ISU SEMASA

Dari Semalam Mengadu Sakit Perut. Wani Chomel Kini Ditahan Di Hospital. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Dia Masuk Hospital.

Gadis yang mempunyai masalah obesiti, Wani Chomel dimasukkan ke hospital Putrajaya sekitar jam 9 pagi tadi akibat kesukaran bernafas.

Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas, sakit perut dan muntah teruk.

 

Wakil Wani yang dikenali sebagai Aishah ketika dihubungi berkata, gadis tersebut kini di bawah pemantauan doktor  selepas disahkan mengalami jngkitan kuman di paru-paru. “Wani terus dikejarkan ke bahagian kecemasan sebaik tiba di hspital. Wani mengadu skit perut sejak malam tadi dan dia mengalami muntah teruk.

“Pagi tadi dia kata sesak nafas dan kami terus bawa ke hspital. Saya teman Wani di sejak jam 9 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor yang merawat Wani. “Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jangkitan kuman. Wani akan ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.

“Doktor bimbang jika ada jangkitan kuman di bahagian tersebut kerana tidak ada rawatan susulan selepas operasi dilakukan,” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatan Wani dan berharap agar gadis comel tersebut pulih seperti sediakala.

“Ibu Wani di kampung pun kurang sihat, doakan Wani ya supaya dia pulih dan sihat,” katanya. Terdahulu Wani bersama pasukan Gempur mengadakan sidang media mendakwa dianiaya pengasas kosmetik. Wani mendakwa berasa ter-tipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: gempak

Wani Comel Dikatakan Ada Individu Yang Dorong Dia Untuk Jatuhkan Dato Aliff Syukri. Dato Aliff Tampil Bersuara Bongkarkan Benda Buat Ramai Yang Tergamam.

SUSULAN pendedahan Wani Comel yang mendakwa diperdya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan, individu yang dikaitkan dalam kontroversi berkenaan menganggap tdhn wanita itu berniat jahat.

Datuk Seri Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram miliknya menganggap tdhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk mersakkan nama baiknya. Pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu.

“Saya dah lama beritahu yang saya buat bariatic pada Wani atas nasihat doktor dan saya post di Facebook pada tarikh 19 Ogos 2019. “Benda dah lama kenapa baru nak cerita, ketinggalan ke awak? Lain kali nak kenakan orang research habis-habis dahulu.

Wani mendakwa dirinya diperdya oleh usahawan kosmetik.

“Nak tahu detail tunggu Isnin ini dan apa tindakan yang saya ambil pada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan untuk jatuhkan saya. Saya nak berniaga tak kacau orang, ” katanya. Terdahulu pada petang Jumaat, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen pun tak minta duit awak adik Wani. Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Dalam pada itu, Aliff turut meminta Wani untuk bekerja berikutan keadaan kesihatannya yang kini sudah mampu untuk berjalan. Tambah Aliff, dia sudah menanggung segala kos termasuk terapi kaki, makan dan tempat tinggal sepanjang melakukan operasi pintasan usus itu.

Aliff tanggung kos operasi pintasan usus Wani pada tahun 2019.

“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak, awak nak sman saya? Kerjalah adik Wani sayang oi, dah boleh jalan carilah rezeki, orang lain kerja siang malam, pagi petang dik… untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?

“Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen pun tak minta duit awak adik Wani, jadi jangan menangguk di air yang keruh, ” sindirnya. Aliff juga tidak menolak tindakan Wani itu didorong oleh individu lain yang cuba menjatuhkan dirinya atas sebab tertentu.

Dato Aliff juga memuat naik satu lagi status berkenaan “Melayu jatuhkan Melayu” “Good morning smua ramai betul melayu nak jatuhkan melayu..korang rasa siapa ekk org tuu.seronok sy baca komen warganet bkn apa warganet sekrang bijak2.. siapa yg bijak cer komen di bawah”

Tidak dipastikan siapakah individu yang di maksudkan oleh Dato Aliff yang di lihat cuba menjatuhkan beliau. Tambah gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu, segala rekod kesihatan selepas dia menjalani operasi bagaimanapun dipegang pihak usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui status serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

Dalam pada itu, seorang pendakwah kontroversi di kenali sebagai Abu Syafiq turut memuat naik isu yang sama di IG beliau. Dia di lihat cuba membela Wani Chomel dengan menawarkan khidmat peguam “Saya difahamkan Wani Chomel mungkin akan disaman. Saya tidak pasti apakah sebabnya. Namun saya mahu ingatkan pihak yang mahu menyaman Wani agar muhasabah diri sendiri dahulu.

“Wani bukan orang senang. Kamu mungkin kaya. Boleh guna duit dan segala kemudahan. Tapi ingat Allah Ada. Tu jek. Ingat ye. Allah ada. “Jika Wani disman kerana hanya meluahkan kesedihan diri kerana merasakan dirinya diperguna insya Allah pihak saya akan turut bantu beliau atas dasar hamba yang susah. Cukup-cukup kenakan orang. Bertaubatlah!” tulis Abu Syafiq lagi

Apa kah Abu Syafiq yang di maksdukan oleh Dato Aliff? Sama-sama kita nantikan episode kisah ini pada isnin nanti, kerana menurut Dato Aliff dia akan mengdakan sidang media khas untuk memberi penjelasan lanjut mengenai kes yang melibatkan beliau dan Wani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : trendingsangat via Slamber Media

Lepas Je Adik Wanie Buat Sidang Media Bongkarkan Sesuatu. Kali Ni Dato Aliff Pula Tampil Bagi Respon Padu. Sampai Macam Ni Sekali Respon Dato Aliff Buat Ramai Yang Tergamam.

PETALING JAYA – Seorang gadis yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan mencecah hampir 300 kil0gram (kg) tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadap seorang jutawan kosmetik atas tudhan teranya dan dimanlpulasi.

Gadis itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan. Menurut Wani, dia telah didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah prroduk pelangsingan badan tetapi saya perlu menjalani operasi pada bahagian perut terlebih dahulu.

“Selepas menjalani operasi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ogos 2019, saya telah didatangi pihak usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak. “Bagaimanapun saya tidak diberitahu dengan jelas tentang kandungan k0ntrak tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya,” katanya ketika ditemui pada satu sidang akhbar sebentar tadi.

Ujarnya lagi, selepas selesai menjalani operasi bariatrik tersebut, segala urusan melibatkan rawatan susulan dilakukan sendiri olehnya tanpa diberikan wang pembayaan yang dijanjikan. Tambah gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu, segala rekod kesihatan selepas dia menjalani operasi bagaimanapun dipegang pihak usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui statvs serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan itu telah berjanji akan membantu saya dari segi kewangan. “Bagaimanapun saya tidak menerima sebarang bentuk bantuan seperti yang telah dijanjikan. Lebih menyedihkan apabila saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM 1,000 selepas terlbat dengan penghasilan kandungan video tentang produk pelangsingan badan,” katanya.

Pada sidang akhbar tersebut, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan itu dalam keadaan marah dan telah mengoyakkan kontrak yang telah ditandatangani.

“Saya telah dimarahl hanya kerana telah menerima bantvan daripada pihak lain,” ujarnya

Tampil membuka mulut, Wani yang turut ditemani peguam, Haziq Aizuddin Subhi berkata, dia ingin menu.ntut pampasan dan habvan yang telah dijanjikan selain ingin memb.atalkan k0ntrak yang telah ditandatangani.

“Saya mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut selain turut dikritik dan dicaci warganet dengan tuduhan tidak berasas. “Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pemalas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata,” katanya. Selain menuntut hak, Wani berharap pendedahan ini mampu membersihkan namanya yang dipandang sebelah mata oleh masyarakat.

Respon Pertama Dari Datuk Aliff Syukri

Sumber : Kosmo/IGDatoAliff

Kena Selalu Berbuat Baik Dengan Mertua Sebab Ini. Aliff Syukri Buat Kejutan Hadiahkan Mak Mertua Dengan Kereta Impian. Sampai Macam Ni Sekali Dia Bagi Kejutan.

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan kepada ibu mentuanya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV). Menurut Aliff, kenderaan jenis Honda CR-V itu merupakan kereta yang diidamkan mentuanya, Rohani Hassan sejak dari zaman mudanya.

“Saya gembira sangat hari ini sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mentua saya. Bukan main gembira dia dapat kereta ni. “Maklumlah dari zaman muda mengidam nak pakai, akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka, tak pasti saya ada isteri sebaik Shahida,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Shahida turut mendedahkan bahawa Aliff juga adalah menantu kesayangan ibunya kerana merupakan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarganya. Pada masa sama, Aliff turut menasihati orang ramai agar sentiasa berbakti bukan sahaja kepada ibu bapa sendiri, tetapi juga mentua.

“Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mentua sebab kalau tak kerana mentua kita, mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang.  “Disebabkan didikan mentua juga kita dapat pasangan yang baik. Selagi ada hayat, berbaktilah pada ibu bapa dan mentua kita sebab doa-doa mereka kita berjaya sehingga kini,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata memuji sifat pemurah yang ada pada Aliff. “Rasa terharu masa mak mentua peluk Datuk, mengalir air mata teman. “Terbaiklah Datuk, memang manantu yang baik. “Alhamdulillah, semoga bertambah rezeki datuk bahagiakan mak mentua,” komen sebahagian warganet.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007.  Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.

Muat Naik Gambar Lama Tapi Hidung Yang Dipertikai. Sekali Dato Aliff Syukri Tampil Bagi Respon Memang Win. Sampai Macam Ni Sekali Dia Respon.

PERKONGSIAN foto usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ketika dia masih remaja mengundang pertanyaan warganet mengenai perbezaan pada bahagian wajahnya. Menyedari komen yang ditinggalkan itu, Aliff berkata dia sudah bosan untuk menjawab soalan sama mengenai hal itu.

Dia turut berasa hairan kerana orang ramai hanya gemar mencari kesilapan pada dirinya. “Saya tidak larat untuk mengulas benda yang sama… penat manusia sentiasa cari salah saya sahaja. “Kenapa dan sebab apa saya tidak pasti… baiklah, muka awak yang lawa, muka awak yang sempurna sebab tu dalam gambar ni tak ada muka awak,” katanya. Aliff menjawab beberapa soalan yang ditinggalkan oleh pengikut di laman Instagram pada Ahad.

Kebanyakan komen yang ditulis ialah mengenai perubahan pada bahagian wajah terutamanya hidung Aliff yang dikatakan semakin mancung. “Hidung lain… Datuk buat hidung ke? “Lainnya muka ingat siapalah tadi. Banyak beza muka, sekarang hidung dah mancung, masa ni belum buat lagi.

“Yang tanya fasal hidung tu, rasanya ada kaitan dengan operasi Datuk buat, dia pernah kemal4ngan dan alami keced3raan teruk pada muka!” komen pengikut. Sebelum itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkongsi foto lama yang disimpan ketika dia berusia 16 tahun.

“Terjumpa gambar lama… ini zaman aplikasi Friendster dan MySpace saya guna nama glamor masa tu Putra Aqashi133… masa ni umur saya 16 tahun saya duduk kat Club Golf Monterez Subang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *