Viral

Lewat Datang Bulan. Bila Buat Ujian Kehamilan Disahkan Positif. Tunggu Masa Je Nak Bersalin Sekali Baru Tahu Rupanya Isi Dalam Tu Bukan Bayi. Terkejut Bila Dapat Tahu Kisah Sebenar.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Apabila sudah mula muntah-muntah atau kitaran haid sampai lambat daripada kebiasaan, kebanyakan isteri akan segera membuat UPT (urine pregnancy test) dengan harapan dapat melihat kemunculan 2 garisan biru petanda rahim sudah ‘berisi’. Namun keralatan juga boleh berlaku dan lebih menyedihkan, perkara itu hanya diketahui selepas beberapa tempoh yang lama.

Amat sukar dipercayai, namun itulah kejadian luar biasa yang berlaku kepada seorang wanita ini. Daripada penceritaan semula oleh seorang doktor perubatan, bakal ibu tersebut dikatakan datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan terhadap kandungannya yang sudah sarat menanti hari.

Namun sesudah melalui proses ultrasound scan, bukan imej bayi yang dilihat menerusi skrin berkenaan. Disangka membawa janin selama 9 bulan, rupanya ia adalah 3 ketul ketumbuhan yang semakin membesar di dalam rahim.

Mengambil pengajaran daripada kisah ini, doktor tersebut memberikan peringatan kepada wanita di luar sana agar tidak bergantung penuh terhadap keputusan di alat ujian kehamilan sahaja. Lebih baik dapatkan sendiri pemeriksaan yang rapi daripada pusat perubatan agar dapat mencegah masalah kesihatan lain. Menjengah ke ruangan komen, warganet juga sempat berkongsikan kisah mereka sendiri berdepan hal sama.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja

Sumber : TikTok channamix.kapsul

Isteri Tengah Hamil Anak Ke 8 Terkilan Sebab Kena Tengking Dengan Suami Sebab Mengadu Penat. Sampai Macam Ni Sekali Suami Dia Sanggup Buat Pada Isteri.

Salam admin. Saya nak meluah dan mungkin agak panjang.
Malam tadi saya dan suami berbalh di depan anak-anak. Pada dasarnya hal kecil saja tetapi suami meletp, habis barang-barang rumah patah dan hancur.

Sikit lagi kandungan saya yang menunggu masa ini hampir terkena.
Saya hidup bersama dengannya melalui hari-hari yang sukar dan penat. Anak nak masuk yang ke lapan, yang besar, 1, 4, 6, 7, 8, 9 dan 11 tahun.
Di awal pagi, saya kejutkan anak-anak, saya siapkan sarapan.

Kemudian, hantar anak ke pengasuh, ke tadika, pra dan ke sekolah. Selepas itu, barulah saya pergi kerja. Saya lakukan semua itu sendiri tanpa dibantu suami. Suami tidur, entah pukul berapa dia nak bangun. Kalau dia nak pergi kerja, dia pergi. Kalau dah malas, tak pergi. Duit gaji dia hanya digunakan untuk diri dia sendiri dan bayar bil telefon serta makan sendiri.

Saya bekerja untuk menyara keluarga. Saya tak minta banyak daripada seorang suami, hanya dia sedar yang dia adalah ketua keluarga, bukan saya. Pukul 11.30 pagi kena ambil anak di tadika. 12 tengah hari, ambil anak di pra. 1 petang, ambil anak di sekolah rendah. 1.39 petang, ambil anak sulung.

Kesemuanya saya letak di tempat kerja sebelum bawa balik ke rumah pada pukul 2 petang. Balik rumah pula kena siapkan anak-anak ke sekolah agama, makan minum dan pakaian anak-anak semua siapkan sebelum pukul tiga petang. Rehat sekejap, tetapi bukan rehat sangat pun.

Masa saya mandi, solat dan kemas rumah sampai pukul 5 petang ambil anak di rumah pengasuh. Suami? Dia tidur setidur-tidurnya. Bangun bila hampir pukul 7 petang. Sedihnya saya. Sudahlah dia tak menghadap Tuhan, tak berpuasa ikut suka-suka.

Kejadian (pergdhan) berlaku pada pukul 7 petang itulah, selepas perut suami lapar agaknya. Dia nak pergi ke kedai, tetapi motosikal tak dapat keluar dari rumah sebab laluan terhalang disebabkan kereta saya parking tak betul.  Dia mula marah-marah. Saya diam saja, tetapi dalam hati kata, kalau ye pun saya salah, boleh je minta saya alihkan kereta itu.

Dia sendiri pun boleh alihkan kereta tu. Tetapi itulah, bila dah hidup bersama tak boleh buat salah sikit, mulalah nak baran bagai. Suami pula kata saya yang tak boleh nak menerima teguran. Tak tahulah mana yang betul, mana yang salah.

Sebelum ini dia marah saya sebab tak sidai dua seluar jenas dia (sebab tak cukup ampaian). Kerja-kerja saya dalam rumah, 1,001 perkara saya buat seorang diri. Sedangkan dia tak ada kerja tetap pun. Basuh pinggan sendiri pun tak.

Semalam kami bergdh, saya beritahu dia yang saya penat sangat-sangat, anak tak sihat saya kena berjaga sepanjang malam. Tetapi dia kata,
“Itu je lah yang kau tau cakap. Penat, penat dan penat. Ingat kau seorang je yang penat?”

Saya diam, tetapi dalam hati, apa yang dia penat sangat? Malam-malam berjaga pun duk main game dan tengok benda entah apa-apa. Siang hari tak kerja, nak tidur berapa lama tak ada siapa kacau. Anak-anak dan hal-hal rumah semua saya uruskan sendiri.

Malam-malam saya imamkan solat maghrib dan isyak, ajak anak mengaji dan tengokkan kerja sekolah anak-anak. Berjaga malam sebab anak sakit dan tak sihat pun saya juga. Baby merengek sebab selesema nak mengempeng saja.

Sudahlah saya bekerja dan mengandung, Malam tadi baru saya perasan adik tak sihat. Dia bertahu saya dan saya diam sebab kami bergdh. Diam saya itu membuatkan dia marah dan mengmuk. Mulalah tangan dia capai dan pecahkan barang-barang.

Anak-anak ketakutan, bertempiaran lari. Baby menangis tak berhenti-henti. Suami pegang badan dan tenyeh mulut saya. “Anak demam, kau paham tak?! Kau nak aku buat apa?!” Untuk pengetahuan, suami saya tak tahu apa yang perlu dibuat bila anak demam.

Tak tahu nak bancuh susu, tak tahu bila nak tukar lampin. Tak tahu pun anak bangun malam masa mana. Bunyi macam pelik sebab anak dah nak masuk anak kelapan, tetapi apabila tak ambil tahu, inilah yang terjadi. Kalau dulu saya masih boleh bersabar dan gagah melalui semua ini.

Sekarang umur dah nak capai 40 tahun. Semalam anak saya demam kuat, bertambah takut dengan amkan bapanya pula. Saya cuma inginkan hidup tanpa bebanan. Saya letih nak uruskan kehidupan diri dan anak-anak, habiskan perbelanjaan untuk keluarga dan dalam masa yang sama kena layan suami yang kuat minta dilayan.

Di rumah ketika waktu bulan puasa, sayalah tukang basuh pinggan kuali bagai di waktu siang. Saya dah habis ikhtiar merajuk, bergdh dan berbincang. Bukan nak minta dia buat itu ini, cukuplah sekadar tidak membebankan saya dengan kerja-kerja rumah.

Pakaian dan gelas dia guna pun saya kena kutip. Selipar dan kasut dia pun saya yang kena susun. Kalau tak jumpa baju atau seluar dia, memang saya kena semburlah. Saya halalkan segala tenaga dan wang ringgit saya ke atas keluarga.

Tetapi sangat sukar untuk menerima kata-kata kesat dan menyakitkan hati dari suami. Sungguh letih tak terucap. Tak minta untuk terima kasih, cukuplah kalau tidak menyakitkan hati. Batulah saya dan beri kata-kata semangat.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Isteri Terkilan Suami Setiap Bulan Bagi 2 Ribu Dekat Mak Dia. Tapi Isteri Tak Pernah Dapat Satu Sen Pun Duit Belanja Sepanjang 4 Tahun Kahwin. Tergamak Suami Boleh Cakap Isteri Macam Ni.

Salam. Saya seorang isteri yang hanya menjadi suri rumah tangga sepanjang empat tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak yang comel.
Saya ada master degree dan pernah bekerja dengan pendapatan RM6,000 sebulan.

Namun saya berhenti di atas permintaan suami untuk ikut dia bertugas. Oleh kerana sayang dan patuh suami, saya turutkan. Suami kerja hebat, peroleh pendapatan lima angka. Sepanjang perkahwinan, tak ada duit belanja yang diberikan kepada saya.

Sesen sangat berkira. Saya stress sampai meryan sebab dulu saya yang cantik, kemas dan bergaya, sekarang menjadi selekeh, sememeh dan buruk. Malah, saya sudah hilang keyakinan diri.  Saya pernah meminta duit belanja dari suami tetapi mak mertua bising dan marah saya.

Mak mertua kata saya nak kemewahan. Saya jawab balik pada mak mertua, “Kalau betul saya nak kemewahan, apa yang ada di badan saya yang mak nampak mewah? “Saya pakai serba-serbi yang ada sahaja dan beli di pasar malam yang harganya RM5 ke RM10 sahaja.”

Saya ada access Maybank2U suami tanpa pengetahuan dia. Saya periksa semua transaksi yang dibuat. Mak mertua dapat paling sikit RM500-RM2,000 sebulan. Bila saya tanya suami ada tak duit belanja untuk saya? Dia selalu suruh saya tunggu, itupun kalau dia ada duit lebih.

Tetapi sampai ke sudah memang tak ada duit belanja untuk saya.
Tapi dia pandai pula complaint. Kata saya tak cantik macam dulu, tak wangi, serba-serbi tak kena. Sebab apa? Sebab saya bukannya ada duit macam saya bekerja dulu yang mana dengan pendapatan saya sendiri bolehlah pergi ke spa,

buat facial dan sebagainya untuk mencantikkan diri. Saya down, saya bukan mata duitan, saya cuma nak duit sikit saja untuk belanja diri sendiri. Hurm… Saya tak pernah paksa suami bagi berapa. Saya pun faham belanja ini mengikut kemampuan suami.

Tapi kalau mak boleh diberi sebanyak itu, kenapa saya satu sen pun tak boleh diberi? Berilah sedikit reward untuk saya. Saya pernah tanya suami sama ada dia berhutang dengan mak. Tetapi dia tak ada hutang apa-apa dengan mak. Maksudnya, duit yang dia bagi setiap bulan kepada mak itu memang duit belanja untuk mak. Saya terkilan sangat-sangat. PERSOALANNYA: Salahkah saya meminta duit belanja?Dengan siapa saya boleh mengadu bab ini? Pihak jabatan agama?

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Selamba Je Laki Sendiri Nak Bawa Mak Mertua Tinggal Sekali. Mula Mula Memang Takde Masalah Tapi Tanpa Sedar Dlm Diam Privasi Dirampas Sampai Adik Beradik Ipar Lelaki Buat Kunci Spare Sendiri

Foto sekadar hiasan. Perkongsian confessor sepertimana disiiarkan di laman IIUMC, si isteri seolah tersepit dengan keputusan suaminya untuk membawa emak mertua tinggal sebumbung. Ikuti luahannya dibawah.

Suami anak lelaki sulung

Assalamualaikum. Aku Ayu dari selangor. Sudah berkahwin 7 tahun. Suami berasal dari Perak. Suami anak nombor dua dan anak lelaki yang sulung dari 5 beradik. Kami sudah membeli rumah berdekatan rumah keluarga suami iaitu di Perak.

Masalah mula timbul apabila suami berkehendakkan emaknya tinggal sekali atas alasan emak suami sudah uzur. Aku faham tanggungjawab beliau dan akhirnya bersetuju. Tiada masalah awalnya, tetapi lama kelamaan hati aku jadi tak ikhlas.

Berdosakah aku sebagai isteri? Sebagai menantu? Aku sentiasa positifkan diri tapi lama-lama tak dapat menipu diri sendiri aku tak sesuai tinggal bersesama dengan mentua sendiri. Maaf disini aku berterus terang mungkin nanti akan dikecam tapi itulah hakikatnya.

Kerap ditegur mertua

Sebagai seorang yang dah terbiasa berdikari, sehinggalah aku kemudiannya berkahwin. Suami juga memberi kebebasan pada aku dalam membuat keputusan asalkan tidak mencabar hak beliau sebagai suami dan membelakangkan keluarga.

Datang mertua aku, dia boleh sesuka hati menegur begitu begini sehinggakan apa yang aku nak masak untuk menjamu keluarga juga akan di berikan pandangan mengikut pemikiran beliau. Pernah bulan puasa aku berkejar dari office ke pasaraya berniat untuk memasak menu mee goreng basah,

sampai2 dirumah dan kedapur menyinsing lengan baju tiba tiba datang mertua tanya aku hendak masak apa aku maklumkan hendak goreng mee, terus diceramah maklumkan makanan di dalam peti sejuk banyak saja lagi kenapa suka membazir demakian puasa ni.

Aku buka peti sejuk dan lihat cuma ada setengah bekas nasi ayam semalam yang dia sendiri makan tak habis dan tiada makanan lain. Entah kenapa sebab terlalu marah syaitn dah cucuk aku tinggalkan dapur dan terus kebilik tinggalkan

barang barang yang aku beli sampai waktu buka suami tanya mana mee goreng aku hanya cakap mak cakap makanan banyak jangan membazir. Aku tahu aku sepatutnya jelaskan kepada mertua makanan untuk buka tiada dan teruskan memasak tetapi sebab dan tak tahan asyik dikritik aku pilih berkelakuan demikian.

Bila MC atau cuti pasti ditanya

Aku juga tidak boleh suka suka hati nak mc dari kerja atau cuti atau apa apalah kerana jika dia lihat saja aku ada dirumah mesti dengan riak muka risau dia akan mengajukan soalan, kenapa tak kerja ni? Apa jadi? bos tak marah ke?

boleh ke suka suka hati mc? aduhai ya Allah kerja aku tahulah aku uruskan sendiri nak cuti ke nak mc ke nak berhenti ke? Again aku tahu aku yang terlebih emosi, tapi pembaca sekalian fikir kalau sekali dua faham, kalau banyak kali sampai setiap kali cuti.. mc sepanjang mertua duduk bertahun tahun tak ke stress aku demakatnya.

Memandangkan mertua duduk dengan aku jadi boleh bayangkan adik beradik suami yang lain akan selalu menziarahi emak mereka. Sehinggakan suami aku membuat kunci pendua rumah aku dan diberikan kepada adik beradik yang lain atas alasan menyenangkan adik beradik suami datang ke rumah pada bila bila masa. Masalahnya disini apabila kemudiannya aku sudah tiada kebebasan pada rumah sendiri.

Adik beradik lelaki suami masuk rumah sesuka hati

Bayangkan kalau dirumah sendiri tanpa adanya lelaki bukan muhrim lain sah sah kita akan memakai pakaian ikut kesesuaian dan keselesaan sendiri kan, jadi bayangkan kalau aku yang didapur sedang buat kerja tiba tiba datang adik beradik lelaki yang sedia ada kunci main masuk ke dalam rumah dengan aku yang tak menutup aurat sepenuhnya?

lintang pukang aku masuk ke dalam bilik bila keadaan begitu berlaku yang mana hampir setiap hari (family suami semua duduk berdekatan). Aku lama lama stress dan akhirnya aku banyak habiskan masa didalam bilik sahaja jika keadaan begitu berlaku.

Terus terang aku tiada kebebasan dirumah sendiri dan kadang kadang rasa nak lari sahaja dari rumah tapi memandangkan itu rumah aku sendiri jadi nak lari ke mana pula. Itulah sahaja serba sedikit luahan aku, aku tahu aku akan dikritik kerana masalah aku bukan berat sangat dan perlu bertolak ansur dengan keluarga suami.

Aku faham suami kena jaga maknya itu tanggungjawab dia tapi mungkin perlu letak sempadan antara hidup aku dan mertua. Aku tak kisah jika suami jaga emaknya 24jam tanpa kami iaitu aku dan emaknya perlu hidup sebumbung. Aku juga boleh saja jaga mertua.. masakkan untuk dia.. basuhkan baju dia setiap hari sehingga habis nyawa tapi itulah aku tak boleh tinggal bersama dalam tempoh yang lama sebab aku betul betul tak boleh.

Adik beradik perlu berbincang

Dia dan adik beradik dia perlu berbincang bersesama bagaimana hendak menjaga emak mereka bersama2 bergilir gilir atau letakkan seorang pembantu rumah di rumah mak mereka yang kini kosong sebab mertua tinggal dengan aku sekarang. Rumah kami ditaman yang sama cuma dijalan yang berlainan. Adik beradik yang lain aku lihat tak ada bersuara pula ingin jaga emak mereka walaupun mereka juga tinggal berdekatan.

Sudahnya semua bertunggu bertangga dirumah aku sebab emak mereka tinggal disitu. Pembaca yang budiman mungkin kata aku sejahat menantu tapi aku terpaksa berterus terang aku tak boleh hidup begini yang mana privasi aku sudah langsung tiada. Aku sanggup berulang alik kerumah mertua setiap hari pagi petang siang malam berbakti pada dia asalkan aku masih ada sedikit privasi dirumah sendiri.

Moga Allah swt ampunkan aku hambanya yang amat lemah dan pendosa ini.

Jom kita lihat apa kata warganet:

Syafina Zul –Sy memegang prinsip utk diri sy, emak dan bapa tiada hak mengatur rumah anak menantu. Prinsip ni bukan suka2, tp diajar bg memastikan keharmonian dlm rumahtangga. Nik Nur Raidah –Please bincang dengan suami sis..jgn pendam seorg diri.. menantu selamanya akan jd menantu, takkan pernah dianggap anak perempuan..sebab tu ada pepatah kata jauh bau bunga, dekat bau tahi.

Alicia Goldstone –Sis confessor, senang cerita. Klu x mampu nak berterus@terang dengan encik suami. Apa kata, screenshot kisah ni then whatsapp kat dier, “masalah kita sama dengan ni, bang”.  Nur Athirah Ahmad –Pagi tdi aku terbaca satu coretan dari org yg taw bab agama nie. Pasal hubungan adik beradik (ipar duai). Taw x sebenarnya xboleh berdua-duaan dgn ipar duai hatta di dlm kenderaan kerana dia adalah org asing yg ada batas aurat. Suami puan sepatutnya menjaga aurat puan. Dh rumah kita, kenapa nk bgi kunci kt org sdgkn rumah mak ada.

Xterbyg kita dok dlm bilik air tiba2 ipar masuk rumah tgk kita kluar bilik air. Kalaula setn tiba2 tabur garam. Ntahla apa yg jadi. Utk suami sis, cukup2 la bertanggungjawab sampai hati isteri disakiti. Nanti nk jwb depan Allah mcm mana. Aurat isterinya, hati isteri. Nk jwb dgn apa. Tanggungjawab pada mak boleh dilunaskan tanpa perlu abaikan tanggungjawab dan hak isteri.

Masni Azhari –Salam…pernah satu masa..aku ada bibik .. sebelum tu dia bekerja diarab saudi.. tugasnya hanya menjaga emak tua..mereka tinggal bersama anak lelaki..tetapi dibahagian lain rumah itu..ada bilik sendiri, ada dapur dan ruang tamu sendiri.

Makanan dimasak didapur utama dan dibawa masuk kebilik emak tua..waktu ptg anak dan cucu datang kebilik tersebut.. Itu yg terbaik sebenarnya..emak tak payah susah2 pergi kedapur..makanan siap hanya hantar kebilik.. E tua habiskan masa beribadat sahaja.. Kepada emak yg tinggal dgn anak ..biarlah anak menguruskan hidup mereka sendiri..kita tak payah masuk campur.. Lebih baik kita tumpu pada ibadat..

Tiya Smilove –Stupid sungguh la suami puan ni. Dia tak tahu ke boleh timbul fitnah antara puan & ipar lelaki tu? Panggil orang tukar kunci. Buat house rules baru & bincang dengan semua orang. Kalau susah bincang depan-depan, tubuhkan WhatsApp group…haa bertekak la kat situ sampai puas.Pelik jugak, tak nak jaga mak tapi semakk asyik datang bertandang. Kalau dah camtu gayanya, elok bergilir-gilir jaga mak

Leo Ku –Memang tanggungjawab lelaki untuk menjaga emak bapa. Tapi dah berkahwin kan, perlulah adil kepada isteri. Tiada istilah emak hanya seorang, isteri boleh cari lain. Yang bangang je boleh cakap camtu. Sebagai seorang suami, kena berlaku adil. Jika nampak emak tidak berlalu adil kepada si isteri, cuba tanya kenapa. Kalau tidak boleh selesai berbincanglah dgn adik beradik lelaki lain. Jangan biarkan emak sakiti isteri, dan begitu juga sebaliknya.

– Ayunadira (Bukan nama sebenar) via iiumc

Pasangan Ni Nak Tinggal Dengan Mertua Sebab Uami Tak Mampu Nak Sewa Rumah. Tergamam Bila Dah Duduk Dengan Mertua Selamba Je Kakak Ipar Boleh Buat Macam Ni.

Assalamualaikum semua, saya tinggal rumah Mak mertua, dalam rumah ada adik suami, memang nak keluar bilik kena pakai tudunglah hari-hari, hari-hari saya rasa macam duduk Kat rumah orang, ada yang sama macam saya tak? Hehee… tak apalah jalani je hidup ni, nak menyewa gaji suami Tak cukup, terima aje lah.. ok sambung.

Saya anak first. Kak ipar saya nak saya jadi pengasuh anak dia 2 orang, sebab pengasuh lama dia naikkan rm.50, macam mana taknya pengasuh lama dia naikkan bayaran 50, hantar anak pukul 6, pukul 7 baru Datang ambik, so sekarang dia hantar Kat rumah mak mrtua saya, saya jaga anak dia 2 orang ada masa dia hantar anak yang tua tu sekali ada masa saya jaga 3 orang anak dia.

Dia bayar rm.600, bayar gaji lambat sangat, dah nak dekat 2 bulan baru bayar dia hantar anak dia samalah dengan dia hantar ke rumah pengasuh lama, dia Datang pukul 6 balik kerja mandi sebab time c0vid ni kan, makan terus tengok tv main FB golek gelebang bukan nak ambk anak dia dlu, mana boleh mcm tu kan.

kita sama-sama cari rezeki. Punyalah lama dia nak ambik anak dia, dah ni dekat mahgrib baru ambik anak dia, dahlah saya ada anak kecik juga nak mandi kan anak Saya lagi segala macam, dulu masa dia hantar rumah pengasuh lama hari Sabtu dia hantar rumah mak mertua Saya, mak mrtua saya yang jaga, sekarang Senin sampai Sabtu Saya jaga, saya sedih sangat dengan sikap dia.

Kadang pagi tu anak dia basah lencun pempers Tak tukar kesian anak dia. Lepas tu makan minum pagi petang kat rumh ni, siap balik kerja, mandi, baju dan kain batik k0tor dia tinggalkan je kat ruang tamu, last2 suruh saya cuci, dahlah baju anak dia saya cuci semua, cuci piring dengan cawan dia minum sorang pun Tak dapat, padahal saya dah bersihkan singki, kadang anak dia berrak dah pukul 7 tu tong cuci lah sendiri.

Ni saya tengah mnyusu anak saya dia sibuk panggil saya cucikan brak anak dia, kesian anak saya tengah menyusu anak saya baru nak lelap saya lepaskan susu menangis dia, kadang hari Tak kerja dia makan rumah Mak mrtua saya yelah mak dia kan…. Lepastu kadang2 Masa dia datang time cuti tu anak dia brak, pempers anak dia pun Tak reti dia buangkan Kat tempat sampah, padahal saya dah siapkan tempat sampah pempers anak2, dia letak Kat atas meja ruang tamu.

Saya sedih sy tak tau nak luahkan Kat siapa, takkan saya sampaikan langsung Kat dia, saya nak jaga hubungan ipar jugak, maaflah ayat berterabur dan panjang sangat, saya nak luahkan aja, saya tak tau nak luah Kat siapa, terimakasih admin.

Reaksi warganet.

Faeizah Abdul Karim – Kalu awk nak jaga ank sil tu, buat perjanjian hitam putih.. Hantar n ambil pukul brpe.. Kalu lambat sejam kena cas rm5.. Semua brg2 keperluan ank sil tu kena sediakan.. Dah buat hitam putih n biar bersaksi.. Ppe nti awk ada hitam putih nye.. Kalu xnak jaga ajak suami pindah.

Yaya Samarra – Jgn lembut sgt, nnti org pijak kepala. Manusia ni bkn bole tgok org baik sikit mula la amik kesempatan. Tak salah nk buat baik tp berpada2. Sesekali kena tegas. Tegur cara baik, tp klo cara baik pun tak jln, sungkupkan kepala dia dgn periuk..Haaa..tu mkn dia.

Siti Fadzilah – Susah jg..nk bersuara lebih3, nnt mk mertua pun terasa..yelah..ank dia kn .x bersuara,sakit hati..jln mudah,awak bgtahu,awak tak mampu jge ank dia..dan berdoa moga suami awak murah rezeki,dapat pindah rumah lain.

Azza Ra – baik awk cri kja sbgai pngasuh kt tmpt sepatutnya.. Bru awk tahu hrga stiap byrn yg sepatutnya… aduh jgn biar diri jdi hmba…kja kt taska.. dpt gaji berpatutan pkl 6 dn 7 tu dh kira ot.. byr lebih… sng la parent dpt awk jga ank dia.. sbb byrn tdk sepatutnya tu kesian la awk ni… sorry to say..sakit hati sy bca luahan kamu mngenai kak ipar ye..sedihnya.

Iza Mk – buat baik org pijak kepala, buat bdoh org mengata, buat cra sebenar minta betulkn keadaan org pulak buat fittnah..cmne.. mulut org.. org yg baik2 ni selalu je kene bli.. lama2 tgklh dia punye berontak tsnami pun kalah.

Bea Adawieyya Yulyulk – Nampak sangat Sis jadi “org gaji” depa..Kalau saya sound direct jer…Lantaklah depa nak kata apa,nak masam muka ke apa.Dah melampau sangat.Cuba dia hantar kat babysitter lain,ada dapat RM600?Bayar,bayar jugak.Tapi jgn jadikan org mcm khdam pulak.Even ipar sekalipun.Tak tahu malu gamaknya.

Liza Jutawan Tuan – Adat menumpang,nk luah serba salah tp better pindah sbb dh dpt duit mengasuh rm600 cukup utk byr sewa.. Dh duduk rumah sewa tulis siap² waktu mengasuh 8jam jika lebih cas rm10 setiap 1jam.. Settle.. Klu kak ipar xsetuju xyh jaga anak dia,ambik upah mgasuh anak jiran je,aman dunia.

Norhidayu M Nasir – Pelik suami nk kawen x tau tngjawab.Spatutnya sblm kawen dh pk cari rumah sendiri sewa x kisah la jnji kaselesaan isteri.Tt plk mcm x der mulut bgtau je la ada ank kecik x larat nk jga. Skylar Harley Alexis – Suruh up Kan gaji rm800..kalau Tak bagitahu Kat dia tolong cuci pingan mangkuk Dan pakaian anak dia sekali.kalau nak sekali pakej..minta harga mcm tu.Jaga dengan ikhlas..bukan jahat..tapi itu yg terbaik..kmu pun dpt belanja lebih..kalau Tak mampu,suruh dia Jaga anak sendiri.

Cik Puan Julieta – Buat baik berpada pada puan. Jangan sampai org ambik kesempatan di atas kebaikan kita. Ada manusia otak dia boleh fikir sendiri dan memahami stuasi org lain.. Ada manusia dia kira kepentingngan diri dia sja tanpa fikir kesusahan org lain.. Manusia jenis mcmni kita kena direct cakap terus terang bg dia paham… Ank itu tngjwp ibubapa sendiri.. Kalo x nak renyah pasal ank ank.. Jgn beranak.

PS Syahirah – Part sis cakap anak nak menyusu tu dia panggil sy rasa panas hati. Sis tolong reti beza eh mana yg lg penting. Anak sdiri kott nak menyusu nak tido. Tak perlu layan lagipun dia dah ada kat rumah. Dah luar waktu jagaan sis. Jgn nak tunjuk bagus semua benda kita nak buat utk orang sampai anak sendiri terabai.

Sy marah kat sis tau part sis tinggal anak sdiri smata nak g basuh berak anak dia. Sis tu kena berkeras dan cerdik sikit. Sis bukan hamba atau bibik kat rumah tu. Kalau dah gduh, senang nak keluar dari rumah tu. Tak guna nak jaga hubungan dgn ipar macam ni. Suami pun bangang. Nak mrah la sy macam ni. Haihh.

Sumber: KRT/Apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *