Viral

“Ada Sesuatu Yang Memandangnya”, Pesakit Ketakvtan Selepas ‘Sosok’ Menyerammkan Muncul Daripada Lubang Udara Siling Hospital

Seorang wanita yang berkongsikan foto berkenaan penampakan menyeramkan yang terdapat daripada saluran udara di bilik hospitalnya telah membuatkan internet menjadi kecoh.

Wanita yang bernama Kitt Williams itu telah berkongsikan dua gambar yang diambil oleh ibu mertuanya di hospital Queensland yang terletak di Brisbane pada Ahad, 3 Januari lalu.

Kitt menyatakan bahawa dia berasa seperti “ada sesuatu yang memandangnya” tidak lama sebelum ternampak sosok misteri yang berada di lubang udara itu.

Menurut Kitt, dia menyatakan sosok itu “akan bergerak dan melihat sekeliling bilik” sebelum ianya menghilang.

Ianya kemudian kembali, tulisnya, dan ketika dia tidur, dia mendakwa bahawa dia dapat “merasakan seakan orang menyentuhnya dan mengejutnya”.

Dalam catatan di Facebook, dia menulis: “ia akan bergerak dengan pantas dan melihat sekeliling bilik, kadang-kadang ia ada di sana, kadang kala tiada.

“Dia dapat merasakan seakan ada sesuatu memandangnya, mengawasinya. “Dia menyangka bahawa para jururawat datang untuk memeriksanya kerana dia dapat merasakan ada orang menyentuhnya, membangunkannya, namun tiada seorang pun ada di sana sewaktu itu.”

Kitt berkongsikan dua gambar, kata 7 News Au, salah satunya menunjukkan televisyen di siling bilik hospital dengan jam di satu sudut dan saluran udara di ruangan yang lain.

Yang keduanya dibesarkan dan difokuskan pada saluran udara yang menampakkan seakan sepasang mata misteri.

Gambar tersebut telah membuatkan pengguna media sosial kecoh dan berasa seram, dengan salah seorangnya bersetuju bahawa ianya kelihatan seperti “lelaki berambut perang”.

Warganet kedua berkata: “Hospital selalu membuatkan saya berasa seram, tetapi jika saya ternampak benda itu, terutama pada waktu malam, saya akan terus keluar dari sana.”

Warganet yang lain berpendapat bahawa sosok seperti hantu itu sebenarnya boleh dikatakan seperti posum atau sebahagian daripada saluran udara.

Sumber: Daily Star/siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *