Viral

Netizen Berikan Gelaran Terbaru Kepada Keluarga Neelofa Gara-Gara Daging Harimau Menang1s

Pengasas Aunty Tini Kitchen dan ibu kepada Neelofa, Datin Kartini menerima kec4man hebat di media sosial selepas tindakannya mempatenkan cap dagangan daging harimau menangis hingga mengundang rasa ber4ng wargamaya.

Sehubungan dengan itu, ada segelintir wargamaya yang menggelarkan mereka sebagai Kardashians Kelantan.

Keluarga Kardashians yang terdiri daripada adik beradik popular Kourtney, Khloe, Kim, Kylie dan Kendall serta ibu mereka Kris Jenner sememangnya cukup berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Oleh sebab itulah keluarga Kartini digelar sebagai Kardashians Kelantan kerana mempunyai perniagaan yang menguntungkan serta terkenal sebagai influencer.

Hasil tinjauan Gempak, nama Kardashians menjadi trending Twitter di samping perkataan Kelantan dan harimau menangis.

Malah, ada wargamaya yang turut mencipta sebuah poster tertera nama Kardashians Kelantan beserta wajah Kartini, Nabila, Neelofa, Athisha Khan dan Ameera Khan.

“Aku rasa the Kardashian Kelantan tu tak lah b0do, mengaji pon tinggi jugak. Apa yang depa buat mesti dah tahu effect akan kena negatif or positif. Saja nak memperb0dohkan netizen, more drama came,” komen seorang wargamaya.

“If they’re the Kelantan Kardashians, then LMK is definitely the Kylie and their lil brother is Kendal,” usik seorang wargamaya.

“Noor kartini and family taknak trademark Kelantan Kardashians ke?” tanya seorang wargamaya.

“Ni dia aunty tini punya marketing ni!!! Tapi kenapa panggil Kardashians Kelantan. Aku takleh berhenti gelak,” komen seorang wargamaya.

“Lah Kardashian Kelantan rupanya. So siapa yang akan jadi Caitlyn Kenner aka Bruce?” ujar seorang wargamaya.

“’Kardashian Kelantan’ lmfaooooo bawak bersabar lah Lofa. Tedahnya. Karenah pelik-pelik jak family ktk ya Lopa,” tulis seorang wargamaya lagi.

Kredit foto: Twitter

Belum sempat pendaftaran diluluskan,  Ibu Neelofa batal permohonan

IBU kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di Twitter.

Tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu pada sidang media pada Khamis, Noor Kartini meminta maaf dan sedar akan kekhilafan yang terjadi dan berharap keputusan itu dapat meredakan keresahan masyarakat.

“Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang sedang terjadi dan saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan meredakan keadaan.

“Untuk makluman semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis dengan secepat mungkin,” ujarnya.

Noor Kartini sekali lagi menjelaskan tujuan asal dia ingin memohon trademark tersebut adalah untuk melindungi jenama perniagaannya daripada masalah produk tiruan.

“Untuk makluman semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis dengan secepat mungkin

Noor Katini membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis.

“Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen-ejen jualan kami daripada masalah produk tiru4n dan sesungguhnya tiada niat saya untuk tutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datang daripada Allah SWT.

Dalam kenyataan sama, dia turut menjelaskan agar isu ini tidak dipanjangkan lagi serta mendoakan k3sejahteraan orang ramai dalam menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya harap isu ini selesai, saya juga ingin mengambil k3sempatan ini untuk mendoakan k3sejahteraan dan k3selamatan semua sepanjang tempoh PKP ini, stay safe, stay at home,” ujarnya.

Pada Selasa, tul4r foto memaparkan permohonan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) yang telah diisi oleh Noor Kartini berkenaan dengan penggunaan nama ‘harimau menangis’.

Malah video daripada Instastory Noor Kartini berkenaan pengakuannya bahawa nama ‘harimau menangis’ sudah didaftarkan juga hangat menjadi perdebatan netizen.

“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan harimau menangis, ” katanya dalam video tersebut sambil memasak.

Gara-gara itu, netizen di laman Twitter men3gur tindakan Noor Kartini mendaftarkan nama tersebut kerana nama ‘harimau menangis’ sudah lama digunakan dan bukanlah hak eksklusif sesiapa.

Sumber : trendingsangat/Achikdia

 

Trademark itu akan ditolak,” Isu ‘Daging Harimau Menangis’ Ibu Neelofa, Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Ia Tak Akan Lulus

 

Sejak petang semlam, kecoh di laman sosial mengenai permohonan cap dagangan (Trademark) ‘Daging Harimau Menangis’ keluaran Noor Khan Enterprise milik ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed.

Isu tersebut bermula apabila permohonan Noor Kartini untuk mendapatkan cap dagangan bagi ‘Daging Harimau Menangis’ Aunty Tini Kitchen menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ,tular di laman sosial tersebut.

Seorang warga Twitter @azrulhaqim menerusi bebenangnya meluahkan pandangan tidak bersetuju sekiranya bahagian daging lembu yang dipanggil ‘harimau menangis’ tersebut dipatenkan.

Malah, rakaman video di IG Story Datin Kartini sempat dirakam pengguna Twitter dan menjadi perhatian ramai sehingga mendapat 4.3 ribu retweet.

Menerusi perkongsian video tersebut, Datin Kartini memaklumkan nama resepi tersebut telah didaftar untuk produk keluarannya dan individu lain tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan nama tersebut.

Rentetan daripada itu, kebanyakan netizen mluahkan rasa tidak puas hati kerana terma ‘daging harimau menangis’ tersebut sudah digunakan sejak dulu kagi oleh masyarakat Melayu.

Walauy bagaimanapun, menurut perkongsian lelaki ini menerusi Facebook, Mufarwa Faridmenjelaskan sebab kenapa permohonan tersebut tidaa akan diluluskan.

Kecoh semalam berita tentang Noor Khan Enterprise milik ibu Neelofa, nak daftarkan nama ‘Daging Harimau Menangis’ di MyIpo.

1. Untok pengetahuan semua, sekiranya permohonan ini berjaya didaftarkan, maka semua peniaga dalam Malaysia ni tak boleh gunakan nama makanan mereka ‘Daging Harimau Menangis’ atau seumpamanya.

2. Malah, syarikat ini mempunyai kuasa penuh untok saman mana-mana syarikat atau orang yang menjual makanan mereka menggunakan nama tersebut.

3. Apabila dah berjaya daftar nama itu di MyIpo, maka selama 10 tahun, nama itu menjadi hak miliknya.

4. Namun begitu, jangan risau tuan-puan. Syarikat ni baru masukkan permohonan. Permohonannya belum berjaya lagi.

5. Kemungkinan besar, permohonan itu akan ditolak oleh MyIpo.

6. Menurut Seksyen 23 (d):

Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan berdasarkan alasan mutlak bagi penolakan pendaftaran seperti yang berikut:

(d) cap dagangan yang semata-mata terdiri daripada tanda atau petunjuk yang telah menjadi kelaziman dalam bahasa semasa wilayah itu atau dalam amalan perdagangan yang bona fide dan telah menjadi kebiasaan.”

7. Hal ini bermaksud, sekiranya nama tersebut sudah sebati dengan masyarakat setempat, maka permohonan trademark itu akan ditolak.

8. Daging Rimau Menangis atau Daging Harimau Menangis atau Daging Harimau Teriok telah menjadi satu nama makanan sebati dalam masyarakat kita.

9. Maka, kemungkinan besar, pendaftaran hak cipta cap dagangan (trademark) bagi nama daging harimau menangis itu akan ditolak.

Sumber:yoy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *