ISU SEMASA

Teringin Sangat PeIuk lsIam, 7 Sekeluarga LafazSyahadah Depan UstazEbit Selepas Selalu Tengok Vdeo di FB

Insan bernama Ustaz Ebit Lew ini sememangnya dikagumi seluruh rakyat Malaysia kerana pendekatan dakwahnya menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.

Maka tidak hairanlah, Ustaz Ebit yang digelar ‘wira’ oleh kebanyakan orang dipilih sebagai penerima Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara pada Ogos lalu, dan juga Anugerah Wira AME2020 (Anugerah MeleTOP) baru-baru ini.

Sangat dikenali ramai kerana sifat dermawan dan tidak lokek menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, pendakwah bebas ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila membantu tujuh sekeluarga berbangsa Cina memeluk lsIam.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ustaz Ebit memaklumkan peristiwa itu berlaku ketika dia berkunjung ke sebuah gerai buah-buahan yang terletak di Medan Gopeng, Ipoh pada Selasa.

” Sebak sayu ziarah sekeluarga Chinese peniaga buah di Medan Gopeng memeluk lsIam.

” Tujuh orang semuanya mengucap syahadah. Sampai je semua anaknya rakam video saya sepanjang di situ.

” Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah.

” Hati mereka teringin sangat nak masuk lsIam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang,” katanya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ustaz Ebit membantu mereka yang berminat untuk memeluk lsIam selepas tertarik dengan kerja kebajikan yang dilakukan.

Tambah Ustaz Ebit, dia turut kagum dengan anak-anak kepada pasangan tersebut yang bukan sahaja rajin dan bijak, malah bercita-cita mahu membantu golongan memerlukan sebagaimana yang dilakukannya ketika ini.

” Anak 11 tahun kata, ustaz beri saya nasihat saya nak jadi macam ustaz. Nak jadi hero. Doakan saya ye. Nak ambil gambar dengan ustaz. Ulang kali dia mintak nak bergambar.

” Saya kagum lihat kerajinan mak ayah. Anaknya semua rajin. Yang 11 tahun. Yang tujuh tahun semua pandai kira. Saya beli buah. Semua ambil dan boleh kira congak je. Kakak bantu jaga adik-adik. Hebat mak ayah ini,” tulisnya lagi.

Hadiahkan basikal

Gembira dipertemukan dengan keluarga tersebut, Ustaz Ebit turut menghadiahkan basikal kepada anak-anak pasangan berkenaan yang sebelum ini berkeinginan mahu memilikinya.

” Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat,” tulisnya lagi.

” Terima kaseh ustaz Hafiz Ng Jabatan Agama Perak dan Ajk Masjid Cina yang membantu keluarga ini. Terima kaseh Adnan Azizi tauke kedai telur dan semua yang membantu.

” Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal. Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini.

” Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat,” tulisnya.

Sehingga kini posting Ustaz Ebit meraih 1,700 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen yang turut sama gembira di atas .

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Facebook


Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *