ISU SEMASA

Video: PUTRAJAYA KECOH APABILA BINATANG INI BUAT HURU-HARA..

Putrajaya: Pengunjung pusat beli belah Alamanda di sini, gempar apabila seekor babi hutan dewasa menceroboh masuk premis berkenaan.

Dalam kejadian 12.38 tengah hari tadi, video haiwan liar itu yang berada di dalam kedai menjual peralatan sukan sempat dirakam pengunjung yang berada di pusat beli itu sebelum tular di media sosial.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran haiwan liar itu sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, seramai lapan anggota bomba bersama dua jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke pusat beli belah itu untuk memberi bantuan.

Katanya, setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati babi hutan itu masih berlegar-legar di dalam sebuah premis menjual pakaian dan peralatan sukan.

“Anggota bomba berjaya menghalau haiwan liar itu keluar dan menuju ke arah padang ragbi berdekatan pusat beli belah berkenaan.

“Kes itu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi tadi.

Menurut sumber, haiwan liar itu dipercayai tersesat dan memasuki kompleks beli belah itu.

Video BabiHutan “Shopping”

haiwan liar itu keluar dan menuju ke arah padang ragbi berdekatan pusat beli belah berkenaan.

“Kes itu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi tadi.

Menurut sumber, haiwan liar itu dipercayai tersesat dan memasuki kompleks beli belah itu.

Video BabiHutan “Shopping”

Setiap hari Ahad, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan operasi menembak babi hutan bagi memantau kehadiran haiwan liar itu di pusat pentadbiran kerajaan selain memastikan keselamatan penduduk.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Harian Metro

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *