ISU SEMASA Viral

Dah Hampir Seminggu Penduduk Dalam Ketakutan Dengan Ketukan Pintu Misteri Di Sabak Bernam Sekali Mufti Tampil Bagi Nasihat Padu Pada Penduduk.

SHAH ALAM – Tidak dinafikan makhluk halus seperti jin wujud dan boleh mengganggu sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai, tetapi ia tidak seharusnya menjadi perkara yang menakutkan. Pendakwah yang juga Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM),

Profesor Madya Ts Dr Mohd Nor Mamat berkata, hidup dalam ketakutan sangkaan sebegini tidak membawa faedah, apatah lagi ketakutan melampau menyebabkan hidup dalam dunia mstik tanpa kewarasan akal.

“Secara psikologi, ketakutan atau keterlaluan berfikir tentang sesuatu perkara boleh menjadi gangguan separa sedar ataupun halusinasi yang boleh membawa akhirnya kepada skizofrenia. “Bagi sesetengah orang yang tidak mengendahkan cerita-cerita yang didengari ataupun tidak mengambil kisah, barangkali gangguan sebegitu tidak terdengar dan mengganggu mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Tidak perlu memperlekehkan ataupun mengagungkan kuasa makhluk halus.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai misteri bunyi ketukan pintu rumah di Sabak Bernam sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk. Mohd Nor berkata, sungguhpun ada gangguan, masyarakat tidak digalakkan untuk menyelesaikannya dengan cara perbmohan atau perdkunan yang mengheret kita ke alam mistik dan khurafat.

“Cukup dengan fitrah dan adab yang dianjurkan dalam Islam. Tidak perlu memperlekehkan ataupun mengagungkan kuasa makhluk halus. “Antara amalan yang baik untuk kita lakukan ialah berdoa memohon agar dijauhkan kejahatan tempat tersebut dan dikekalkan kebaikan yang ada dan ayat-ayat pelindung diri sentiasa dijadikan amalan.

“Tidak ada sebab untuk kita berasa takut seandainya kita hidup harmoni dalam kehidupan secara fitrah. Paling utama, sentiasalah tambah ilmu dan pengetahuan agar kita tidak selamanya berfikiran sempit sehingga menakutkan diri kita sendiri,” kata beliau.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebagai manusia biasa yang menjalani kehidupan di alam nyata, dalam mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dimulai dengan cara tabii.

Menurutnya, alam tabii mempunyai undang-undangnya atau hukumnya yang tersediri iaitu yang dikenali sebagai hukum tabii atau ‘natural law’. Bagaimanapun, katanya, sekiranya berhadapan dengan situasi atau kejadian yang tidak tabii,

maka agama tidak menghalang manusia daripada berikhtiar untuk mengatasinya mengikut kaedah-kaedah lain seperti ruqyah dengan menggunakan ayat al-Quran atau doa-doa tertentu, rawatan alternatif dengan syarat tidak mensy-irikkan sesuatu dengan ALLAH SWT.

“Mohonlah terus kepada ALLAH SWT sebab Dialah yang menyembuhkan segala penyakit, yang mampu menolong hamba-hamba-Nya mengatasi apa jua masalah dan kes-ulitan dihadapi. “Memang kuasa ALLAH SWT tidak terbatas dan mengatasi segala kuasa makhluk sebab Dialah yang mencipta alam semesta ini sama ada yang nyata atau ghaib,” katanya.

Misteri bunyi ketukan pintu rumah terus menghantui penduduk di Sabak Bernam semalam. Seorang suri rumah, Noraidayawati Mohd Tahar, 47, berkata, gangguan bunyi ketukan pintu didengarinya terlalu kuat di belakang rumah berhampirannya kira-kira jam 9 malam tadi.

Menurutnya, dia bersama suaminya, Rahim Amat, 53, dan tiga anaknya mendengar dengan jelas bunyi ketukan yang berterusan dianggarkan selama 10 minit. “Kami sekeluarga seram hendak mengintai di tingkap, lebih-lebih lagi kejadian ini tular sejak kelmarin,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Noraidayawati berkata, dia pada mulanya menyangka hanya mereka sekeluarga yang mendengar bunyi misteri itu, sebelum jirannya menghantar WhatsApp memaklumkan perkara sama. “Jiran beritahu dia juga ada terdengar bunyi ketukan pintu rumah sangat kuat di rumah jiran dan

bertanya dengan pemilik rumah terbabit tentang gangguan tersebut. “Bagaimanapun, pemilik rumah memaklumkan dia tidak mendengar apa-apa bunyi pelik. “Sehingga kini, kami masih hairan dengan punca misteri bunyi ketukan kuat tersebut,” katanya.

Ketukan pintu misteri …angkara hantu atau manusia?

Sabak Bernam: Bunyi ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih berterusan hingga menakutkan penduduk. Difahamkan, gangguan ketukan yang sebelum ini berlaku di beberapa kampung, kini berlaku di dua taman perumahan dan rumah petugas kesihatan.

Penduduk Taman Cahaya 2, Sungai Besar, Syed Amir Syed Azizi, 16, berkata, kejadian sama dialami ketika dia berada di dapur rumahn bersama kakaknya kira-kira 8.30 malam tadi. “Waktu itu, saya dan kakak baru selesai memasak. Tiba-tiba, saya ternampak kelibat seseorang di tingkap.

“Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan pintu yang laju seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat. “Seluruh keluarga terdiam seketika apabila mendengar bunyi ketukan itu. Saya beranikan diri keluar dan pergi ke belakang rumah untuk melihat siapa yang mengetuk pintu. Ternyata, tiada siapa di situ,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Kata Syed Amir, dia mengetepikan perasaan takut kerana memikirkan keselamatan keluarga dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. “Saya tak pasti siapa yang lakukan perkara (ketukan pintu) itu. Yang pasti, kejadian ini pertama kali berlaku dan harap ia tidak berulang kembali,” katanya.

Sementara itu petugas kesihatan Klinik Desa Sungai Burong, Sungai Besar, Siti Nur Ain Remli, 27, berkata, dia mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh di dapur rumahnya, kira-kira 1 pagi tadi. “Bunyi ketukan itu berlangsung selama lima minit. Kemudian, ia bersambung pula dengan ketukan pada pintu kayu dapur.

“Khuatir ada individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan, saya menghubungi pihak polis dan mereka datang meronda kira-kira 1.30 pagi,” katanya. Dia berkata, suaminya, Mohammad Aminuddin Abd Rahman, 27, turut mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh itu.

Sementara itu, Pengerusi Taman Budi, Batu 40, di sini, Abu Hasan Ashari, berkata, seorang penduduk di taman itu menerima gangguan ketukan itu kira-kira 12.45 tengah malam tadi. “Sebelum ketukan itu terjadi, berlaku gangguan bekalan elektrik di perumahan ini kira-kira 11.24 malam tadi dan pulih pada 12.15 tengah malam.

“Kira-kira 30 minit kemudian, dia (penduduk) memaklumkan di dalam kumpulan WhatsApp pintu belakang rumahnya diketuk sebanyak dua kali,” katanya. Kata Abu Hasan, susulan kejadian itu, pihaknya mengetatkan lagi rondaan di taman perumahan terbabit bermula waktu malam hingga awal pagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba menakutkan penduduk susulan kejadian itu. “Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegu-saran kepada orang awam. “Individu atau pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 447 Kanun Ksksaan atau Seksyen 13(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Terkini Penduduk Sabak Bernam Bongkarkan Benda Tu Tak Semua Rumah Dia Ketuk. Mengejutkan Bila Penduduk Bagi Tahu Ini Jenis Rumah Yang Akan Diganggu.

BUNYI ketukan pintu yang kuat hingga mengejutkan penghuni rumah di beberapa kampung sekitar Sabak Bernam sejak beberapa hari lalu masih menjadi teka-teki. Sementara itu, seoarang Pakar Perubatan Islam yang di kenali sebagai Tok Singa ada berkongsi panduan untuk mengelakkan ganguan ketukan pintu terutama dari J1n

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ramai yang duk tag saya dalam kes “KETUKKAN PINTU MISTERI” Di kawasan kampung di sabak bernam… Pertama sekali, jika sudah periksa memang tiada perbuatan jahat oleh manusia maka kita balik lah pada agama kita…jin itu wujud dan ganguannya juga wujud…(orang sana lebih mengetahui apa yang berlaku disana)…

Saya hanya boleh berkongsi kaedahnya jika benar2 ia bukan perbuatan jahat oleh manusia yang hanya menakut-nakutkan orang lain… Jika perbuatan dari jin ini kaedahnya. Saya kongsikan apa yang saya belajar. 1.cari kunyit hidup, daun bidara dan tumbukan dan dicampurkan dengan garam kasar lalu ambil sedikit tanah dihadapan rumah dan campurkan sekali dengan ramuan itu..

2.selepas dicampurkan ke4 bahan itu lalu bacalah: *Al fatihah 7x, *ayat kursi 7x, *surah yassin 7x, *al ikhlas 7x, *al falaq 7x, *an nas 7x..dan selawat 44x… “(Jika ketua kg ada seeloknya ketua kg yang buat dan agihkan pada penduduk kg…jika tak ada ketua kg maka lakukan lah sendirian)

“Ditiupkan pada 4 bahan yang dicampurkan tadi…dan taburkanlah dikawasan luar rumah masing2…insyaAllah dengan izinNya… “Yang menghncrkan ganguan jin adalah Allah swt. “Jika ada kaedah lain2 yang tidak bertentangan dengan syariat boleh juga diamalkan. “Semoga Allah mempermudahkan dan menyelesaikan masalah penduduk disana..amin.

Pilih Rumah Yang Ramai Penghuni

Ketukan tanpa salam yang menghantui penduduk empat buah kampung di daerah ini terus diselubungi misteri apabila ‘entiti’ itu memi­lih rumah yang ramai penghuni berbanding mereka yang tinggal seorang diri. Rata-rata penduduk mendakwa mereka masih diganggu setakat malam kelmarin.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, mereka berasa bingung kerana masih belum mengetahui punca gangguan tersebut. “Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana ‘pelakunya’ tahu rumah itu mempunyai ramai penghuni atau sebaliknya.

“Ramai kecoh mengenai kehadiran ‘pocong’ sehingga tular di media sosial. Dakwaan itu turut mengganggu keharmonian kampung walaupun belum dibuktikan mengenai kesahihannya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengaitkan kejadian misteri itu dengan bomoh yang dikatakan mahu menguji kebolehan ilmu­nya, namun dia menafikan perkara tersebut. Ditanya sama ada wujud unsur jahat, dia tidak mahu me­nuduh mana-mana pihak dengan kegiatan itu.

Sementara itu, Pengerusi Maj­lis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Batu 37, Muhammad Nazri Saiman memberitahu, tiada sebarang kelibat ditemui semasa melakukan rondaan di sekitar kampung tersebut. “Penduduk ada menghubungi saya beritahu yang rumahnya diketuk, namun setelah diperiksa tiada individu yang berada di luar (rumah),” katanya.

Justeru itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam supaya rondaan di kawasan kampung tersebut dapat ditingkatkan pada hari mendatang. Dalam pada itu, Mufti Sela­ngor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, kejadian ketukan misteri itu perlu disiasat secara menyeluruh bagi mengetahui puncanya. “Sejujurnya saya berasa tidak selesa untuk mengulas mengenai kejadian ini. Siasatan perlu dilakukan sebelum kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

ADAKAH KETUKAN MISTERI DISEBABKAN OLEH KUCING?

“Ada juga penduduk maklumkan kepada saya kejadian berlaku di­sebabkan kucing, jadi kena siasat betul-betul,” katanya. Kosmo! semalam melaporkan penduduk di empat kampung di daerah ini dihantui misteri apabila kebanyakan mereka mendakwa diganggu bunyi ketukan pintu rumah sejak Rabu lalu. Ketukan misteri tanpa salam itu berlaku pada waktu malam sehingga awal pagi di Kampung Batu 37, Kampung Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Ban­ting sehingga menakutkan penduduk.

Sumber : Kosmo Online

Tak Habis Lagi Kisah Ketukan Pintu. Penduduk Sabak Bernam Dedahkan Alami Gangguan Lain Sampaikan Menarik Perhatian Umum

BUNYI ketukan pintu yang kuat hingga mengejutkan penghuni rumah di beberapa kampung sekitar Sabak Bernam sejak beberapa hari lalu masih menjadi teka-teki.Gangguan misteri itu turut menjadi perbualan hangat warganet di Facebook sehingga menarik perhatian seorang wanita untuk berkongsi pengalaman s3ram yang pernah dilaluinya.

Menurut Nur Rabitahani Basroh yang sudah menetap di Kampung Kemboja, Sepintas juga di daerah sama sejak enam tahun lalu, dia sering diganggu dengan bunyi pintu rumah diketvk tanpa salam sejak tiga bulan lalu.

Bukan Perkara Baru, bunyi suara menangis minta t0long.“Sebenarnya gangguan mist3ri ni bukan perkara baru bagi saya. Pintu rumah saya sering diketuk tiga kali tanpa salam sejak tiga bulan lalu.“Waktu tu pukul 10 malam. Saya hanya tinggal dengan anak-anak. Bukan saja pintu rumah diketuk, gril rumah pula digegar macam nak r0boh bunyinya.

Nur Rabitahani berkongsi pengalaman s3ram pernah dilaluinya sejak tiga bulan lalu.“Sekarang tak sangka benda tu gaanggu satu Sabak Bernam. G4ngguan tu bermula pukul 10 malam sampai 4 pagi, kiranya benda tu kuat lepas Maghrib, nak Subuh jadi lemah,” katanya.Kata ibu kepada lima orang cahaya mata ini, dia turut terdengar bunyi suara men4ngis merintih seolah-olah meminta pert0longan.

“Selang beberapa minit pintu rumah diketuk, saya dengar bunyi suara men4ngis mendayu-dayu seolah-olah meminta tolong dekat tepi tingkap di ruang tamu.Anak saya berumur tiga tahun selalu sebut p0cong. Dia juga selalu cakap mama… kat luar ada orang datang. Masa tu malam, mahu tak mer3mang bulu roma saya.

“Masa tu saya memang dah meng-gigil, tak berani buat apa-apa. Cermin tingkap masa tu memang tak pasang langsir tapi saya tak nampak apa-apa kelibat lalu,” katanya.Tidak lama kemudian, Nur Rabitahani berkata, dia membuka pintu rumahnya kerana tidak meng3syaki sesuatu yang p3lik ketika itu.

“Selepas tu saya buka pintu tapi tak ada siapa-siapa kat luar rumah. Kesan tapak kaki pun tak ada. Saya jadi s3ram sejuk.Antara penampakan p0cong yang berjaya dirakam seorang penduduk di kawasan tersebut.“Lepas tu saya pun tertanya-tanya siapa yang ketuk pintu tadi tu. Kalau manusia pasti ada kesan tapak kaki sebab masa tu hujan baru berhenti.

“Saya pun cerita dengan seorang jiran. Dia siap pesan jangan keluar rumah malam-malam sebab ada orang di Sepintas tengah uji ilmu seru p0cong,” katanya.Sejak insid3n yang tular itu, wanita berusia 30 tahun itu bersama anak-anaknya kini bermalam di rumah ibunya dekat Batu 2 Sepintas.

“Sekarang saya masih t4kut dan ambil keputusan untuk tidur di rumah mak yang tidak berapa jauh dari rumah saya sejak Jumaat.“Walaupun saya ni jenis kasar tapi pen4kut juga sebab saya sendiri pernah dig4nggu sebelum ini,” katanya.Nur Rabitahani yang berniaga bunga secara kecil-kecilan juga percaya gangguan mist3ri itu bukan perbuatan manusia.

Tangkap layar video bunyi ketukan tanpa salam yang tular di media sosial.“Ramai kata h4ntu raya sebab mencari tuan rumah baru tapi yang arif bab ilmu gh4ib kata p0ntianak.“Anak saya berumur tiga tahun selalu sebut p0cong. Dia juga selalu cakap mama… kat luar ada orang datang. Masa tu malam, mahu tak m3remang bulu roma saya.

“Saya pula rasakan benda ni kerja p0ntianak. Saya kerap dengar bu-nyi ramai orang berseret atas bumbung setiap malam. Ramai kata kalau dari bumbung ke pintu ni kerja p0ntianak,” katanya.Dalam pada itu, Nur Rabitahani turut berharap agar misteri tersebut dapat dirungkai segera supaya penduduk kampung dapat menjalani kehidupan dengan t3nteram.

“Saya harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Sekarang anak-anak saya semua jadi t4kut walaupun di dalam rumah sendiri.“Saya juga merancang untuk pindah ke rumah baharu bulan depan kerana tidak tahan dig4nggu. Orang yang berubatkan saya dulu pernah kata rumah saya tu laluan ji-n,” katanya mengakhiri perbualan.

‘Siapa ketuk pintu, jadi mist3ri penduduk kampung di Sabak Bernam’.Bunyi ketukan pintu yang ku4t hingga meng3jutkan penghuni rumah, mencetuskan tanda tanya dan menjadi mist3ri dalam kalangan penduduk beberapa kampung sekitar daerah ini sejak kelmarin.

Ketukan itu menimbulkan persoalan dengan pelbagai ulasan daripada netizen, antaranya mendakwa ada individu tidak bertanggungjawab sengaja melakukan perbuatan itu hingga tular menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook.

Difahamkan, g4ngguan ketukan itu berlaku pada waktu malam hingga awal pagi itu dan membabitkan beberapa kampung lain, antaranya Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.Penduduk Kampung Batu 37, Mhd Khairol Anuar Mhd Zaini, 38, mendakwa ketika berada di dapur rumahnya kira-kira 10.45 malam, dia terdengar bunyi ketukan yang datang dari pintu dapurnya.

“Bunyi ketukan itu kuat seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.“Apabila saya intai menerusi tingkap, tidak nampak siapa yang ketuk. Beberapa minit kemudian, bunyi ketukan itu kembali dan ia datang dari bilik air di dalam rumah.“Kebetulan bilik air itu sudah lama tidak digunakan, jadi seluruh tubuh saya mengg-igil dan bulu roma mer3mang sebaik dengar ketukan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mhd Khairol menunjukkan pintu yang diketuk susulan g4ngguan mi-steri di rumahnya di Kampung Batu 37, Sabak Bernam. – Foto Mhd Khairol Anuar Mhd Zaini.Penduduk Kampung Tengah, Nor Zaihana Yaakob, 38, mendakwa turut mengalami pengalaman sama ketika berada dua anak dan ibunya ketika berada di rumah.

“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja. Namun, sangkaan itu meleset apabila tiada siapa di luar rumah sewaktu saya menjenguk menerusi tingkap.“Seram jugalah dengan peristiwa ini. Tambahan pula, suami tiada di rumah kerana bekerja malam,” katanya.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman, memaklumkan pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu.Muhammad Nazri berkata, g4ngguan itu turut berlaku kepada dirinya ketika berada di rumah kira-kira 11 malam kelmarin.

“Difahamkan, hampir separuh penduduk kampung ini mengadu berkenaan kej4dian (ketukan pintu) itu.“Saya menasihatkan mereka agar berhati-hati dan tidak membuka pintu sekiranya terdengar bunyi mencurig4kan,” katanya.Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi polis atau pihaknya, selain jiran terdekat sekiranya ternampak individu mencu-rigakan.“Kami kini mengambil tindakan dengan melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini,” katanya.

Ketukan Pintu Terus Menghantui Penduduk Sabak Bernam. Yang Peliknya Penghuni Rumah Tak Dengar Bunyi Tersebut Malah Jiran Lain Dengar. Sekali 10 Anggota RSCJ Datang Periksa Ini Rupanya Yang Berlaku

Berlaku di Sabak Bernam,Misteri bunyi ketukan pintu rumah terus menghantui penduduk di Sabak Bernam semalam.Seorang suri rumah, Noraidayawati Mohd Tahar, 47, berkata, gangguan bunyi ketukan pintu didengarinya terlalu k-uat di belakang rumah berhampirannya kira-kira jam 9 malam tadi.

Menurutnya, dia bersama suaminya, Rahim Amat, 53, dan tiga anaknya mendengar dengan jelas bunyi ketukan yang berterusan dianggarkan selama 10 minit.“Kami sekeluarga seram hendak mengintai di tingkap, lebih-lebih lagi kejadian ini tular sejak kelmarin,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Noraidayawati berkata, dia pada mulanya menyangka hanya mereka sekeluarga yang mendengar bunyi mist3ri itu, sebelum jirannya menghantar WhatsApp memaklumkan perkara sama.“Jiran beritahu dia juga ada terdengar bunyi k3tukan pintu rumah sangat kuat di rumah jiran dan bertanya dengan pemilik rumah terbabit tentang gangguan tersebut.

“Bagaimanapun, pemilik rumah memaklumkan dia tidak mendengar apa-apa bunyi p-elik.“Sehingga kini, kami masih hairan dengan punca mist3ri bunyi ketukan kuat tersebut,” katanya.10 Anggota RSCJ Datang, Gang4uan H1lang.Sementara itu, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, pihaknya yang membuat pemantauan menerusi Rondaan Sukarela Cegah jnyah (RSCJ) di taman itu mengakui menerima aduan terbabit.

Beliau berkata, seramai 10 anggotanya yang tiba di rumah terbabit mendapati bunyi g4ngguan itu sudah tidak kedengaran.“Apabila ditanya penghuni rumah terbabit mereka mendakwa tidak mendengar apa-apa bunyi ketukan, sebaliknya hanya penduduk sekeliling yang mendakwa terdengar bunyi ketukan kuat itu.

“Sehingga kini kami telah menerima lima aduan penduduk berhubung gangguan bunyi misteri itu sejak kelmarin dan antara langkah yang telah diambil ialah dengan meningkatkan rondaan cegah jnyh pada setiap malam sehingga awal pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, tiada lagi aduan penduduk di kampung itu yang mengadu terdengar bunyi ketukan pintu tanpa salam.Bagaimanapun katanya, pihaknya akan meneruskan rondaan malam berikutan masih terdapat beberapa kampung berhampiran masih dig4nggu bunyi misteri itu.“Saya difahamkan bunyi gangguan di kampung lain masih ada, tetapi tidaklah set3ruk semasa kejadian hari pertama dan kedua kelmarin,” katanya.Sejurus kejadian tersebut, dia memuatnaik satu status di ruangan Whatsapp story. Lebih memeranjatkan lagi, beberapa penduduk kampung yang mengenalinya turut menceritakan perkara yang sama.

BERJAYA RAKAM VIDEO POCONG.Seorang individu berjaya merakamakan kelibat entiti yang dipercayai sebagai pocong di Sabak Bernam, Selangor.Pocong berjaya dirakam di tepi tingkap rumah sabak bernamKetika kejadian ini penduduk Sabak Bernam telah dihantui dengan ketukan misteri. Rata rata percaya pocong yang ketuk pintu rumah mereka.

Adik Beradik Juga Diganggu

Seorang penduduk, Nor Azuwa Shaaban, 31, berkata, bunyi misteri sama turut dialami dua adiknya, Nur Farzana, 22, dan Nurul Farisya, 17, yang menetap di Kampung Batu 38.Katanya, kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin itu dialami selepas Nur Farzana menyelesaikan tugasan kerja di beranda sebelum masuk ke dalam rumah.

“Nur Farzana yang masuk ke rumah terdengar bunyi pintu depan diketuk dan kebetulan seorang lagi adik saya (Nurul Farisya) yang sedang duduk di sofa turut mendengar bunyi sama.“Semasa kejadian mereka berdua tidak berani membuka pintu dan pada keesokannya kecoh di dalam WhatsApp dan Facebook mengenai penduduk diganggu dengan bunyi ketukan tanpa salam itu,” katanya.

Bagi Nor Zaihana Yaakob, 38, pula mengakui kejadian seram itu turut dialami ketika dia bersama dua anak dan ibunya berada di rumah mereka di Kampung Tengah.Nor Zaihana memberitahu, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku semasa dia sedang menidurkan bayinya berusia empat bulan.“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja, namun sangkaan meleset apabila saya menjenguk di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar rumah.

“Seram jugalah dengan peristiwa ini, lebih-lebih lagi suami tiada di rumah kerana bekerja malam,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan berhubung perkara itu.

Malah, katanya, dia sendiri turut diganggu bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumahnya pada jam 11 malam kelmarin.“Boleh dikatakan hampir separuh penduduk kampung ini mengadu kejadian sama dan saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu jika terdengar bunyi meragukan,” katanya.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi polis atau pihaknya selain jiran terdekat sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan.“Kami telah mengambil tindakan antaranya melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula jam 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini,” katanya.Sumber : Siakap Keli / Sinar Harian/apampink

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *