Viral

“3 hari yang paling malu dalam hidup saya..”- Nabil Ahmad Sebak Join Tabligh Dapat Kenal Islam, Nabi.

Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad amat dikenali dengan jenakanya spontannya yang selalu buat kita ketawa.

Bermula sejak pentas Raja Lawak lagi sehinggalah ke rancangan bual bicara Meletop, memang itulah karakter semulajadi Nabil iaitu membuat orang terhuibur.

Namun kata orang, di setiap hilai tawa itu pasti ada tangisnya. Demikianlah yang terjadi ke atas figura ini apabila tular di media sosial, Nabil ‘keluar’ menyertai jemaah tabligh baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Dakwah Tabligh serta Youtube BroLah TV, kelihatan Nabil berucap di hadapan sambil meluahkan perasaannya yang agak lama ‘terbungkam’.

Difahamkan, ini adalah kali pertama Nabil menyertai jemaah tabligh sepanjang hidupnya.

Melihat raut wajahnya ketika ini, jelas air matanya mengalir sayu membasahi kedua-dua pipinya. Seakan-akan dia menangisi sesuatu yang begitu mendalam dalam sanubarinya.

“Abang tak pernah tengok suasana ni, tak pernah tengok orang mengaji..Subuh..tahajjud.. Adik-adik mengaji Abang menangis kat tempat ambik wudhu sana.. Bayangkan umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ni..”

Itu antara luahannya yang terucap di bibir diselangi air mata. Jelas Nabil begitu tersentuh apabila dia benar-benar merasai keindahan bersama jemaah tabligh buat kali pertama.

Mari tonton video penuh seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Sebak dengan perubahan Nabil, ramai warganet turut mendoakan kesejahteraan untuknya agar istiqamah dalam ‘jalan’ yang dipilih.

 

Tidak kurang juga, ada yang berkongsi sedang dalam ‘perjalanan’ untuk kembali ke pangkal jalan. Semoga hasratnya tercapai, mudah-mudahan.

 

Nabil dikira insan bertuah kerana berpeluang merasai detik manis ini.

 

“Tanda Allah sayang…”

 

Dalam masa sama, ada yang mengharapkan selebriti lain boleh mengikuti jejak langkah Nabil.

Semoga Nabil istiqamah dalam jalan ini. InsyaAllah. Tahniah Nabil

Sumber: Youtube BroLah TV / Facebook Dakwah Tabligh/Kiniairnews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *