Viral

Menghitung Hari Sebelum Majlis, Tak Sangka Ini Yg Pasangan Harris Alif Dan Intan Ladyana Dedahkan

Umum kini sudah mengetahui bahawa pelakon Intan Ladyana dan penyanyi Harris Alif bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari akan datang.

Kisah cinta mereka ini menjadi perhatian ramai disebabkan perbezaan usia yang sangat jauh iaitu 17 tahun.

Namun itu tidak membuatkan pasangan ini putus asa dalam bercinta, malah memandang hubungan mereka ini perlu ke peringkat yang seterusnya.

Dalam meniti hari ke majlis pernikahan, Harris telah memuat naik satu video ringkas menunjukkan mereka berdua saling ‘memboc0rkan’ rahs1a masing-masing di laman YouTube berdurasi selama 6 minit.

Video tersebut diberi tajuk ‘The Wedding Shoe Game‘ yang mana mereka diberi beberapa soalan dan perlu menjawabnya dengan menunjukkan kasut sendiri atau pasangan.

Nampaknya di dalam video tersebut kita dapat ketahui bahawa Harris merupakan seorang jejaka yang sangat matang walaupun baru berusia 22 tahun.

Antara soalan yang menunjukkan kematangan dalam dirinya ialah Harris merupakan orang pertama yang memulakan langkah dalam hubungan mereka, beliau juga yang mengucapkan kata-kata cinta dan menunjukkan sikap romantik!

Siapa cakap lelaki muda ni tak matang, Harris ini antara lelaki muda yang matang sebelum usianya tau.

Apa pun, tahniah kepada Intan dan Harris, semoga urusan mereka berdua dipermudahkan!

Sumber: HOT.FM/Tubeviral

 

Dapat Tajaan Sebanyak RM13.5 Juta, Harris Alif & Intan Ladyana Nikah 6 Februari Ini

Pasangan hangat bercinta Harris Alif, dan Intan Ladyana, sering kali menarik perhatian netizen walaupun perbezaan umur mereka sebanyak 17 tahun.

Malahan, timbul pelbagai spekulasi pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat.

Terbaru, menerusi sidang media yang baru sahaja dilakukan oleh pasangan ini menjelaskan bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada 6 Februari ini.

 

Menamatkan zaman bujang

Kami pilih 6 Februari sebab tarikh lain ramai orang dah booking. Jadi kami ambil tarikh tersebut dan ianya akan menjadi hari paling bermakna buat kami. Kami akan buat empat majlis termasuk majlis akad nikah dan resepsi.

Menurut Harris dalam sidang media yang diadakan, mereka berdua bakal menamatkan zaman bujang pada 6 Februari ini.

Tambah Harris dan Intan, mereka telah mendapat tajaan barang kemas sebanyak RM13.5 juta untuk kesemua majlis yang diadakan.

Mengulas lebih lanjut, pasangan itu pula memberitahu bahawa majlis yang diadakan nanti bakal mengikut Sop yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Setakat ini, kesemua persiapan telah dilakukan sebanyak 90 peratus. Pasangan tersebut turut mengumumkan beberapa nama besar yang akan mereka busana pengantin mereka nanti.

 

Sumber: Harris Alif/Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *