ISU SEMASA

Lepas abah mninggal. Mak pula mngandung. Bila aku lapar, nenek akan bg sisa makanan monyet kera belaanya pada aku

Cerita hidupku yang aku kira, tiada seorang manusia pun layak diperlakukan seperti aku dan keluargaku.

 

Cerita bermula di tahun 1996. Tahun 1996 ini tahun permulaan derita buat keluarga aku.

 

 

Untuk pengetahuan korang, mak bukanlah menantu pilihan. Dari mula2 kawin, keluarga abah memang tak suka mak.

 

Entahlah aku pun tak paham kenapa tak suka mak. Mak aku adalah manusia paling baik dalam dunia ni.

Solat mengaji tak tinggal, cakap dengan orang lemah lembut, Aku tak pernah dengar mak cakap buruk pasal orang lain, tak pernah mengumpat mengata.

Karekter mak aku macam Nayang Timah dalam citer P. Ramlee, tu lah sbijik mak aku… So, bila tak suka mak tu dengan anak2 sekli pun dorang benci lah.

Rupa rupanya, nak sangat kami balik ke pangkuan keluarga sebab nak bolot harta abah yang sekangkang kera dalam bank tu. Duit2 epf,

dan makcik aku yang andartu tu datang maki2 aku, dan tutup lampu. Dia cakap, ayah kau dah mati, sapa nak bayar bil api rumah aku ni?

Aku tabah, sebab aku nak hantar kerja sekolah esok tu, aku gigihlha pergi nyalakan lilin, sambung buat kerja sekola, tapi makcik aku datang balik,

dia tarik rambut aku, hempaskan muka aku ke meja, terasa kebas hidung aku, berpinar2 mata, terasa peritnya rambut, lilin di padamnya…

Aku merangkak sambil menahan sakit dalam kegelapan malam, sambil dalam hati, hati aku merintih, abah…. abah…. abah…. kami rindukan abah…. mana abah? ,

abah janji nak balik… abah… hati aku merintih, (mak tak tahu, sebab mak baru bersalin masa ni.

Aku makan smbil berlinang air mata… tiada lagi yang akan mengambil berat tentang makan aku, jadi aku terpaksa makan aje apa yang ada.

Paling tragis, nenek aku ni ade seekor kera yang suka makan asam pedas petola. Memang nenek aku ni, akan masak asam pedas petola ni kat kera dia.

Lebih2 dia bagi kera makan, asam pedas petola tu lah yang dia bagi kami adik beradik makan, Allahu, (Abah… bila lah kita akan jumpa lagi?

Ni nak cerita kat abah, apa yang mereka semua buat kat anak2 abah….) Mak lagi menderita, tiap hari nenek akan minta duit dengan mak,

nak beli beras seguni yang 10kg tu…tak nak beli yang murah2, dipaksanya mak kuarkan simpanan mak, bagi kat dorang, buat makan katanya.

Di rumah itu lah, menjadi saksi berapa banyak penderitaan mak, membesarkan kami adik beradik.

Mak berkerja sebagai tukang sapu di sekolah, gaji mak RM450, dengan 450 itu lah mak membesarkan kami 7 beradik. Sampailah aku berjaya masuk universiti.

Tiba masa aku nak masuk universti pon, sorang pon sedara mara tak nak tolong. Mak merayu kat pakcik aku yang kaya raya,

nak pinjam duit beli tiket flight untuk aku belajar, tapi pakcik cakap tak ada duit. Mak balik dengan tangisan,

aku nekad tak nak sambung belajar, tapi ditakdirkan, masa tu aku dapat cek dari ptptn.

Hujung minggu, aku akan bagi RM5 balik kat mak, mak beli ikan, telur buat makan kami adik beradik.

Kadang2, cikgu aku hulur RM2 kat aku, dia bisik, nie amik duit ni, pergi makan ek, aku angguk2, senyum, tapi aku simpan.. nak bagi mak,

Kat sekolah, aku ade seorang cikgu, dia ni kawan arwah abah. Dia memang sayang kat aku. Macam anak dia sendiri. Dia tahu semua derita aku.

Dialah banyak tolong keluarga kami. Saat mak kehabisan duit, kami terpaksa makan bihun 3, 4 hari dah makan bihun, aku tetap amanah menjaga duit cikgu.

Cikgu ni ade buat tuisyen kat sekolah. So, aku lah kerani dia, yang tukang collect duit tuisyen.

Sampai aku maati, aku tak mungkin dapat memafkan mereka, Sekian ceritera aku, semoga menjadi iktibar pada kawan2 di luar sana. Hidup kita tak lama,

gunakanlah sebaiknya sisa sisa hidup yang masih ada untuk membela nasib mereka yang tidak bernasib baik. Aku dulu tak bernasib baik,

Saat kami sangat2 susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan tangan, tapi kami tetap bangun, mak tetap kuat demi anak2…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

 

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Sumber :kuasa viral

 

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *