ISU SEMASA

Penyewa Tak Bayar Sewa, Tuan Rumah Dtg Cabut Meter TNB, Sekali Pnyewa Saman Dan Ini Keputusan Mhkamah

Umum mengenali peguam bernama Nor Zabetha yang sering berkongsi tulisan di Facebook.

 

Di mana beliau mengulas apa sahaja isu semasa atau viral di media sosial.

 

Terbaru, perkongsiannya tentang isu khi4nat dan merosakkan harta benda yang mencuri perhatian ramai.

 

Ini dengan merosakkan harta benda dibawah Sksyen 427 Knun Kesksaan.

 

Saya tulis melakukan kerosakan terhadap harta bernilai RM25 atau lebih.

 

Ada yang menyangka kesilapan typo. Mungkin saya hendak tulis RM25,000.

 

Oh! Tidak. Memang begitu ayatnya. Memang kerosakan kepada harta benda yang nilainya RM25 dan lebih.” tulis Nor Zabetha.

 

 

 

Bercakap soal itu, Nor Zabetha kemudian berkongsi pengalamannya suatu ketika dahulu.

 

Ini apabila anak guamnya berselisih faham dengan penyewa rumah yang tidak mahu bayar sewa.

 

Tuan rumah cabut meter TNB

 

Menurut Zabetha, akibat penyewa masih berdegil, tuan rumah tension dan datang ke rumah yang disewakan.

 

”Dia masuk ke dalam rumah dan memotong bekalan elektrik secara mencabut meter TNB.

 

Penyewa buat laporan polis, memandangkan polis rasakan itu adalah perbuatan yang khi4nat.

 

Ini dengan melakukan kerosakan pada barangan bernilai RM25.

 

Anak guam saya didakwa di mhkamah dan perlu membayar jaminan dan melantik peguam.

 

Kami menang kes ini kerana hujah saya bahawa rumah itu adalah miliknya dan penyewa telah tandatangan perjanjian.

 

Jadi harta miliknya sendiri. Bukanlah kerosakan pada harta benda penyewa dan kerosakan yang berlaku adalah kerugian anak guam.

 

Dalam proses menang itu, perlu pula dia ke mhkamah berkali-kali, lantik peguam dan menjalani proses ke mhkamah.

 

Tidak ke payah dan susah, semata-mata hal yang nilainya RM25 sahaja.

 

Harga jaminan sahaja pun telah berkali ganda dari nilai yang rosak

 

Saya hendak pesan, undang-undang merosakkan harta benda milik orang atau milik awam itu ada. Jangan main sembarangan.

 

Kalau bergadvh kita jangan pergi pecahkan pasu bunga jiran, patahkan side mirror kereta orang.

 

Calarkan kereta orang atau apa sahaja perbuatan. Tak pasal-pasal nanti, panjang prosesnya.

 

Geram dan marah itu belum tentu dapat dilepaskan dengan menjah4namkan orang.

 

Tetapi yang pasti kalau polis hendak membuat siasatan dan dakwa. Panjang cerita dia nanti.

 

Hukumannya juga bukan biasa-biasa. Penjara tidak kurang setahun dan maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 

Tengok jugalah perbuatannya untuk menilai berapa lama penjara atau berapa banyak denda.

 

Sebab berbeza mengikut perbuatan dan fakta kes.

 

Kalau mengamuk itu macam-macam gaya hendak lepas marah.

 

Ada yang pergi pecahkan wind screen orang, ada yang pergi jahanamkan pagar depan rumah orang.

 

Boleh dikatakan lagi dasyat perbuatan, lagi dasyatlah hukuman. Semua ini ada hukuman.

 

Hati-hati. Marah tu kawal.

 

Kita juga barangkali menghadapi situasi yang sama, laporan polis tidak diambil tindakan.

 

Jadi saya hendak jelaskan prosedur berkenaan laporan polis.

 

Apabila terdapat laporan polis, pihak polis berkewajipan menjalankan siasatan untuk memutuskan sama ada terdapat syak munasabah bahawa satu kesalahan telah dilakukan.

 

Siasatan ini untuk membolehkan pihak polis memberi laporan status kepada orang yang memberi maklumat.

 

Pihak polis wajib menyiasat dan memberi laporan status jika orang yang memberi maklumat tersebut di bawah s. 107 menghendakinya.

 

Malahan Seksyen 107 (4) memperuntukkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menerima laporan berkait dengan kesalahan yang dilakukan di Malaysia.

 

Bermakna polis perlu mengambil laporan pengadu dan siasatan akan dibuat berdasarkan laporan polis untuk memutuskan sama ada terdapat kesalahan dilakukan.

 

Ada juga situasi yang mana, laporan telah dibuat tetapi tiada tindakan lanjut daripada pihak polis.

 

Apakah hak kita? Benarkah tindakan pihak polis tidak mengambil tindakan?

 

Selaras dengan Seksyen 108 KTJ memperuntukkan bahawa sekiranya polis mendapati laporan tersebut bukanlah merupakan satu kesalahan yang boleh ditangkap, kes ini akan dirujuk kepada Mahkamah Majistret.

 

Kalau dirujuk kepada Mahkamah Majistret, jangan salah faham bahawa Majistret yang akan kendalikan bagi pihak kita.

 

Biasanya dalam situasi begini, ada surat cover yang dikeluarkan oleh pihak polis untuk kita rujuk kes kita kepada Tuan Majistret.

 

Jangan pula kita bawa cover letter dari pihak polis yang mengatakan kes ini dirujuk kepada Majistret kepada Tuan Majistret dan minta beliau selesaikan kes kita.

 

Kita perlu melantik peguam dan menuntut secara sivil di mahkamah sivil. Kes ini bukan di mahkamah jenayah.

 

Saya rumuskan penjelasan di atas ya, laporan polis dibuat, polis perlu ambil laporan.

 

Kemudian polis perlu memutuskan bahawa adakah kesalahan itu boleh tangkap atau tidak?

 

Bermaksud ada elemen jenayah atau tidak ?

 

Atau adakah kesalahan yang dilaporkan terkandung dalam mana-mana kesalahan jenayah dalam mana-mana Akta?

 

Kes-kes yang biasa dilaporkan yang bukan merupakan kesalahan boleh ditangkap misalnya.

 

Kes hutang tidak dibayar, kes perjanjian tidak disempurnakan.

 

Kes perbalahan suami isteri yang tidak melibatkan pukul biasanya bergaduh isteri keluar rumah atau isteri alami tekanan emosi.

 

Kes suami curang, kes jiran tidak puas hati, kes fitnah-memfitnah di sosial media dll

 

Jadi perlu faham juga bahawa bukan kesemua laporan polis akan dijalankan siasatan dan diambil tindakan atau dilakukan tangkapan.

 

Pada kadar harian, terdapat banyak laporan polis yang dibuat. Barangkali sampai juga ribuan laporan setiap hari.

 

Pihak polis juga perlu meneliti sama ada kesemua laporan ini ada elemen jenayah untuk diteruskan dengan siasatan atau tangkapan.

 

Jadi penting untuk kita memahami proses laporan polis. Manalah tahu esok lusa kita pula yang melaporkan dan tiada tindakan pula.

 

Kita berbalik pula pada kes Puan Huda. Alhamdulilah telah ada tindakan yang diambil.

 

Dan polis telah menyiasat ada elemen di bawah Seksyen 427 KK iaitu melakukan khianat secara merosakkan harta benda yang bernilai RM25 dan lebih.

 

Namun demikian, yang tidak seronok adalah punca orang yang meminjam wang hutang ini jika terlepas begitu sahaja.

 

Saya harap si penghutang ini akan ditahan dan disiasat juga bagi penipuan.

 

 

 

 

Sumber : FB Nor Zabetha / asiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

 

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Xoxo

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *