ISU SEMASA

[VIDEO] DETIK SKUTER KENA HANYUT SEMPAT BERPAUT DI POKOK, NASIB BAIK ADA ANGGOTA APM

Chukai: Seorang lelaki berpaut pada sebatang pokok, pada manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri selepas dihanyutkan arus de ras dalam kejadian di Kampung Ibok, di sini, petang semalam.

Kejadian jam 3 petang yang hampir meragut nyawa itu berlaku selepas skuter jenis Yamaha Ego dinaiki mangsa dihanyutkan arus deras ketika melalui jalan di kampung berkenaan yang dinaiki air.

Pegawai Angkatan Pertahanan AwamMalaysia (APM) Kemaman, Kapten (PA) Mohd Suhaimi Awang @ Muhammad berkata, mangsa berusia 20-an bernasib baik apabila kejadian itu disedari anggota APM yang sedang melakukan pemantauan banjir di sekitar lokasi kejadian.

Sebaik menyedari kejadian, anggota bertindak pantas menghulurkan bantuan bagi menyelamat mangsa daripada berkemungkinan lemas berikutan air di lokasi kejadian dalam serta arus deras.

Katanya, anggota kemudian bertindak mengikat tali pada badannya sebelum meredah arus bagi menyelamatkan mangsa.

Mangsa yang sempat berpaut pada sebatang pokok berjaya diselamatkan manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri.Namun, motosikal mangsa hilang dibawa arus,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sebelum ini, dalam kejadian jam 12.50 tengah hari semalam, seorang penjawat awam nyaris maut selepas terperangkap selama 15 minit dalam kereta dipandunya yang hanyut dibawa arus.

VIDEO

Kejadian berlaku apabila mangsa berusia 27 tahun yang memandu Perodua Myvi bertindak meredah air ketika melalui Jalan Chukai-Air Putih yang ditenggelami banjir sedalam kira-kira satu meter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :Harian Metro

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *