ISU SEMASA Viral

Tersebar Rakaman Lelaki Pecut Kereta Bila Nampak P0lis Dtg. Tapi Tndakan Rider Foodpanda Ini Cvri Tumpuan

Hari ini tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 0:54 saat di mana sebuah kereta dipecut bertujuan melarikan diri dari pihak p0lis yang mencuri perhatian ramai.

Panik apabila kereta dihampiri p0lis, seorang penjnayah bertindak memecut kenderaannya sebelum merempvh kenderaan lain, semalam.

Dalam kejadian 10.18 pagi itu, sepasukan anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya ke sebuah premis mencuci kenderaan di Jalan Kolam Air Lama di sini, sejurus menerima maklumat terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam kereta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pemeriksaan mendapati kereta berkunci dan enjin kenderaan masih hidup lalu mengejutkan lelaki itu.

” Suspk tersedar tetapi enggan membuka pintu sebelum dia memecut laju. Anggota mengekori kereta suspk dan semasa di Jalan Ampang, suspk melanggar sebuah kenderaan lain.

” Suspk meneruskan perjalanan menghala Jalan Tun Razak dan Kampung Baru sebelum berhenti di sebuah premis cuci kenderaan di Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

” Orang awam yang berada di lokasi bertindak menutup pagar premis berkenaan. Anggota kemudian memecahkan cermin kereta untuk menahan suspk sehingga jarinya cedera tetapi suspk merempuh pula pagar premis dan melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang melakukan serbuan bersabit kes curi motosikal berjaya menahan suspk di sebuah bengkel di Kampung Melayu Tambahan, di sini, 11.55 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspk berusia 39 tahun itu adalah individu sama yang melarikan diri dari pemeriksaan polis sebelum ini.

” Hasil semakan, suspk mempunyai 13 rekod jnyah lampau termasuk d4dah. Suspk kini masih dalam tahanan polis IPD Dang Wangi,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut akan dilakukan pihaknya mengikut Sksyen 186 Knun Kesksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Reaksi warganet, tindakan rider Foodpanda curi tumpuan

Sementara itu menerusi ruangan komen, segelintir warganet memberi reaksi kepada tindakan seorang lelaki dipercayai penghantar makanan Foodpanda berdasarkan baju dipakainya.

Lelaki terbabit dilihat memanjat bonet kereta dan cuba membantu pihak polis yang ketika itu cuba membuka pintu kereta suspk.

Ketika pintu kereta sudah berjaya dibuka, lelaki terbabit cuba untuk masuk ke dalam kereta menerusi pintu belakang namun suspk yang menyedari keadaan itu terus memecut.

Nasib baik lelaki terbabit sempat keluar semula dari kenderaan sebaik suspk memecut dan melarikan diri.

” Berani betul abang Foodpanda tu semangat dia lompat atas bonet kereta nak tolong polis, tapi nasib baik tak kena leny3k dengan kereta suspk..aku plak yang risau tengok,” komen Izhar Rom.

” Aku suka rider food panda. Mereka bantu tnpa was2. Terbaik. Rider panda tak pernah gentar dlm menolong masarakat dan sebaliknye hehehe” komen Sam

Sumber : asiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *