Viral

‘Maafkan mama sayang’ – R4ung4n p1lu ibu hil4ng 3 anak sekaligus akibat kem4lang4n

Tiada siapa yang menyangka perjalanan empat beranak ini berakhir dengan tr4gedi p1lu gara-gara dua buah treler yang terlibat dalam kem4lang4n di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), petang tadi.

Dalam kejadian di Kilometer 272.5 arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang itu, kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita hilang kawalan lalu merempvh treler terbabit dalam keadaan hujan lebat.

Akibat rempvhan itu, ketiga-tiga anak wanita terbabit yang dikebali sebagai Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1 m4ut serta-merta di tempat kejadian.

Wanita yang juga ibu m4ngs4, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, ced3ra par4h manakala manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami keced3raan.

Menurut Timbalan Ketua p0lis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah, punca kem4lang4n berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu mel4ngg4r belakang treler yang berada di lorong kecem4san.

Beliau berkata, bed4h si4sat akan dilakukan pada jam kira-kira 3 petang esok.

Katanya, si4satan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber:achikdia.com

 

‘Saya belum beritahu isteri pemergian tiga anak’

Ipoh: Bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam belum mempunyai kekuatan untuk memberitahu isterinya mengenai kehilangan ketiga-tiga anak mereka.

Muhammad Alhafis Mohamad, 29, berkata isterinya Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, masih belum sedarkan diri dan tidak mengetahui apa yang berlaku.

“Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberitahu tentang kematian tiga anak kepada isteri, ketika ini.”Dalam keadaan Aimi macam itu (tidak sedarkan diri dan sedang dirawat) buat masa ini saya tak nak beritahu apa-apa dahulu..

“Bagaimanapun, saya tetap akan beritahu… tunggu masa yang sesuai untuk beritahu isteri tentang keadaan (kematian) anak-anak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.

Katanya, dia turut menafikan dakwaan mengatakan isterinya pulang ke Melaka atas urusan mahkamah bagi menyelesaikan urusan peribadi mereka, tetapi sebaliknya untuk bercuti.

“Bukan urusan mahkamah, dia memang bercuti dan berjumpa dengan saya atas urusan keluarga. Saya memang tinggal dan bekerja di Melaka,” katanya.

 

Muhammad Alhafis Mohamad, 29,sebak ketika menunggu jenazah tiga anaknya dibilik forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang meninggal dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang semalam. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Muhammad Alhafis Mohamad, 29,sebak ketika menunggu jenazah tiga anaknya dibilik forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang meninggal dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang semalam. FOTO HAZREEN MOHAMAD

 

Sementara itu, abang kepada Nur Aimi, Muhd Jazli Aiman, 31, berkata selepas insiden terbabit, keluarganya bercadang untuk memohon supaya adiknya dipindahkan ke hospital di Melaka.

 

“Ada (rancangan bawa Aimi ke hospital di Melaka), itu kita tunggu dulu kata doktor pakar, sekarang ini kita mengharapkan (keadaan kesihatan) semuanya stabil,” katanya.

Dalam kemalangan kira-kira 3 petang itu, Nur Aimi Nadiah parah manakala tiga anaknya, Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 12 bulan, maut di lokasi kejadian apabila Perodua Axia dinaiki mereka terbabas dan melanggar belakang treler di lorong kecemasan.

Sumber:Mymetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *