ISU SEMASA Viral

Tak mahu apa2 bantuan, Ebit Lew sebak pemuda OKU cuma nak pergi Elewsmart

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sememangnya sangat disayangi oleh hampir semua rakyat Malaysia. Keprihatinan beliau dalam memberi bantuan kepada orang ramai sangat disanjung.

Dalam perkongsian Ebit Lew yang terbaru di media sosial, beliau telah memuat naik satu pertemuan dengan seorang pemuda kelainan upaya (OKU) berbangsa Cina yang pernah memberikan kata-kata semangat buat pendakwah tersebut suatu ketika dahulu.

Ebit Lew terus bayarkan sewa

Dalam posting itu, Ebit Lew memaklumkan bahawa pemuda terbabit menjual pelitup mulut secara atas talian. Secara kebetulan, ketika dia menziarahi pemuda yang bernama Daniel Cheng, pemuda tersebut belum lagi membayar sewa rumah.

Jadi, pendakwah muda itu terus membayarkan sewa dan akan membayarnya untuk bulan-bulan akan datang.

Cuma nak pergi Elewsmart

Menurut Ebit Lew lagi, pemuda itu sama sekali tidak mahukan sebarang bantuan kerana dia masih mampu untuk mencari pendapatan sendiri. Daniel cuma mahu pergi ke Elewsmart sahaja.

Pada awalnya dia tetap tidak mahu membeli apa-apa, namun pendakwah itu dengan hati terbuka membelanjakannya barangan di Elewsmart.

Siapapun kita, terus berusaha

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen-komen yang positif kepada Daniel Cheng supaya terus bersemangat untuk berjaya dan diberi kesihatan yang baik.

Mereka juga berharap agar Ustaz Ebit Lew dimurahkan rezeki agar dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan diluar sana.

 

Jangan mengalah Daniel!

 

Semoga usaha ustaz terus diberkati Allah

Sumber: Ebitlew/ohmymedia

 

Zoo Negara masih kekurangan dana, Ebit Lew datang lagi bawa 200kg daging segar

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew telah pergi ke Zoo Negara bagi memberikan sumbangan makanan buat haiwan-haiwan disana.

Menerusi maklumat ketika itu, Zoo Negara telah kekurangan dana berikutan terpaksa berhadapan dengan pandemik yang melanda.

Datang bawa sumbangan

Hari ini, sekali lagi pendakwah muda tersebut kembali ke Zoo Negara dengan memberikan 200kg daging bagi diagihkan kepada haiwan yang terdapat di zoo terkemuka itu.

Hal ini dikongsikan sendiri Ebit Lew di media sosial miliknya dengan menyatakan bahawa Zoo Negara masih bergelut dengan isu dana untuk membiayai makanan dan pengurusan zoo.

Sedang memikirkan cara untuk majukan Zoo Negara

Dalam pada itu, beliau dan teamnyaturut berusaha memikirkan bagaimana caranya dapat membantu tempat tumpuan pelancong ini kekal maju kehadapan.

Pendakwah selebriti tersebut juga berkesempatan memberi makan panda yang ada di Zoo Negara dengan menyatakan akan membawa anak-anaknya kelak apabila pandemik beransur selesai.

 

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet seperti biasa memuji tindakan Ebit Lew dan teamnyayang membantu semua pihak tanpa sebarang prajudis.

Mereka juga berharap agar pendakwah tersebut terus dimurahkan rezeki dan dapat membantu orang ramai ataupun pihak-pihak yang memerlukan pertolongan dimasa akan datang.

Sumber: Ebit Lew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *