Viral

Baru Hari Pertama Sekolah , 36 Pelajar SPM Telah Dijangkiti C0vid-19

Seramai 36 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sabah nanti disahkan dijangkiti Covid-19 setakat ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata kes itu dikenal pasti menerusi ujian saringan yang dijalankan sebelum pelajar terbabit dibenarkan kembali ke asrama bagi mengikuti sesi pembelajaran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan awam berkenaan.

“Setakat 20 Jan, seramai 36 pelajar SPM dan STPM disahkan dijangkiti Covid-19 melalui saringan balik ke asrama mulai 16 Jan lepas,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 Sabah di sini, hari ini.

Masidi berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah menyediakan perkhidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah bagi memudahkan pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian.

Sementara itu Masidi berkata masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan pelaksanaan PKP di Sabah, yang masuk hari kelapan hari ini, dalam usaha melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 di negeri itu, dan gambaran sebenar sama ada pelaksanaan PKP berkesan ataupun tidak hanya akan diketahui selepas 10 hari arahan itu dikuatkuasakan.

Menurutnya, kes-kes jangkitan di Sabah ketika ini adalah susulan pematuhan SOP yang lemah dalam kalangan rakyat sebelum PKP dilaksanakan dan ini dapat disaksikan menerusi penurunan kadar peratusan pematuhan SOP di setiap daerah.

Bagaimanapun, Masidi tidak menolak kemungkinan trend peningkatan kes jangkitan di Sabah dalam beberapa hari ini berpunca daripada keputusan ujian saringan secara besar-besaran yang dijalankan oleh PERKESO ke atas pekerja kilang terutama di Pantai Timur Sabah.

Mengenai perkembangan Covid-19 di Sabah hari ini, Masidi berkata 406 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes itu di negeri ini 45,088 kes, dengan dua kematian dilaporkan di Sandakan dan satu di Kota Kinabalu.

Seramai 416 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh seramai 40,549 orang, katanya.

Pelajar SPM MRSM Lipis kena kuarantin

LIPIS: Kesemua pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikuarantin selepas seorang positif Covid-19 semalam.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Mohd. Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi, Bentong dekat sini manakala dua pelajar lelaki dikuarantin di asrama.

“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif dan melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.

“Setakat pagi ini terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Katanya, pemindahan pelajar berkenaan menaiki bas turut diiringi pihak polis dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.

“Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan dikuarantin,” jelasnya.

Sumber – UTUSAN ONLINE/Tranding

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *