ISU SEMASA Viral

“Men3mbak hingga habis pelvru, akhirnya letak senj4ta di dada.” Ebit Lew Sebak Dengar Kisah Koperal Baharuddin

Siapa tak kenal dengan nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang tidak pernah kenal erti penat dalam memberi bantuan kepada orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa.

Terbaru, Ebit Lew telah turun padang melawat pusat-pusat kawalan sempadan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perlis.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, lawatan tersebut bagi menyuntik semangat kepada semua anggota PGA selepas seorang daripada mereka telah ‘pergi’ akibat terkena dua das tembaakan.

Dari Hospital Alor Setar terus ke Hospital Perlis

Dah lewat semalam dari Hospital Alor Setar terus ke Hospital Perlis dan ziarah pusat-pusat kawalan sempadan. Mereka minta berkongsi nasihat dan doa.

Sebak sayu bila mereka kata kami semua terkejut tak percaya ustaz sudi datang ke sini. Tengok ustaz buat kami rasa semangat. Terharu pengorbanan mereka.

24 jam jaga sempadan negara

Bila lalu sepanjang sempadan negara terasa pengorbanan PGA ini 24 jam menjaga sempadan negara.

Meremang bila melihat dan mendengar keadaan mereka. Lalu sepanjang sempadan terasa mereka memang pejuang. Lain suasana tempat mereka bertugas.

Sebak dengar kisah saat akhir pejuang negara ini. Menembak sehingga habis peluru dan akhirnya letak senapang di dada. Betapa amanah mereka ini dalam menjalankan tugas.

Sedang kita tidur lena dan makan sedap mereka jaga negara 24 jam. Bergilir kerja tanpa waktu masa. Berjauhan dengan keluarga. Sebulan dan lebih duduk dalam hutan ini. Musim PKP ini lagi ada yang langsung tak jumpa anak isteri lagi.

Bila ke kawasan kejadian terasa suasana yang lain. Ada sebahagian tembok dan ada bahagian pagar. Memang terasa keberanian barisan hadapan negara ini.

Terima kasih Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad. Terima kasih anggota anggota PGA yang mengiring dan membawa kami sepanjang di Perlis.

Semoga Allah jaga dan pelihara mereka semua. Dijauhkan dari bahaya. Jagakan keluarga mereka. Beri ketabahan pada keluarga mereka. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka.

 

Video) “Dia Bukan M4ti Sia-sia…”, – Balu Mendiang Kpl Baharuddin

TAPAH, 24 Nov (Bernama) — Kem4tiannya sangat menyedihkan, tapi saya berbangga kerana suami meninggalkan kami ketika bertugas untuk keamanan dan keselamatan negara, dia seorang wira, kata isteri mendiang Kpl Baharuddin Ramli yang terk0rban selepas terkena tembakan penjen4yah di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.

Relow Ko, 48, berkata beliau dimaklumkan mengenai insid3n yang menimpa suaminya itu kira-kira pukul 4.30 pagi tadi oleh seorang rakan yang datang ke rumahnya di kompleks perumahan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor di sini, hari ini.

“Sewaktu kawan sampai dia senyap bila saya tanya kenapa. Dia tunjuk mesej WhatsApp kepada saya beritahu apa jadi kepada suami, dan waktu itu saya rasa kosong sebab awal pagi, saya terkejut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Baharuddin, 54, terbunuh dalan insiden pada pukul 3.10 pagi itu, manakala rakannya, Kpl Norihan a/l Tari, 39, mengalami kec3deraan p4rah, dan kini menerima raw4tan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis.

Mendiang yang berasal dari Bahau, Negeri Sembilan meninggalkan seorang balu dan tiga anak berumur antara 18 hingga 32 tahun.

Menurut Relow, mendiang suaminya yang bertugas dengan Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA terlibat dalam penugasan kawalan keselamatan Op Benteng di sempadan sejak 1 Nov lepas dan dijadual berakhir hujung bulan ini.

Beliau berkata mendi4ng suaminya yang mula berkhidmat sebagai anggota polis ketika usia 19 tahun merancang untuk bersara empat tahun lagi dan berhasrat balik ke Bahau untuk bersama keluarga.

Bercerita mengenai peribadi suaminya yang berasal dari suku kaum Semelai, Relow berkata mendiang seorang yang suka bercucuk tanam dan tegas terhadap anak-anak serta keluarga, dan beliau tidak nampak sebarang perubahan ketara kepada mendiang suaminya sebelum keluar untuk tugasan kali ini, sebaliknya beliau yang berasakan sentiasa tidak sedap hati malah sukar untuk tidur malam.

Sementara itu, anak sulung mendiang, Shahrul Epanddy, 32, menyifatkan pemergian ayahnya  sebagai wira negara.

“Saya anggap dia bukan m4ti sia-sia. Dia wira saya. Dia meninggal ketika mempertahankan negara. Sepupu saya yang turut bertugas di operasi sama memaklumkan ayah saya meninggal dalam keadaan tenang dengan raut wajah tersenyum,” katanya.

Berkongsi kenangan bersama ayahnya, Shahrul Epanddy berkata kali terakhir mereka bertemu adalah Ogos lalu di Bahau namun tiada tanda-tanda pelik seakan mereka tidak akan bertemu lagi buat selamanya.

Mendiang Baharuddin akan disemadi di kampung halamannya esok.

Sementara itu di PADANG BESAR, rakan setugas yang rapat dengan mendiang, Kpl Alang Angah berkata ketika keluar membuat rondaan kira-kira pada pukul 9.00 malam tadi, mendiang tidak menunjukkan apa-apa perubahan, dan seperti biasa dia nampak bersemangat menjalankan tugas,” katanya.

“Saya panggil dia sebagai ‘Baha’ dan dia seorang yang peramah dan penyabar,” katanya ketika ditemui Bernama.

Menurutnya beliau memang rapat dengan mendiang, malah menganggap mediang seperti adik kandung sendiri.

Di ALOR SETAR, adik tiri mendiang, Kpl Basir Sampe, 43, pula berkata abangnya yang merupakan anak keempat dari lapan beradik itu telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai anggota PGA dan sangat tegas ketika menjalankan tanggungjawab.

“Saya memang sangat rapat dengan dia kerana kami bekerja dan tinggal dalam satu kem yang sama. Sudah menjadi kebiasaan, kami akan bersembang dan kali terakhir saya jumpa dia pukul 3.00 petang semalam dan pada masa itu dia tidak tunjuk sebarang perubahan,” katanya kepada Bernama.

“Kami sekeluarga terkejut kerana dia memang seorang abang dan ayah yang penyayang, dan tiada masalah dengan keluarga. Dia juga kerap pulang ke kampung dan akan berjumpa dengan saudara dan rakan-rakan, jadi kehilangan dia sangat besar,” tambahnya.

“Walaupun lagi beberapa hari hendak pulang ke Kem Bidor, dia tidak tunjuk sebarang perubahan mungkin kerana sudah biasa berkhidmat dan berjauhan dengan keluarga. Tetapi, kepulangan dia kali ini merupakan yang terakhir,” katanya.

 

Sumber: Bernama/Sk/tehtarikkaw/yoy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *