Hiburan Viral

“Baju bukan dibeli dengan air liur,” Penganjur Terkilan Rizman Ruzaini ‘Hantam’ Natasha Hudson

Rakan kongsi produk suplemen kesihatan Crystal C White, Nor Shahlina Abu mengakui agak terkilan dengan jawapan balas Rizman Ruzaini berhubung busana ‘muslimahseksi’ yang digayakan pelakon, Natasha Hudson petang semalam.

Nor Shahlina berpendapat sebagai pereka fesyen terkenal, jenama duo popular itu tidak patut melatah dengan menghentam balik waima siapa pun pemakainya

“Sebagai pereka fesyen, dia tak patut menghentam balik terhadap siapa pun yang memakai baju rekaanya. Termasuklah Natasha Hudson. Rekaan baju yang dianggap kntroversi kerana kononnya mendedahhkan bahagian bahu dan betis Natasha berlapik. Ia ada ‘lining’ dan bukannya ‘bareshoulderr’.

BACA: “Saya Terkejut & Kecewa, Baju Itu Direka Untuk Wanita Free Hair,”

“Cara pereka fesyen itu menjawab seperti marah dan seolah-olah macam hiina sangat Natasha menggayakan busana rekaannya. Sepatutnya dia ‘back up’ dengan cakap benda yang lebih elok dan bukannya menambah

“Cara pereka fesyen itu menjawab memang seperti menghantam dan menghiina,” kata Nor Shahlina dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Tegas Nor Shahlina yang juga rakan baik kepada pengasas produk berkenaan, Datin Reena Zach, pereka fesyen itu sepatutnya bersifat neutral.
“Baju itu dibeli dengan duit dan bukan dengan air liur. Ia bukan busana yang ditajanya.

“Hormat sikit pembeli baju itu (merujuk kepada dirinya sendiri). Mereka peniaga yang menjalankan perniagaan fesyen sepatutnya faham dengan konsep ‘customer is always right,” katanya lagi.

Terdahulu petang tadi, Rizman Ruzaini terkejut saat mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai selebriti bertudung.

Menurut Rizman, baju berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu tersebut telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi atas talian sejak tiga bulan lalu.

“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.

“Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab.

“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizaman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu,” kata Rizman.

Menurut Rizman lagi, dia telah banyak bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.

“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita freehair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” katanya.

Dalam pada itu, Rizman turut menegur penatarias yang menggayakan Natasha semalam supaya lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.

Semalam, tindakan Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 38, apabila menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahu ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White heboh diperkatakan.

Bahkan, pakaian yang dipakainya juga mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya.

sumber:mediakl

 

“Bukan mereka bagi saya makan..”- Baju Berlapik Bukan Nampak Bahu, Natasha Hudson Tidak Peduli Kata-Kata Netizen

Pelakon dan selebriti popular, Natasha Hudson mengaku enggan melayan kerenah dan kata-kata dari netizen mengenai gaun berwarna putih yang menampakkan sebahagian bahunya.

Natasha memakai gaun berkenaan ketika menjayakan sebuah majlis pelancaran produk yang menyaksikannya sebagai wajah dan ikon produk bersama aktor kacak, Keith Foo yang merupakan dutanya.

Pakaian berkenaan menerima banyak komen dalam media sosial sementelah Natasha sendiri telah memuat naik gambar berkenaan dalam akaun Instagramnya.

“Penata gaya telah dilakukan oleh pihak pengasas produk dan saya tiada masalah untuk menggenakan gaun tersebut kerana ia masih lagi berlapik dan bukan seperti apa yang difikirkan orang.


“Jangan tertipu dengan warna kain ini dan saya tiada masalah untuk menggayakannya kerana ia mengikut tema majlis.

“Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini majlis pelancaran produk! Tambahan pula saya bukan selalu mengenakan gaun,” katanya.

Natasha berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk tersebut yang dilakukan di Menara Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam pada itu, kata Natasha warganet perlu matang dalam memberi komen atau melemparkan pandangan kerana ini berkaitan dengan kerjayanya.

“Saya pun malas nak dengar kata-kata orang sebab orang di luar tidak akan berhenti bercakap walau apa pun yang kita buat.

“Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang menyuapkan makan,” katanya.

Sebelum ini, Natasha memberitahu dia kini tidak perlu lagi memakai niqab dan hanya akan memakainya jika perlu.

“Because the niqab is just… not needed.

“Everyone who makes a big fuss out of it should just… go through a journey of yourself and go figure.

“Will wear it when I find it compulsory,” tulis Natasha berserta tanda pagar #nonsenseattimes, #basicallyresettingmydeen, #mindyourownbusiness, #dontDMmeadviceandsuchplease dan #nottheendoftheworld.

Bagaimanapun, ruangan komen pada foto terbabit telah ditutup dan terkini, kapsyen itu telah dipadamkan dan hanya digantikan dengan emoji ‘love’.

Natasha telah melangsungkan perkahwinan dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada awal Disember 2018.

Sebelum itu pada Oktober lalu, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012

Sumber:kiniairnews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: