahnya, Amr bin al-As.

Meskipun Abdullah masih muda, benih iman dan semaian takwa di dalam jiwanya menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat taat kepada perintah agama.

Pada suatu hari dilaporkan Abdullah ada menyuruh ahli keluarganya supaya menyembelih seekor kambing. Permintaan Abdullah itu dituruti.

Selepas kambing itu disembelih dan dilapah, Abdullah bertanya kepada keluarganya:

“Apakah kamu ada memberi sebahagian daging kambing ini kepada jiran kita yang beragama Yahudi itu?”

Ahli keluarganya terpinga-pinga dengan pertanyaan itu. Sebabnya mereka hanya memberikan daging kambing itu kepada jiran yang beragama Islam saja.

Mereka tentu berasa keliru, apakah perlu dan wajib juga memberikan daging sembelihan itu kepada jiran yang bukan Islam?

Lantas salah seorang ahli keluarganya menjawab: “Kami tidak memberikan kepadanya.”

Seketika kemudian, Abdullah menerangkan bahawa antara ajaran yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah sentiasa berlaku adil dan berbuat baik tanpa mengira agama.

Kata Abdullah: “Kamu berikanlah sebahagian kepada jiran Yahudi kita itu. Ini kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

‘Jibril sentiasa berpesan kepadaku untuk menjaga hak jiran sehingga aku menyangka akan memberikan warisan kepadanya.”’ (Riwayat Abu Daud)

Apa yang dilakukan oleh Abdullah itu selari dengan firman Allah pada pembuka bicara tadi.

Sikap mulia beliau juga memberikan kesedaran kepada kita kesedaran betapa Rasulullah SAW berjaya mentarbiahkan sahabat mengamalkan ajaran sebenar dalam Islam.

Berbeza dengan senario kita pada hari ini yang jelas sekali banyak ajaran Baginda semakin terhakis.

Aspek berbuat baik sesama manusia tidak diutamakan apabila wujud sentimen tertentu.

Jadi, apa yang ditunjukkan Abdullah itu seharusnya kita contohi. Kita wajib mempamerkan peribadi mulia umat Nabi Muhammad SAW tanpa cuba bertindak dengan suatu amalan bertentangan semata-mata demi kepentingan lain.

Selaku ibu bapa, kita wajiblah menyemai sikap mulia kepada anak. Tekankan kepada mereka sikap prihatin, suka berbuat baik dan bersefahaman dengan ramai orang.

Bukannya suka bersengketa, mencari salah orang ataupun membuat onar dalam masyarakat.

Anak tidak wajar dibiarkan bertindak melampau sehingga menyeleweng daripada ajaran sebenar Islam.

Janganlah kerana kelalaian kita, mereka menjadi generasi yang kucar-kacir.

Cenderung kepada nilai hidup yang merosakkan, sekali gus jauh daripada sifat mulia diajarkan oleh Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu.

Kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Firman-Nya dalam surah Hud, ayat 115 bermaksud:

“Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu dalam mengerjakan suruhan Allah)

Kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Dalam surah al-Maidah, ayat 13 firman-Nya bermaksud:

“…oleh itu maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.”

Surah Ali-Imran, ayat 134 yang bermaksud:

“…dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Penulis pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : TTK/GSTV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *