ISU SEMASA Viral

Jangkaan ramai akan Miskin sekiranya keluar duit Akaun 1 kata CEO KWSP

MALAYSIA: (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat

Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.

“Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.
“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja.

kwsp selepas bersara

Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini.

“Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak. Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir.

“Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” ujarnya.

Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

‘Duit KWSP, duit rakyat’- Najib

SHAH ALAM – Ramai rakyat meluahkan rasa kecewa dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengenai dua kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, tindakan yang dibuat oleh pihak KWSP amatlah tidak wajar kerana duit KWSP itu sebenarnya hak milik rakyat.

Menurutnya, pihak KWSP sepatutnya membenarkan semua pencarum mengeluarkan RM10,000 secara pukal tanpa meletakkan syarat sedemikian.

“Kalau mereka nak keluarkan RM10,000 terpulang lah kepada mereka. Kalau mereka tak perlu, mereka tak kan berbuat demikian.

“Jadi, kita mesti percaya kepada pencarum bahawa ini adalah dana mereka sendiri. Hidup mereka juga amat tertekan dan ada yang perlukan duit ini untuk kecemasan kini,” katanya.

Tambahnya, jika kerajaan benar-benar prihatin dan peka dengan tuntutan rakyat, maka pihak mereka perlu mengubah dan melakukan penambahbaikan terhadap pengumuman yang dibuat oleh pihak KWSP semalam.

“Saya akan terus memperjuangkan hasrat rakyat dan pada saya kalau kerajaan masih mengekalkan syarat-syarat yang ketat ini, maka saya yakin perkara ini akan mengundang kemarahan rakyat secara berterusan,” kata beliau lagi dalam hantaran tersebut.

Semalam, KWSP dalam satu kenyataan berkata, kriteria bagi kategori satu meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Kriteria bagi kategori dua pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Sumber:kini.mysumber

Bantuan bulanan RM1000 akan segera dilaksanakan – Perdana Menteri

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang dilaksanakan segera.

Beliau berkata, sebagai kerajaan yang prihatin, beliau akan memastikan golongan itu mempunyai hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

“Mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa, saya telah mengusulkan agar bantuan bulanan JKM yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000.

“Pastinya golongan orang kurang upaya (OKU) juga termasuk dalam kumpulan masyarakat yang akan mendapat faedah daripada kenaikan itu. Saya akan pastikan cadangan ini dapat dilaksanakan segera. Insya-ALLAH,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya bersempena Hari OKU Sedunia hari ini.

Pada Ogos lepas, Muhyiddin dilapor mengusulkan kenaikan bantuan bulanan tersebut dan usaha membantu golongan itu termasuk B40 merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinannya.

Muhyiddin berkata, golongan OKU adalah sebahagian daripada masyarakat yang sentiasa dekat dan diberi perhatian olehnya dan juga kerajaan.

“Saya sendiri telah beberapa kali turun menemui golongan ini sebagaimana ketika kunjungan saya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak serta PPR Taman Sri Keramat, Putatan, Sabah sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Kewangan juga telah mengumumkan beberapa inisiatif yang boleh membantu golongan tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Antaranya menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM250 kepada RM300, kadar elaun pekerja OKU RM400 kepada RM450 serta bantuan penjagaan OKU daripada RM350 kepada RM500.

Muhyiddin berkata, mengikut rekod JKM, bilangan OKU berdaftar di Malaysia setakat ini ialah 581,265 orang dan beliau berharap kempen mendaftarkan golongan tersebut dipergiatkan lagi bagi memastikan tiada yang tercicir dan tidak diberikan perhatian.

“Perkara ini sangat penting untuk menjamin golongan ini tidak terlepas daripada menerima bantuan kerajaan, terutamanya ketika situasi sukar penularan pandemik Covid-19.

“Saya doakan semoga golongan OKU diberikan tempat sebaiknya dalam kalangan masyarakat, seterusnya dapat sama-sama berperanan dalam pembangunan negara. Selamat Hari OKU Sedunia 2020,” katanya. – Bernama

Sumber:kinimysumber

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *