ISU SEMASA Viral

Abg baliklah, anak2 rindu”. Lps pranakan diikat, izin suami kahwin lg. Tp kini suami dah lupa.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan. Sebak, saat membaca luahan si isteri yang merindui suaminya selepas sudah lama tidak berjumpa. Selepas peranakannya diikat, suami bernikah lagi.

Melihat kegembiraan yang ditonjolkan bersama isteri baru, tanpa sedar air mata isteri pertama jatuh.

Suami mula jarang jarang balik berjumpa isteri pertama dengan anak. Ikuti luahannya dibawah.

“Aku izinkan mereka bernikah”

Thanks admin sebab approve penulisan aku ni. Thanks jugak yang sudi bagi pendapat dan support aku. Aku nak kan semangat je

Salam dan hi korang. Aku istri pertama, ye suami aku ada dua bini. Bini ke dua memang lagi cantik dan muda dari aku. Hati aku? Tak dapat aku gambar kan

Aku ada 5 org anak, semua comel comel dan memang semua bijak pandai. Suami aku baru nikah dengan madu aku tu setahun lps.

Ye aku tahu. Aku sndiri terima dengan hati terbuka. Dari dia org buat maksiiat blkg aku, aku bagi je izin dorg kawen.

Aku taktau sakit nya macam ni, sungguh aku taktau. Sakit sangat. Walau pun aku tahu aku sndiri yang bagi. Tapi..

Ye madu aku tengah pregnant sekarang ni, dia muda dan org ipt macam korg. Aku? Dulu bljr madrasah je. Aku tahu aku tak brp pndai nak bandingkan dia.

Aku lahirkan anak anak aku secara czer, yang last ni aku dah ikat. Sbb doc kata bahaya untuk rahim aku. Yang bongsu ni umur 2 tahun. Comel sangattt hihi aku sayang anak anak aku.

Tapi sejak kebelakangan ni suami aku pelik, dia tak berapa hiraukan aku. Mungkin penat sebab madu aku tengah pregnant. Tapi aku perlukan perhatian jugak.

Asyik pergi umah sana je. Anak anak aku tanya, ummi! Abiy mana? apa aku nak jwb? Aku kata, abiy keje ngan mommy kat luar. Anak anak aku memang kenal madu aku ni.

Aku sedih, bila mana m4du aku upload gmbr sweet sweet dengan husband aku. seronok aku tengok, tapi airmata aku jatuh.

Aku sedih. Aku rindukan suami aku yang dulu. Yg selalu ada dengan aku. Mana dia pergi? Kalau sape sape jumpa, bgtau dia. Aku rindu ni. Hmm

“Dulu abang cakap takkan duakan…”

Dulu aku ingat lagi, aku kawen ngan dia, motor je ada. Dari kena brhenti keje sampai dah ada keje sampai dlu takde business skrg dah ada business sndiri.

Aku senyum je ingat balik kenangan kita semua. Abiy ingat tak agak agak nya ye?

Ye, madu aku sama. Pakai niqab. Budak UIA. Aku tahu dia baik, tapi hati aku ni kenapa tak baik baik. Hmm aku cuba redho. Allah kuatkan aku

Aku ingat lagi, dulu abang kata abang takkan dua kan saya. Abang akan syangkan sy sampai bila bila.

Tp lepas saya ikat dan tak dpt mengandung abang tak nak saya dah ke? Abang tahukan, saya perlukan suami disisi saya, saya tahu abang mungkin dah lupakan saya. Abang pun jarang balik dan jenguk anak anak. Hmm

Harini anniversary kita, abang tak wish pun. Syang tengok kat FB abang, abang upload pergi makan dengan dia.

Happy nya abang. Hmm takpe lah. Mungkin abang terlupa, mana tahu kejap lagi abang balik surprise kan syang kan? hihi tak sbr nya.

Abang.. Ingat lagi tak dlu? kita naik motor sama sama sampai anak 2 org, berpanas berhujan. Kita redah je. Abang ingat tak yang dlu kita pergi zoo bwk anak anak, kita amek gambar sama sama.

Abang ingat tak? Yg kita gelak kan iman sebab dia kena kejar monkey tu. Lawak kan abang? Mana abang dlu?

Sayang rindukan abang yang dlu. Kalau ada sesiapa jumpa suami saya, suruh lah dia balik. Saya rindu ni.

Ingat tak dulu, tiap kali abang demam, abang mintak nak bubur sayang masak. Sedap kata abang.

Kalau abang tak sihat, abang balik lah. Sayang masakkan lagi untuk abang. Abang makan banyak banyak tau. Biar gemok hihi

Abang.. Sayang rindu ni.. raya pun abang raya dengan dia.. sayang tak marah, sayang cuma rindu… Sayang tahu, abang slalu marah kat syang sebab syang suka bebel.

Sayang slalu merajuk. Sayang suka nangis. Sayang janji tak buat dah.

Abang balik lah. Sayang kesian tengok anak anak. Sayang sedih tengok anak anak tnye abang.

Baju raya abang pun tak sempat abang pakai lagi. Masih tergantung dalam almari tu.. hmm

Kalau abang dah tak marah, abang balik tau.. Kalau Intan ada baca ni, suruh lah abang balik Intan.

Kakak rindu. Anak anak rindu… Kakak tak marah intan dan abang. Kalau ada yang jumpa suami aku, suruh dia balik. Kami tunggu.

Istri mu yang merindui.

Sumber :Insan pilu via IIUM Confessions/seleksimedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *