Viral

Abang polis pegang kadbod ‘tangguh nikah’ viral angkara sepupu. Ini reaksi Menteri Pengangkutan

SEDIH memang sedih, tapi saya reda dengan apa yang berlaku.”

Demikian kata seorang pegawai polis, Ahmad Zaim Nasreen Musa apabila terpaksa menangguhkan majlis pernikahannya demi keutamaan kepada tugas, selepas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik C0vid-19.

Ahmad Zaim sepatutnya melangsungkan pernikahannya bersama pasangan, Mas Ayuvita Azizul pada 17 Januari lalu di Gemas, Negeri Sembilan.

Dia menjadi perhatian ramai selepas gambarnya yang lengkap berpakaian seragam polis sambil memegang nota bertulis ‘sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.21’ menjadi tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Berkongsi cerita bersama mStar, Ahmad Zaim berkata dia sama sekali tidak menjangka gambar tersebut akan menjadi viral memandangkan dia tidak memuat naik di mana-mana akaun media sosial.

“Gambar itu diambil ketika saya selesai tugasan sekatan jalan raya dan sedang dalam pertukaran tugas lain. Tengah tak ada buat apa, pengguna jalan raya pun tak ada, jadi saja-saja ambil gambar.

Undangan perkahwinan yang sepatutnya diedarkan kepada tetamu.

“Ketika tu bohonglah kalau tak sedih sebab sepatutnya majlis nikah saya. Pegawai atasan dalam team ketika itu juga beri kebenaran, malah beliau kata ‘ambillah gambar buat kenangan’.

“Kemudian saya hanya post dalam status WhatsApp dan grup WhatsApp famili. Abang sepupu yang kemudian muat naik dalam Facebook dia dan dari situlah viral.

“Terkejut juga saya bila buka Facebook, nampak muka sendiri. Masa tu daripada terkejut, terus jadi bimbang. Tapi Alhamdulillah, ramai netizen yang beri komen positif dan kata-kata semangat. Sedikit sebanyak terubat juga rasa sedih,” ujar anggota polis berusia 25 tahun ini.

Bercerita lebih lanjut, Ahmad Zaim yang bertugas di Balai Polis Pantai, Bangsar berkata keluarga kedua-dua belah pihak telah sepakat memilih tarikh 17 Januari, tambahan pula ia hanya berselang sehari dengan ulang tahun kelahiran tunangnya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong turut memuji pengorbanan Ahmad Zaim.

“Hendak dijadikan cerita ketika tengah bertugas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP bermula 13 Januari. Masa tu dah berderau juga darah. Tidak lama kemudian, pasukan terima pemakluman tentang pembekuan cuti.

“Masa tu memang harapan nak teruskan majlis ibarat telur di hujung tanduk. Sebenarnya walau cuti beku, ada syarat pengecualian untuk cuti kec3masan termasuk cuti nikah atas alasan munasabah.

“Keputusan dibuat selepas bincang dari hati ke hati dengan kedua-dua keluarga pada 12 Januari, kami sepakat tangguhkan dulu. Sebab saya dan tunang dari kawasan PKP, nak buat majlis pula di negeri PKPB.

Keputusan dibuat selepas bincang dari hati ke hati dengan kedua-dua keluarga pada 12 Januari, kami sepakat tangguhkan dulu.

“Kebetulan ada kes positif C0vid-19 juga di lokasi majlis iaitu kampung tunang saya. Jadi untuk elakkan risik0, kami sepakat tangguh. Tak mahulah nanti wujud kluster baru pula,” ujarnya yang sudah lebih dua tahun berkhidmat sebagai anggota polis.

Dalam pada itu, Ahmad Zaim turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan komen positif dan kata-kata semangat serta menghargai tugas pasukan keselamatan sepanjang pandemik C0vid-19.

“Saya ucapkan terima kasih sangat-sangat. Alhamdulilah atas komen positif. Tapi saya nak jelaskan, memang tiada niat nak viral atau acah-acah. Niat hanya berkongsi dengan keluarga saja,” ujarya.

Malah dia turut menitipkan nasihat kepada seluruh rakyat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa untuk memutuskan rantaian C0vid-19.

“Kalau tiada urusan penting atau kecemasan, tangguhkan apa jua rancangan perjalanan. Setakat nak melawat, atau lepas rindu, semua itu boleh dilakukan selepas keadaan beransur pulih.

“Jangan pentingkan diri… sikap macam ni buatkan kita susah nak putuskan rantaian. Bila jadi macam ni, ada yang hilang kerja, ada golongan berisik0 yang dij4ngkiti. Sama-sama kita bekerjasama,” ujarnya lagi.

Hari pertunangan pun kena kerja, jaga SJR

“Pada hari pertunangan yang diadakan di kampung halaman saya di Gemas, Negeri Sembilan, saya tidak dapat turut serta kerana perlu menjaga SJR.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, nota itu dibuat selepas menerima kebenaran daripada ketua pegawai SJR bertugas untuk perkongsian keluarga.

“Kepada mereka yang mengalami nasib sama kerana perbezaan negeri, bersabarlah mungkin ada manisnya di akhir nanti.

“Lebih baik kita sama-sama mematuhi SOP supaya kes C0vid-19 menurun,” katanya yang bertugas sebagai anggota polis sejak dua tahun lalu.

Terdahulu, perkongsian penangguhan pernikahannya tular di media sosial selepas dikongsi abang sepupunya, Mohd Ridzuan Baharudin di Facebook.

Menerusi perkongsian itu Mohd Ridzuan menzahirkan kesedihannya atas situasi adik sepupunya itu yang sepatutnya meraikan detik hari bersejarahnya semalam, namun terpaksa ditangguhkan.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Zaim di atas pengorbanan beliau yang tidak terhingga.

Dedikasinya terhadap tugas sehingga sanggup menangguhkan majlis pernikahan seharusnya dipuji dan mendapat perhatian pegawai atasannya.

” Selamat bertugas bang bersabarlah buat seketika semoga jodoh abg sedia menanti sungguh besar peng0rbananmu…” tulis Ida.

” Tabik..hormat buat awk adik polis..semoga Allah melindungi dan merahmati awk..satu hari nanti pasti awk akn bernikah jgk..” tulis Rozita.

Bayaran one-off kepada ‘frontliners’ diberi suku pertama tahun ini

PUTRAJAYA – Pemberian sekali gus atau one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, manakala sebanyak RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman berhubung Pakej Bantuan Khas sebentar tadi.

Muhyiddin pada Selasa mengumumkan pakej Permai melibatkan peruntukkan bernilai RM15 bilion.

sumber:Trandingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *