Viral

Ketukan pintu mist3ri tiada tanda akan berhenti. Ketua P0lis Sabak Keluar Kenyataan

Sabak Bernam: Bunyi ketukan pintu mist3ri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila g4ngguan itu masih berterusan hingga men4kutkan penduduk.

Difahamkan, g4ngguan ketukan yang sebelum ini berlaku di beberapa kampung, kini berlaku di dua taman perumahan dan rumah petugas kesihatan.

Penduduk Taman Cahaya 2, Sungai Besar, Syed Amir Syed Azizi, 16, berkata, kejadian sama dialami ketika dia berada di dapur rumahn bersama kakaknya kira-kira 8.30 malam tadi.

“Waktu itu, saya dan kakak baru selesai memasak. Tiba-tiba, saya ternampak kelib4at seseorang di tingkap.

“Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan pintu yang laju seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.

“Seluruh keluarga terdiam seketika apabila mendengar bunyi ketukan itu. Saya beranikan diri keluar dan pergi ke belakang rumah untuk melihat siapa yang mengetuk pintu. Ternyata, tiada siapa di situ,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Kata Syed Amir, dia mengetepikan perasaan takut kerana memikirkan keselam4tan keluarga dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

“Saya tak pasti siapa yang lakukan perkara (ketukan pintu) itu. Yang pasti, kejadian ini pertama kali berlaku dan harap ia tidak berulang kembali,” katanya.

Sementara itu petugas kesihatan Klinik Desa Sungai Burong, Sungai Besar, Siti Nur Ain Remli, 27, berkata, dia mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh di dapur rumahnya, kira-kira 1 pagi tadi.

“Bunyi ketukan itu berlangsung selama lima minit. Kemudian, ia bersambung pula dengan ketukan pada pintu kayu dapur.

“Khuatir ada individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan, saya menghubungi pihak polis dan mereka datang meronda kira-kira 1.30 pagi,” katanya.

Dia berkata, suaminya, Mohammad Aminuddin Abd Rahman, 27, turut mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh itu.

Sementara itu, Pengerusi Taman Budi, Batu 40, di sini, Abu Hasan Ashari, berkata, seorang penduduk di taman itu menerima g4ngguan ketukan itu kira-kira 12.45 tengah malam tadi.

“Sebelum ketukan itu terjadi, berlaku g4ngguan bekalan elektrik di perumahan ini kira-kira 11.24 malam tadi dan pulih pada 12.15 tengah malam.

“Kira-kira 30 minit kemudian, dia (penduduk) memaklumkan di dalam kumpulan WhatsApp pintu belakang rumahnya diketuk sebanyak dua kali,” katanya.

Kata Abu Hasan, susulan kejadian itu, pihaknya mengetatkan lagi rondaan di taman perumahan terbabit bermula waktu malam hingga awal pagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba men4kutkan penduduk susulan kejadian itu.

“Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ket4kutan dan kegusaran kepada orang awam.

“Individu atau pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atau Seksyen 13(1)(c) Akta Kesal4han Kecil 1955,” katanya.

Pilih Rumah Yang Ramai Penghuni

Ketukan tanpa salam yang menghantui penduduk empat buah kampung di daerah ini terus diselubungi mist-eri apabila ‘entiti’ itu memi­lih rumah yang ramai penghuni berbanding mereka yang tinggal seorang diri.

Rata-rata penduduk mendakwa mereka masih diganggu setakat malam kelmarin.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, mereka berasa bingung kerana masih belum mengetahui punca gangguan tersebut.

“Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana ‘pelakunya’ tahu rumah itu mempunyai ramai penghuni atau sebaliknya.

“Ramai kecoh mengenai kehadiran ‘p0cong’ sehingga tular di media sosial. Dakwaan itu turut mengg4nggu keharmonian kampung walaupun belum dibuktikan mengenai kesahihannya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengaitkan kejadian miste-ri itu dengan bomoh yang dikatakan mahu menguji kebolehan ilmu­nya, namun dia menafikan perkara tersebut.

Ditanya sama ada wujud unsur khi4nat, dia tidak mahu me­nuduh mana-mana pihak dengan kegiatan itu.

Sementara itu, Pengerusi Maj­lis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Batu 37, Muhammad Nazri Saiman memberitahu, tiada sebarang kelibat ditemui semasa melakukan rondaan di sekitar kampung tersebut.

“Penduduk ada menghubungi saya beritahu yang rumahnya diketuk, namun setelah diperiksa tiada individu yang berada di luar (rumah),” katanya.

Justeru itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam supaya rondaan di kawasan kampung tersebut dapat ditingkatkan pada hari mendatang.

Dalam pada itu, Mufti Sela­ngor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, kejadian ketukan misteri itu perlu disi4sat secara menyeluruh bagi mengetahui pun-canya.

“Sejujurnya saya berasa tidak selesa untuk mengulas mengenai kejadian ini. Siasatan perlu dilakukan sebelum kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Kredit: trendingsangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *