ISU SEMASA

Kalau Nak Beri, Berilah Pakaian Baru. Kesian Yg Menerima Mcm Pelajar Tahfiz, Sampai Ustaz Dia Berbaju Kurung

SUMBANGLAH SESUATU YANG TERBAIK. BUKAN YANG KAMU TIDAK PERLUKAN LAGI.

Aku terperanjat biawak bila melihat salah satu #gerobokRezeki (salah satu sumbangan kebajikan yang diusahakan cikgu Mohd Fadli Salleh) yang diusahakan oleh sahabat prihatin dipenuhi dengan baju terpakai.

Gerobok ini untuk diletakkan sumbangan makanan untuk asnaf yang terputus bekalan tetapi ada hamba Allah letakkan baju terpakai.

Aku jadi kelu dan hilang kata kata. Benda ni berlaku sebelum aku buat gerobok disekolah lagi. Peel orang kita ni nak kemaskan rumah dengan barang yang tak perlu, barang yang tak guna diberi pada orang lain.

Sikap ini bagus cuma tak kena tempat. Bayangkan ada asnaf yang berlapar mai nak ambik makanan, yang ada ialah baju kebarung pinggang kerengga yang dipakai masa bertunang 18 tahun lampau.

Takkan nak balik buat kebarung masak kicap. Akai ada ka.

Ada yang beri makanan hampir basi

Saidina Umar beri kambing kepada jiran dan makan sisa roti kerana takut Murka Allah. Orang kita bagi pakaian yang dah kusam dan berbau hapak kepada pelajar tahfiz.

Itu belum kira makanan tak habis dan hampir basi. Agama mengajar kita memberi harta yang paling kita cintai bukan sebaliknya.

Jika mahu derma pakaian terpakai, ada disediakan charity box ditepi jalan atau buat saja jualan amal sebab yang beli tu memang dia nak.

Memang ada yang kata kain baju tu masih elok. Sayang kalau dibuang. Kalau hang sendiri takmau agak agak ada orang mau ka?

Semasa kejadian Tsunami beberapa tahun lampau, aku antara sukarelawan di Kota Kuala Muda. Di sebuah sekolah, baju terpakai sumbangan orang ramai dari seluruh negara penuh membukit satu dewan.

Hampir sama tinggi Gunung Jerai. Tiada yang ambil dan dipijak dilantai. Akhirnya terpaksa dikaut dengan jentolak, dibuang begitu sahaja.

Aku rasa kita perlu ubah. Kalau mahu beri pakaian, berilah yang baru atau beli dikedai. Barulah pemberian kita menjadi berkat.

Sampai ke ustaz berbaju kurung

Kesian yang menerima macam tahfiz dibawah. Sekali tengok kasihan, 2 kali tengok rasa nak ketawa. Sampai ke ustaz dia berbaju kurung anggun sekali. Haruuuu…

Yang paling sadis, pakaian dalam pun ada yang sumbangkan. Aduyai… Tapi apa pun niat tu dah baik tapi mungkirn tak kena gaya.

Tapi tak apalah. Niat yang baik itu akan dipermudahkan Insyaallah. Takpa kita sama sama ubah. Kita bagi barang yang paling kita sayang. Allah akan ganti yang lebih baik lagi.

” Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Qs. Ali Imran: 92).

Sumber:FB cikgu Zahran

Promosi 12/12 Remaja Ditipu Rugi Rm4870 Beli PS5.

 

Butterworth: Teruja memiliki permainan video Playstation 5 (PS5) yang baharu dilancarkan dengan harga jauh lebih murah daripada pasaran menyebabkan wang simpanan berjumlah RM4,870 milik seorang pelajar sebuah universiti swasta di sini lebur akibat ditipu sindiket belian barang dalam talian tidak wujud.

Pelajar lelaki berusia 18 tahun itu melayari aplikasi beli-belah dalam talian kelmarin sebelum tertarik dengan iklan menjual konsol popular itu lalu menghubungi penjual melalui WhatsApp.

Ketua P0lis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, m4ngsa tertarik untuk membeli alat permainan itu apatah lagi harganya jauh lebih murah berbanding pasaran semasa.

“Penjual itu kemudian mengirimkan beberapa gambar PS5 itu untuk menarik perhatian mangsa hingga membuatkan mangsa teruja dan mahu memiliki alat permainan terbabit.

“Mangsa dijanjikan menerima PS5 itu dalam masa sehari dan tanpa berfikir panjang dia membuat bayaran sebanyak RM3,351 ke dalam akaun suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa menerima panggilan daripada individu mendakwa pihak perkhidmatan penghantar barangan keesokan harinya dengan memaklumkan terdapat bungkusan untuknya dari luar negara.

“Bagaimanapun, mangsa perlu membuat bayaran sebanyak RM1,519 bagi melepaskan barangan berkenaan lalu dia menurutinya hingga wang simpanannya habis.

“Mangsa akhirnya sedar ditipu selepas dia diminta membuat lagi beberapa bayaran dan secara keseluruhannya mengalami kerugian sebanyak RM4,870,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noorzainy berkata, seorang doktor wanita berusia 36 tahun turut menjadi mangsa penipuan beli barangan dalam talian tidak wujud sehingga mengalami kerugian RM10,800.

“Doktor itu tertarik untuk membeli tiga beg tangan berjenama yang harganya jauh lebih murah dan kualiti barang yang menarik sebelum menghubungi penjualnya.

“Mangsa melakukan dua transaksi dan sedar ditipu selepas tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan,” katanya.

Kedua-dua mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseks44n.

kredit : harian metro/rentasasia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jom Tekan Like Page Kami

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *