Viral

Usung mayatt ke bank

New Delhi: Beberapa individu di India mengejutkan kakitangan sebuah bank apabila membawa mayat jiran mereka ke premis berkenaan.

Mereka bertindak sedemikian bagi menuntut untuk mengeluarkan wang simpanan si mati untuk diguna menguruskan upacara pembakaran mayatnya.

Gulf News melaporkan Mahesh Yadav, 55, meninggal dunia di kampung di timur Bihar, selepas sekian lama menanggung penyakit dan dia tidak mempunyai ahli keluarga.

Mayatnya ditemui jiran beberapa jam selepas lelaki itu meninggal dunia, kata pegawai kepada AFP.

Penduduk kampung kemudian menggeledah rumahnya bagi mendapatkan barang berharga untuk membayar upacara pengebumiannya, tetapi tidak menemui apa-apa.

Mereka kemudian mengambil buku simpanan bank si mati yang menunjukkan baki berjumlah AS$1,600 (kira-kira RM6,503).

Petang hari sama, mereka membawa buku simpanan itu dan mayat Yadav ke sebuah bank.

Namun, pengurus cawangan bank itu enggan membenarkan pengeluaran wang daripada akaun si mati, kata pegawai polis tempatan, Amrendar Kumar.

“Penduduk kampung meminta bank memberi mereka wang itu untuk upacara pembakaran mayat atau jika tidak, mereka tidak akan membakarnya.

“Ini memberi tekanan kepada bank yang akhirnya mengeluarkan sejumlah wang selepas campur tangan anggota polis,” kata Kumar.

Pengurus cawangan Canara Bank, Sanjeev Kumar menyatakan bahawa situasi itu luar biasa dan ia menimbulkan rasa panik.

“Ini adalah kes pertama. Selepas lebih satu jam, saya memberi mereka wang AS$135 (RM548) dan mereka akhirnya meninggalkan bank bersama mayat mangsa untuk upacara pembakaran mayat,” katanya.

Jiran si mati, Shakuntala Devi berkata, Yadav tidak memiliki tanah dan tidak mendapat bantuan daripada kerajaan.

“Tidak ada sesiapa yang menjaganya walaupun sudah berbulan-bulan Yadav menderita sakit. Kami biasanya menyediakan makanan kepadanya,” katanya.

Sumber:hmetro

 

Lelaki ‘Temui’ Bapanya Yang Sudah 7 Tahun Meninggal Dunia Dalam ‘Google Earth’ Undang Sebak

Di era teknologi ini, ramai antara kita pasti pernah menggunakan aplikasi Google Maps untuk mencari alamat rumah mahupun untuk mencari seseorang.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Jepun telah ‘menjumpai’ sosok ayahnya di Google Earth. Ayahnya itu dilaporkan telah meninggal dunia tujuh tahun lalu dan ciapan lelaki itu yang menjelaskan penemuannya tersebut telah tersebar secara meluas di internet.

Pengguna Twitter @TeacherUfo menyatakan bahawa ketika di musim pandemik ini, dia telah bertindak untuk mencari rumah orang tuanya di Google kerana kebosanan.

Namun, dia terkejut apabila mengetahui bahawa kamera Google telah menangkap gambar ayahnya yang sedang berdiri di tepi jalan, serta ibunya yang sedang berjalan. “Saya nampak sosok ayah saya yang telah meninggal dunia tujuh tahun lalu,” tulisnya, sambil berkongsikan dua gambar jalan di Jepun.

“Ayah saya pasti sedang menunggu ibu saya, dia seorang yang pendiam tetapi baik,” tulisnya.

Dia juga meminta Google untuk tidak mengemas kini semula gambar pemandangan jalan tersebut. Ciapan berkenaan telah menerima lebih dari 600 ribu Likes dan lebih 100 ribu ulang ciap di Twitter sejak ianya dikongsikan.

Sumber: India Times/Siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *