Viral

TV3 tiada perancangan untuk wujudkan semula program realiti agama Da’i

Umum mengetahui program realiti yang berunsur keagamaan Da’i Pendakwah Nusantara yang sudah enam musim bersiaran di stesen Tv3 tidak lama dahulu.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Tv3 mengakui sudah tidak menerbitkan semula program itu selepas tiga tahun melabuhkan tirainya.

Menurut laporan MalaysiaKini, tiada sebarang bentuk program baru seperti itu untuk diteruskan bagi mencari bakat-bakat dalam menyebarkan dakwah kepada orang ramai.

“Tiada perancangan untuk menerbitkan Da’i Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat selepas musim terakhir program tersebut berakhir pada tahun 2017,” kata TV3.

 

Sejak kebelakangan ini, program tersebut kembali menjadi ‘buah mulut’ warganet gara-gara bekas pesertanya terpalit dengan kontroversi yang dilalui dalam kehidupan.

Selain Da’i Farhan dengan isu rumah tangga dan penceraian, tidak terkecuali baru-baru ini Da’i Syed yang didakwa atas pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii.

Selain itu, media juga melaporkan kerajaan akan mewujudkan garis panduan untuk penganjuran program realiti agama pada masa akan datang.

Sumber: MalaysiaKini (Nadia Azam)

 

Sempat tulis lagu, Da’i Syed seronok dapat solat dengan banduan lain dalam tahanan

Selepas 19 hari ditahan bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis berkenaan kes seksual, pendakwah muda, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Da’i Syed telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Dalam temu bual khas yang dibuat oleh Mstar, Da’i Syed memberitahu selepas ini dia akan pulang ke rumah abangnya dan ingin berehat bersama keluarga.

Nak balik makan dengan ibu

Dia juga memaklumkan ingin makan bersama ibu dan keluarga serta mahu memberi ruang kepada diri sendiri untuk bermuhasabah ke atas ujian yang dinyatakan.

Sempat solat & beri tazkirah

Selain daripada itu, temu bual yang dilakukan oleh wartawan Mstar juga sempat bertanyakan perihal kehidupannya di dalam tahanan.

Da’i Syed menyatakan dia dalam keadaan baik dan sempat memberi tazkirah dan solat secara berjemaah bersama tahanan lain semasa dalam tempoh siasatan.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menyokongnya sepanjang tempoh itu dan memohon agar semua pihak memberinya ruang untuk bertenang dan mengembalikan semangat.

Dapat tulis lagu lagi

Selain itu, pendakwah yang dicungkil bakatnya menerusi program Da’i Pendakwah Nusantara ini menyatakan sempat menulis lagu di dalam tahanan dan menunjukkan rangka lirik kepada wartawan yang bertugas.

Di akhir temu bual itu, Da’i Syed memaklumkan yang dia redha diberi ujian sebegini daripada Allah S.W.T dan tidak berdendam dengan sesiapa serta memahami tugas pihak berkuasa.

Dia juga terima dengan apa yang berlaku dan mengikut segala prosedur siasatan undang-undang.

Sumber: Mstaronline/Ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *