Hiburan

RATU BALQIS TAMPIL BERSUARA SETELAH DIKAITAN DENGAN DAISYED SAMPAI DIPANGGIL P0LISS

Penyanyi Ratu Balqis menafikan menjalin hubungan istimewa dengan pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful selepas dirinya dipanggil p0lis untuk memberikan keterangan.

Menurut laporan BH Online, Ratu Balqis yang juga bekas peserta program realiti, Mentor Milenia 2017, memberitahu, kehadirannya di Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) tengah hari semalam, adalah bagi membantu siasatan.

Saya dipanggil ke IPD Petaling Jaya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan pihak polis terhadap dakwaan ke atas Syed Shah Iqmal.

“Polis temui rakaman video saya bersama dua lagi rakan menyambut hari jadi Syed Shah Iqmal di sebuah kafe di sini, pada 21 November lalu.

“Ia tidak lebih dari itu… Dia hanya rakan selebriti kerana kami berkecimpung dalam bidang yang sama. Saya penyanyi dan dia baru mengeluarkan single,” katanya.

Balqis memberitahu, dia menghabiskan masa kira-kira sejam di IPD Petaling Jaya.

“Alhamdulillah, semuanya lancar dan saya dilayan baik. Ketika diberitahu perlu beri keterangan, saya agak terkejut.Pastinya kita gementar tetapi syukur tiada apa yang mahu dirisaukan… Saya tidak buat salah apa-apa,” katanya yang ditemani pengurusnya Muhamad Firdaus Ibnil Hajar.

Mengulas perkenalannya dengan Syed Shah Iqmal, penyanyi berusia 21 tahun itu berkata, dia mula mengenali pendakwah itu, Oktober lalu.

Semalam, Syed berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Kompleks Mahkamah Shah Alam iaitu melakukan persetubuhan luar tabii dan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang pelajar wanita.

Pendakwah selebriti itu juga didakwa buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mer0 gol seorang wanita.

Awek baru Da’i Syed pelakon tak berhijab

 

Da’i Syed, 25, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail berkata, hubungan yang sudah dua bulan terjalin itu adalah untuk saling memperbaiki kelemahan antara satu sama lain.

“Saya tidak suka menghakimi orang kerana setiap manusia mampu berubah ke jalan yang lebih baik.

“Meskipun dia belum berhijab, tapi kami saling mengubah dan bantu untuk menjadi insan yang lebih baik sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Malah sekarang ini pun, kami selalu membuat panggilan video untuk kelas mengaji al-Quran.

“Saya juga ingin mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi gerangan pelakon ini kerana kami berdua belum bersedia,” katanya.

Menurut Da’i Syed, dia mula mengenali wanita itu menerusi Instagram dan sudah bertemu ibu pelakon terbabit pada hari ketiga perkenalan.

“Selepas dua hari berkenalan di Instagram, saya terus memberitahunya untuk berjumpa ibunya terlebih dahulu.

“Saya enggan hubungan ini tidak diketahui orang tuanya. Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan baik dan dia juga sudah pasang niat untuk memakai tudung tidak lama lagi,” katanya.

Tambah Da’i Syed, sebagai seorang pendakwah dia ingin memastikan wanita yang ingin dikahwininya memakai hijab.

“Saya tidak pernah paksa dia mengenakan hijab dengan segera, sebaliknya saya beri dia ruang secara perlahan untuk berubah.

“Tapi tak sangka dia maklumkan kepada saya untuk berhijab selepas dia selesai menjalani penggambaran bagi sebuah drama,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :Gempak Dan Harian Metro

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *