ISU SEMASA

Tiada Tangan Tiada Kaki, Peniaga 0 K U Menang1s Terima Gerai Sumbangan Ustaz Ebit Lew

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam lapangan kerja kebajikan di negara ini.

Terbaharu, perk0ngsian Ustaz Ebit di Facebook mengenai bantuan yang dihulurkan kepada seorang peniaga Orang Kelainan Upaya (0KU) turut mendapat perhatian ramai.

Menurut Ustaz Ebit, pertemuan dengan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur menimbulkan rasa hiba dalam hatinya.

“Tiada dua tangan dan tiada dua kaki. Kakak ini besarkan dua anak dengan berniaga kuih tepung pelita.

“Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat. Kakak ini rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli.

“Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini ke sana sini,” ujarnya di Facebook.

De.dah Ustaz Ebit, wanita itu merupakan penerima bantuan duit bulanan zakat dan turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Namun, atas inisiatif sendiri dia tetap mahu membantu dengan menghadiahkan gerai mudah alik untuk wanita itu.

Sewaktu menyampaikan bantuan berkenaan, wanita itu juga gagal menahan air mata seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dihadiahkan kepadanya.

“Saya terus belikan awning stall bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus menangis. Kuat juga menangis.

Ya Allah, ustaz… mahal, cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan stall ini,” imbas Ustaz Ebit lagi.

Ujarnya, wanita itu akan berniaga di hadapan tasik di Sri Rampai.

Selain kuih tepung pelita sebagai menu utama, wanita itu juga akan menawarkan juadah ayam penyet untuk pelanggannya.

“Doakan buat akak ni ya. Jika siapa berdekatan bolehlah membeli dengan kakak ini,” ujar Ustaz Ebit lagi.

Rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira atas bantuan yang disampaikan dan mendoakan kesejahteraan wanita itu serta Ustaz Ebit sendiri. – Sumber & foto dipetik dari mStar, Facebook Ustaz Ebit Lew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Teringin Sangat PeIuk lsIam, 7 Sekeluarga LafazSyahadah Depan UstazEbit Selepas Selalu Tengok Vdeo di FB

 

Insan bernama Ustaz Ebit Lew ini sememangnya dikagumi seluruh rakyat Malaysia kerana pendekatan dakwahnya menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.

Maka tidak hairanlah, Ustaz Ebit yang digelar ‘wira’ oleh kebanyakan orang dipilih sebagai penerima Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara pada Ogos lalu, dan juga Anugerah Wira AME2020 (Anugerah MeleTOP) baru-baru ini.

Sangat dikenali ramai kerana sifat dermawan dan tidak lokek menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, pendakwah bebas ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila membantu tujuh sekeluarga berbangsa Cina memeluk lsIam.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ustaz Ebit memaklumkan peristiwa itu berlaku ketika dia berkunjung ke sebuah gerai buah-buahan yang terletak di Medan Gopeng, Ipoh pada Selasa.

” Sebak sayu ziarah sekeluarga Chinese peniaga buah di Medan Gopeng memeluk lsIam.

” Tujuh orang semuanya mengucap syahadah. Sampai je semua anaknya rakam video saya sepanjang di situ.

” Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah.

” Hati mereka teringin sangat nak masuk lsIam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang,” katanya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ustaz Ebit membantu mereka yang berminat untuk memeluk lsIam selepas tertarik dengan kerja kebajikan yang dilakukan.

Tambah Ustaz Ebit, dia turut kagum dengan anak-anak kepada pasangan tersebut yang bukan sahaja rajin dan bijak, malah bercita-cita mahu membantu golongan memerlukan sebagaimana yang dilakukannya ketika ini.

” Anak 11 tahun kata, ustaz beri saya nasihat saya nak jadi macam ustaz. Nak jadi hero. Doakan saya ye. Nak ambil gambar dengan ustaz. Ulang kali dia mintak nak bergambar.

” Saya kagum lihat kerajinan mak ayah. Anaknya semua rajin. Yang 11 tahun. Yang tujuh tahun semua pandai kira. Saya beli buah. Semua ambil dan boleh kira congak je. Kakak bantu jaga adik-adik. Hebat mak ayah ini,” tulisnya lagi.

Hadiahkan basikal

Gembira dipertemukan dengan keluarga tersebut, Ustaz Ebit turut menghadiahkan basikal kepada anak-anak pasangan berkenaan yang sebelum ini berkeinginan mahu memilikinya.

” Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat,” tulisnya lagi.

” Terima kaseh ustaz Hafiz Ng Jabatan Agama Perak dan Ajk Masjid Cina yang membantu keluarga ini. Terima kaseh Adnan Azizi tauke kedai telur dan semua yang membantu.

” Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal. Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini.

” Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat,” tulisnya.

Sehingga kini posting Ustaz Ebit meraih 1,700 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen yang turut sama gembira di atas penghijrahan keluarga berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *