Viral

Aku ank yatim. Selesai PMR terus cari kerja. Dpt asrama penuh nk minta duitt dgn mak, aku tak smpai hati.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Aku Lily (bukan nama sebenar). Aku sebenarnya triggered lepas baca confession yang dia kata keluarga dia t0xic sebab tak bagi dia duit.

Lagi satu yang merungut asyik dapat barang seconhand dari adik beradik dia. Adoi dik. Umur 20an dah kot, dah besar panjang. Kenapa harap duit mak bapak lagi? Bayangkan kalau mak bapak awak dah tiada, awak nak minta dekat siapa pulak?

Kalau ikut logik kepala aku, lepas habis SPM saja patut dah pandai pandai dah cari kerja part time, cari duit sendiri nak berfoya foya bersuka ria.

Korang ni patut bersyukur tau ada mak bapak lagi, makan cukup, tidur lena tak berlapar.

Ni cerita aku. Aku ni anak yatim, ayah tiada, mak kerja B40, adik beradik 7 orang. Banyak mulut nak kena suap. Adik beradik atas aku ada 2 orang tapi jenis buat hal sendiri.

Biasa lah adik beradik ramai, perangai pun macam macam peel. So aku la jadi macam anak sulung sebab aku fikir kalau bukan aku yang ambil kisah fasal adik adik, siapa lagi? Habis PMR aku terus cari kerja part time. Waktu tu PMR dah habis tapi sekolah jalan macam biasa sebab tak cuti sekolah lagi.

So aku masuk kerja pukul 3 sampai malam, weekend baru masuk pagi full time.

Bila dah cuti sekolah, aku masuk pagi sampai malam. Sebenarnya salah kalau ambil pekerja bawah umur, susah tau aku nak dapat kerja tapi nasib baik ada tokey c1na ni kesian dekat aku. Aku kerja dekat kedai borong. Sebulan dapat la dalam RM450 macam tu. Aku ingat lagi perasaan dapat gaji pertama tu. Rasa banyak sangat dah RM450 tu. Aku beli baju sekolah adik adik, beli botol air ada tali yang adik aku nak sangat tu,

Lepas tu aku kumpul sikit dapat la beli phone secondhand. Sebab bila cuti sekolah kan aku kerja full, so dapat la gaji dalam RM600 macam tu. Perjalanan hidup aku ni orang kata mudah la jugak. Tokey cina tempat aku kerja ni pun baik. Anak dia sebaya aku.

Bila dapat result PMR aku dapat straight A, anak dia dapat result biasa biasa saja tapi dia tak marah pun anak dia.

Sebab anak dia rajin tolong dekat kedai kot. Orang c1na ni dia suka tau kalau budak pandai. Tokey aku ni dia canang, usung sederet rumah kedai tu result PMR aku.

Bila kawan kawan dia datang kedai pun dia cingcong cingcong cakap fasal result aku pastu tahu tahu saja dorang hulur angpau dekat aku.

Banyak juga aku dapat. Aku kumpul sebab aku nak masuk asrama penuh, mak aku dah pesan banyak nak pakai duit nanti. Bila dah dapat tawaran asrama penuh tu jauh juga dari negeri aku duduk, duit banyak nak kena guna untuk persiapan semua.

Aku nak minta duit dekat mak aku memang tak sampai hati. So aku pergi pejabat zakat sorang sorang, aku pakai kemas kemas, cantik cantik dan tanya orang zakat dekat situ macam mana nak dapat duit sebab aku anak yatim, aku nak masuk asrama penuh. Aku tahu ramai kata pejabat zakat ni kadang kadang tak boleh percaya, susah nak tolong la apa la.

Tapi aku dari zaman sekolah, masuk matrikulasi, buat degree, pejabat zakat la banyak tolong aku.

Aku dapat duit belanja, ada dapat surat yang zakat bayarkan yuran, dan orang orang zakat tu pun hulur duit dekat aku. Cara aku, aku confident, tak malu nak mengaku aku orang susah. Aku bawak slip gaji mak aku, surat beranak adik beradik aku, result aku, sijil sijil aku.

“Saya anak yatim, adik beradik ramai, tapi saya pandai belajar. Saya rajin belajar sebab saya taknak jadi orang susah dah. Saya taknak susahkan mak saya, adik adik saya ramai lagi nak sekolah”.

Terus orang dekat zakat tu semangat nak tolong haha. Yelah, budak lagi kan, orang cepat kesian. Lepas SPM pun aku buat part time. Kerja kedai makan, pam minyak. Cuti matrikulasi n cuti degree pulak aku jadi cikgu ganti.

Cikgu cikgu lama aku tolong. Bila dorang tahu aku cuti saja dan ada cikgu lain yang nak bersalin dorang dah booking dah aku. Kalau time sekolah lama aku tak available, aku apply dekat sekolah lain. Selalunya senang lah aku dapat kerja cikgu ganti ni sebab result aku tiptop. Untung tau jadi budak pandai walaupun tak kaya, orang sekeliling sayang saja.

Sedara mara aku saja yang tak suka family kitorang, faham faham saja la kenapa haha. Sedara mara tak suka family susah, anak ramai ni. Aku tak ambil hati pun. Hidup ni jangan cepat ambil hati, move on saja, hati kena kental.

Bila dekat matrikulasi, dapat elaun. Masuk universiti pun dapat biasiswa. Dan sebab bila cuti saja aku buat kerja part time, makanya dari aku lepas PMR tu memang mak aku tak bagi duit dah dekat aku, aku yang bagi dekat mak aku.

Ni belum lagi aku cerita mak aku tak pernah datang tengok aku dekat asrama sebab jauh.

Dekat matrikulasi dan U pun sama. Sebab jauh kan. Ada masa aku sedih juga. Tapi tu lain topik la, haha.

So adik adik, jangan la harap duit parents. Kalau boleh kerja cari duit sendiri, cari la. Best tau berdikari ni, pegang duit sendiri.

Aku pun dah berangan nanti anak aku, aku nak suruh dia kerja part time dengan aku lepas balik sekolah. Nak jadi macam tokey aku buat. Biar berdikari dari kecik, tiada la nanti anak aku buat confession macam yang atas tu.

Sorry tau kalau confession aku macam tiada isi. Aku type sambil harung jam balik kerja, haha.

Reaksi Warganet

Mashitah Mashie – Betul Lily. Kita kalau dari kecik dah biasa hidup susah, kita mudah nak survive. Tambah tambah ank yatim. Saya pun lalui benda yang sama. Cuma 1 ja masalahnya bila kita terlalu berdikari ni.

Bila dah kawin, mungkin kita akan buat pasangan kita terlalu selesa. So kita kena belajar untuk balance kan sikit, hehe ko

Part bebudak sekarang… Bila baca confession yang tak puas hati sebab parent tak penuhi kehendak mereka tu, tepuk dahi jugak. But saya try utk open minded Bab ni sbb mungkin Cara mereka d besarkn xsama mcm kita & zaman jugak mngkin dah berubah…

Ain Razak – Confession ni nampak positif je semua sebab penulis tak cerita habis. Cuba korang baca betul betul apa yang tersirat kat cerita dia.

1. Mak keje b40, anak 7 orang. Konfem hidup susah gila. Mana cukup gaji anak ramai macam tu.

2. Dia terpaksa jadi anak sulung sebab yang atas tak ambil kisah. Tapi dia tak explain lebih lebih pun dia stop takat tu je.

Dia terpaksa jadi matang dari muda. Dia tak bising bising salahkan adik beradik lain. Dia fokus cara nak settle problem.

3. Dia kata sedara tak suka family dia. Mesti ada sebab dia cakap macam tu. Kalau tengok drama, mesti sedara dia pulaukan family dia atau tak tolong bila dia minta tolong. Aku rasa la.

Kesimpulannya memang dia ni jenis tak salahkan orang. Dia jenis problem solver.

Sebab tu dia rasa hidup dia mudah je tapi sebab perangai dia tu yang buat dia rasa mudah. Cuba kalau dia jenis meratap nasib mesti tak jadi positif confession ni. Peace

Kurier Malaya – Bagus kau dik. PMR pun mak kau lepas bagi kerja. Aku anak sulung, kepala degil. Nak kerja kena melawan.

Tak tahulah jatuh ke tak pangkat anak derhaka. Yang penting aku nak kerja. Sebab nak mintak topup dengan ayah pun ayah bising. Walaupun mak ayah bekerja, makan cukup. Keperluan rumah cukup je.

Hp ada, dengan specs cukup syarat je lah. Tapi nak minta topup pun berperang. Aku nak kerja pulak, banyak kongkongan.

Tapi aku degil, aku kerja juga. Kalau tak kerja, takde kredit la hp aku. Muka aku breakout zaman sekolah, manalah ada mak ayah nak hulur duit beli produk muka.

Pendek kata, dah la susah nak minta duit. Nak cari duit sendiri pun susah, sebab mak ayah jenis over-protective.

Kesimpulannya, jangan samakan hidup semua orang. Hidup kau lain, hidup aku lain, hidup orang pun lain. Orang yang kau bidas tu, entah entah ada kekangan dia pula nak bekerja. Macam aku.

Tapi aku dah cakap kat atas kan, aku degil. Aku melawan. Tak tahulah jatuh anak derhaka ke tak. Tapi kalau tak melawan, memang tak berduit la aku.

Nak beli itu ini memang susah la. (Semua ni pengalaman time masih hidup dibawah kawalan dan tanggungjawab mak ayah)

Ai Enma – This what we called generation gap. Saya expect penulis ni lebih kurang sebaya dengan saya. Even parents saya agak senang tapi saya and a few sibling teratas have to achieve something to gain something.

Tapi adik adik yang bongsu siap dapat kereta time study. I used to menyembang dengan kakak kakak senior dah biasa dengar dulu dulu lepas SPM buat part time kena simpan duit sendiri nak beli laptop semua.

Apa apa urusan sendiri ambik cakna compare dengan sekarang ada patients saya dah 17 tahun pun suruh mak yang cakap gigi mana yang sakit.

Saya tak generalised semua generasi sekarang macam tu. Dulu dulu kita pergi sekolah kayuh basikal, hujan pakai baju hujan. Even kelas malam pun ramai ramai naik basikal ke kelas malam. Masuk hutan, mandi sungai semua survival skills kita rasa. Jatuh luka ok je bangun balik.

Tapi sekarang, anak anak dihantar ambik ke sekolah bimbang kena culik, tak bagi anak anak main kat luar bimbang ped0. Main dalam rumah game semua tak berkembang.

Nak buat macam mana itu safety. Anak anak sekarang takde survival skills. Semua depan mata. Sebab tu bila diorg jatuh susah nak bangun balik kalau tanpa ditolong.

Kita dulu dulu waktu kat universiti takut nya nak mintak duit dengan parents bukan saya sorang kawan kawan saya pun macam tu. Tapi budak budak sekarang? Sy tak generalise semua.

Sumber – Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC/keluargabahagia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *