Viral

Tujuh dit4han kes tuduh polis t3ndang penunggang motosikal

GEORGE TOWN – Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan lelaki disyaki mengepung dan menghalang tugas polis dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu sambil menjelaskan mereka akan dibawa ke mahkamah untuk direman esok.

“Kes disiasat menurut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Selain itu, kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan dipercayai melakukan provokasi terhadap tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan melemparkan kata-kata kesat kepada anggota berkenaan.

Kumpulan lelaki itu dipercayai turut mendakwa anggota polis menendang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sehingga menyebabkan kemalangan.

Rakaman orang awam di sekitar tempat kajadian itu turut tular di laman sosial sejak semalam yang memaparkan beberapa individu menuduh polis menendang mangsa kemalangan itu sehingga menyebabkan kecederaan.

Bagaimanapun, polis hari ini menafikan anggota mereka terlibat dalam kemalangan tersebut dan siasatan mendapati motosikal dinaiki dua lelaki tanpa bertopi keledar berkenaan telah melanggar sebuah kereta ketika melarikan diri dari polis. –

Sumber:Rakanmedia/K! ONLINE

 

Penunggang motosikal akui polis tidak tendang mereka

GEORGE TOWN: Penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Tanjung Tokong, dua hari lalu membuat pengakuan anggota unit rondaan bermotorsikal (URB) yang mengejarnya tidak menendang motosikal yang dinaiki bersama seorang lagi rakan, ketika kejadian tersebut.

Ketua Polis Timur Laut, Soffian Santong, berkata pihaknya mengambil keterangan daripada lelaki berusia 21 tahun itu semalam dan dia mengalami kecederaan patah kaki akibat kemalangan tersebut.

“Lelaki yang merupakan pekerja hotel itu mendakwa, dia tidak menyedari lampu isyarat di lokasi kejadian ketika itu berada dalam keadaan ‘lampu merah’, ketika melarikan diri daripada polis yang meminta mereka berhenti kerana tidak memakai topi kaledar.

“Sebaik melanggar lampu isyarat berwarna merah itu, motosikal yang dinaiki bersama rakannya berusia 19 tahun telah berlanggar dengan sebuah kereta dan lelaki tersebut mengakui tidak berlaku sebarang kekasaran atau ditendang anggota URB berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Katanya, rakan lelaki itu yang membonceng motosikal tersebut mengalami kecederan parah di beberapa bahagian badan, serta masih dirawat di Zon Merah Hospital Pulau Pinang dan polis akan merekodkan keterangannya selepas keadaannya semakin pulih.

Sementara itu, tujuh lelaki berusia 20 hingga 45 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian sekumpulan individu mengepung dan menghalang tugas polis selepas kejadian kemalangan tersebut, kini direman selama tiga hari bermula hari ini.

Polis juga tidak menolak kemungkinan beberapa lagi individu akan ditahan bagi membantu siasatan, kerana menurut anggota URB terbabit, mereka dikepung lebih 30 lelaki yang turut membuat provokasi serta memaki hamun dan mengugut, selepas kejadian kemalangan berkenaan.

Polis juga menjalankan siasatan terhadap hantaran di media sosial dan WhatsApp berhubung kejadian kemalangan itu yang didapati tidak tepat dan berbaur fitnah, sehingga menjejaskan imej polis.
“Ia akan disiasat bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 017-9272027 bagi membantu siasatan,” katanya.

Semalam, Soffian menafikan tiga anggota URB menendang motosikal dinaiki dua lelaki terbabit sehingga menyebabkan mereka terlibat dalam kemalangan.

Jelasnya, anggota URB yang sedang membuat rondaan terserempak dengan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki tanpa memakai topi kaledar, dan mengarahkan mereka untuk berhenti bagi membuat pemeriksaan.

Sumber:FMT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *