Uncategorized

Nor Aqilah Mula Buka Mulut Ceritakan Semula Dari A Sampai Z Ini Sebenarnya Berlaku, ‘Tiada Siapa Yg Tidur Ketika Itu’

Sudah lebih tiga bulan kjdian 3 sahabat karib yang ditemui meninggI dnia di dalam kereta akibat terhidu gas karb0n mon0ksida yang menarik perhatian ramai.

Mangsa yang terselamat dalam kjdian yang berlaku pada 16 September lalu, Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21, tidak me­nyangka keputusan untuk berehat sebentar di sebuah stesen minyak menjadi detik paling hitam dalam hidupnya apabila dia kehilangan pasangan kembar dan dua sahabat karib.

Dalam kjdian itu, pasa­ngan kembar Nor Aqilah iaitu Nor ­Adilah dan dua sahabatnya, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, serta Ayunie Shaz­wanie Shabri, 21, meninggI dnia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV).

Pintu dan tingkap bertutup rapat

Menurut Nor Aqilah, ketika kjdian mereka telah bersetuju untuk berhenti berehat di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh.

” Ketika itu, kami dalam perjalanan pulang ke Kedah kerana agak keletihan selepas seharian berpanas di Pulau Jerejak.

” Sebaik sampai di stesen minyak itu, Nor Adilah yang memandu kereta dan Sharifah Fariesha keluar untuk membeli makanan ringan, manakala saya berbual dengan Ayuni Shazwanie di tempat duduk belakang,” kata­nya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, ketika itu enjin dan sistem pendingin hawa kenderaan masih dihidupkan, manakala pintu dan tingkap bertutup rapat.

Katanya, selepas kembarnya dan Ayuni masuk semula ke dalam kereta, mereka berempat terus berbual dan bersetuju untuk meneruskan perjalanan.

Tiada siapa yang tidur ketika itu

” Tiada seorang pun antara kami yang tidur ketika itu, tetapi lebih kurang lima minit kemudian, saya tidak lagi dengar suara sesiapa sebelum saya rasa pe­ning dan tidak sedarkan diri.

” Saya hanya sedar semula selepas 10 hari menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuan­ku Mizan, Kuala Lumpur dan mengetahui kjdian yang me­nimpa kami selepas dimaklumkan oleh ibu,” ujarnya yang masih trauma dengan kjdian itu.

Menurut Nor Aqilah, dia kini meneruskan perniagaan pakaian terpakai yang diusahakan bersama Nor Adilah sebelum ini sementara menunggu untuk me­nyambung pengajian di peringkat ijazah.

Sementara itu, ibu pasangan kembar itu, Normawati Mat Isa, 47, berkata, Nor Aqilah sememangnya mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan kehidupan selepas kjdian itu.

” Dia tidak pernah murung sebaliknya berfikiran positif serta berazam untuk terus menjadi anak yang berjaya. Kami seke­luarga bersyukur dan akan terus memberi kekuatan kepadanya,” jelas Normawati.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pemeriksaan oleh seorang juruteknik kenderaan mendapati ada kebocoran pada ekzos MPV tersebut.

Semoga ketiga-tiga mangsa yang meninggI dnia ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah (dibaca)..

Sumber:k0smo

Seorang lagi mang sa ke racunan karbon monok sida ma ut

Bukit Mertajam: Seorang lagi mang sa yang mengalami kera cunan karbon monoksida ketika berehat dalam kereta di Kilometer 132.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat stesen minyak di Sama Gagah, di sini, dilaporkan mening gal dunia petang tadi.

Nor Adilah Mohd Safwan, 21, mening gal dunia pada 4.23 petang selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Manakala kembarnya, Nor Aqilah kini berada di Unit Rawatan Rapi (I C U) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.

Ini menjadikan tiga ma ut dalam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis mendapat maklumat dari ibu mangsa berhubung kema tian itu.

“Nor Adilah dilaporkan mening gal dunia manakala kembarnya kini dalam pemantauan doktor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Shafee berkata, kenderaan dinaiki empat sahabat itu sudah diperiksa seorang juruteknik.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan disyaki berlaku kebo coran di bahagian ekzos kereta kerana mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

“Akibat kebo coran itu menyebabkan asap disedut masuk ke dalam ruang kenderaan terbabit dan mangsa tidak sedarkan diri kerana terhidu gas,” katanya.

Dalam kejadian jam 1 pagi, keempat-empat mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, Nor Adilahdan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun berhenti berehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Empat mangsa yang belajar di sebuah kolej kejururawatan dekat Batu Caves berhenti rehat sebelum ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu karbon monok sida.

Sharifah Fariesha ditemui ma ut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie mening gal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *