Viral

MICHAEL ANG BERITAHU SEBAB APA DIA MENYESAL KONGSI BERITA DIRINYA SUDAH MEMELUK ISLAM

Kuala Lumpur: Pengarah dan penerbit, Michael Ang mengakui menyesal berkongsi berita dirinya sudah memeluk agama Islam kepada umum.

Michael berkata, sikap segelintir warganet yang cepat menghakimi perbuatannya serta mempersoal segala amalan yang dilakukan sebagai mualaf.

“Saya akui menyesal orang tahu saya sudah memeluk agama Islam. Rasanya lebih baik saya diamkan saja dan tidak membuka mulut. Selepas terkantoi saya sudah memeluk Islam dan mengesahkan perkara itu kepada umum, saya mula perasan netizen suka menghakimi.

“Malah apa yang saya buat semuanya salah dan ada di antaranya yang tidak salah atau tidak sengaja tapi tetap diadili. Contohnya seperti orang bertanya saya sudah solat ke tidak?

“Saya bukan manusia yang suka menunjuk apa yang saya buat sepanjang masa. Saya takkan muat naik video solat atau apa saja aktiviti keagamaan di media sosial. Itu antara saya dengan Allah.

“Pernah ada sekali Uqasha Senrose memuat naik video saya solat di lokasi penggambaran, saya dihentam disebabkan itu. Kata netizen, saya menunjuk,” katanya.

Terdahulu, Michael memeluk Islam pada 2018 dan pada April 2019, dia terbuka mengenai soal itu apabila ada yang berkongsi mengenai kad Islamnya.

Menurut Michael, hampir setahun dia menyembunyikan status dirinya sebagai mualaf namun tak menyangka akhirnya terbongkar.

“Lebih kurang setahun lebih saya senyap mengenai soal ini, di mana saya memeluk agama Islam pada 2018 dan kemudiannya orang ramai mula tahu pada 2019. Bukan saya yang mendedahkan tapi saya terpaksa bocor rahsia kerana orang jumpa kad Islam saya,” katanya.

Menurut Michael, antara sebab dia tidak mahu berkongsi perkara itu kerana enggan orang ramai beranggapan bahawa tindakan itu dijadikan tiket untuk dia meraih populariti.

“Walaupun saya seorang mualaf, ia bukanlah tiket atau laluan saya untuk menembusi pasaran Melayu.

“Kalau boleh tengok laman sosial saya, saya tak pernah memuat naik video yang menyentuh soal agama. Cuma ada baru-baru ini saya muat naik video mempersoalkan kenapa ustaz dari program realiti terlalu cepat menghukum artis tapi apabila rakan-rakan mereka terpalit dengan kontroversi, selepas dua atau tiga minggu baru mereka bersuara.

“Saya hanya mahu menyuarakan agar mereka belajar cara bercakap untuk orang ramai mencintai Islam bukannya membenci Islam, atau bukannya takut akan Islam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Micheal baharu tampil dengan drama rantaian The Maid yang mula disiarkan sejak 6 Januari lalu di saluran Astro Ria. Selain itu, dramanya yang akan ditayangkan dalam masa terdekat adalah Love Elsa dan Marry Me Senorita.

Sumber:HMetro/Awatsheikh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *