ISU SEMASA

DUIT RSUAH BANYAK SANGAT, INILAH HARGA BASIKAL YANG DIBELI DIDEDAHKAN SPRM

#Gambar basikal diatas adalah gambar contoh

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dithan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes pemalsuan cap kemasukan warga asing.

Menurut sumber, penahanan mereka ini menjadikan jumlah terkini ditahan adalah 63 orang terdiri 38 pegawai Imigresen, ejen (16) dan orang awam (9).

“Daripada jumlah itu 47 orang kena tuduh (OKT) masih dalam tahanan reman terdiri 34 pegawai JIM, 12 ejen dan seorang orang awam.

“Anggota JIM yang dithan semalam terdiri seorang lelaki dan dua wanita berusia 24 hingga 38 tahun ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber berkata, mereka bertugas di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan dipercayai menjalankan aktiviti terbabit.

BASIKAL ANTARA BARANG R4MPASAN

Men's S-Works Tarmac | Specialized.com

Gambar contoh basikal

“SPRM turut m3rampas dua Volkswagen Golf, sebuah Toyota Wish, Yamaha NVX, Ducati Panigale dan basikal Tarmac Specialized.

“Kesemua kenderaan terbabit dibeli secara tunai oleh anggota JIM terbabit di mana basikal itu sahaja dibeli RM45,000 selepas ubah suai manakala motosikal Ducati Panigale pula dibeli dengan harga RM170,000,” katanya.

Kata sumber, permohonan reman dibuat hari ini di Mahkamah Putrajaya bagi siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Harian Metro sebelum ini melaporkan SPRM merampas 32 kereta mewah bernilai lebih RM2 juta susulan penahanan 54 individu dalam siasatan kes pemalsuan urusan cap kemasukan warga asing di pintu masuk antarabangsa negara.

TIGA lagi anggota Jabatan Imigresen ditahan.

SPRM sebelum ini mendedahkan lebih 30,000 warga asing dipercayai bolos manakala RM14.5 juta wang sogokan diagihkan dalam kalangan kakitangan JIM sepanjang tempoh empat tahun lalu.

Angka itu diperoleh hasil penahanan 27 anggota dan pegawai JIM yang mendedahkan aktiviti rasuah menerusi proses penyediaan kaunter khas sejak 2017.

Secara purata, setiap tahun dalam tempoh empat tahun lalu, sebanyak RM3.6 juta diagih-agihkan sesama anggota dan pegawai JIM yang terbabit dengan sindiket ini.

Kemewahan kakitangan JIM yang terbabit dengan sindiket juga amat ketara berikutan mereka menggunakan wang rasuah diterima untuk membeli rumah, kereta mewah, beg tangan berjenama, barangan kemas dan tanah.

Sumber : HMETRO ONLINE/AWATSHEIKH

Artikal lain…..

TINDAKAN LELAKI INI TIBA-TIBA MELURU KE ARAH KERETA INI BUAT ORANG RAMAI TERPANA, ADA YANG KAITAN DENGAN SUASANA KEADAAN YANG BERLAKU DI NEGARA INI

Stres atau tekanan perasaan adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Secara umumnya, stres terbahagi kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang.

Gempar apabila seorang lelaki bertindak melompat ke atas sebuah kereta tanpa sebab.Insiden berlaku di Malaysia namun tempat kejadian kurang pasti.

Kelihatan lelaki ini tanpa memberi amaran, berlari menuju ke kereta dan terus lompat atas bonet. Selepas itu dia turun dan berjalan seolah-olah tiada apa yang terjadi.

Rata-rata komen netizen mengatakan mungkin lelaki ini alami masalah mental atau tekanan kerana bertindak sedemikian. Ada juga komen-komen secara berjenaka mengaitkan lelaki ini bertindak sedemikian kerana tekanan pkpb dan tak layak mohon i-sinar. Aa juga mengatakan kejadian sebegini biasanya berlaku di China. Sipelaku sengaja meluru dihadapan kenderaan berpura-pura dilanggar untuk dapatkan wang dari pemamdu kereta atau insuran.

Apa-apa pun diharapkan lelaki dalam video ini selamat dan perlu dapatkan bantuan yang sewajarnya. kemungkinan besar dia mengalami tekanan yang teruk sampai sanggup berbuat sebegini. Manusia normal tak mungkin akan meluru melompat diatas kereta bergerak melainkan dia adalah seorang ‘stuntman’.

Stres jangka pendek merupakan tindak balas spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi yang mencabar, bahaya atau menakutkan. Tahap stres biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh stres yang dialami dan bagaimana individu tersebut menangani stres tersebut. Stres jangka panjang pula selalunya dialami oleh mereka yang menghidapi stres yang berpanjangan. Stres seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah yang berpanjangan.

Sumber : ASN Crew / Video Kredit: DashCam Malaysia/awatsheikh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *