Hiburan ISU SEMASA Viral

Duka Pengerusi JKKKK tiada siapa yang tahu. Wang simpanan habis, dokt0r bagitahu sakit teruk.

SETIAP kali menonton lakonannya di televisyen, pasti akan mengundang ketawa pada sebilangan besar peminatnya. Masakan tidak, personalitinya yang sangat humor selain wajah selambanya membuatkan ramai yang menyenangi lakonan Ebby Yus. Namun, pernah atau tidak dalam kalangan kita yang terfikir untuk mendasari bagaimana gelora jiwa lelaki berusia 55 tahun itu yang masih bujang?

Suratan hidup seorang seniman, mereka bijak menghiburkan orang ramai, tetapi kesedihan yang bersarang di jiwa golongan ini jarang benar untuk dikongsi.

Demikian juga dengan Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid yang senang berdiam diri dan melalui apa sahaja dugaan tanpa perlu berkongsi dengan wartawan mahupun di media sosial.

Di luar pengetahuan peminat-peminatnya, Ebby sebetulnya pernah melalui detik-detik yang sukar apabila doktor mengesahkan dia menghadapi masalah lemah jantung selain keb0coran buah pinggang. Setahun setengah yang lalu, apabila doktor memaklumkan berita sedih itu, Ebby tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berusaha menjalani rawatan. Sepanjang tempoh itu juga, pelakon komedi terkenal itu tidak berupaya untuk bekerja kerana tidak memiliki kudrat.

“Setahun setengah juga saya tak bekerja. Bukan tak mau kerja, tapi saya tidak ada kemampuan,” katanya berkongsi fasa sukar yang dilaluinya ketika dihubungi.

Ebby juga sebenarnya pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1998.

Seiring perubahan masa, doktor yang merawat memaklumkan, keadaan jantungnya hanya mempunyai lebih 20 peratus tahap kekuatan sedangkan untuk manusia normal bacaan kekuatan jantung yang diperlukan ialah 60 peratus. “Itu yang doktor maklumkan pada saya berhubung keadaan jantung saya. Pada masa ini, saya hanya bergantung pada ubat, tapi Alhamdulillah saya sihat, tak adalah sakit teruk. “Demikian juga dengan buah pinggang saya, ada alami keb0coran dan saya juga sedang menjalani rawatan,” terang Ebby mengenai keadaan kesihatannya. Kerana ujian kes4kitan yang dihadapinya, Ebby harus akur bahawa pendapatannya terjejas kerana dia tidak mampu bekerja.

Wang simpanan sudah habis digunakan untuk membiayai rawatan selain menjalani kehidupan yang sangat sederhana. Namun, itu semua bukan alasan kenapa dia harus berasa sugul dan tidak berusaha. Seniman yang selesa menyimpan segala rasa duka dan sedih itu berkata, selagi mampu dia akan bekerja untuk mencari rezeki bagi menyara hidup. “InsyaAllah berkat rawatan yang saya jalani, doa keluarga dan kawan-kawan saya sudah mampu untuk kembali bekerja. Saya sentiasa percaya rezeki Allah yang tentukan.

“Alhamdulillah tawaran berlakon juga sudah diterima dan saya akan kembali aktif secara perlahan-lahan,” kata Ebby yang tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana masih menurunkan rezeki buatnya.

Sumber:imuslimnetwork

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini adalah artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *