Uncategorized

Al Fatihah, Jiran Berhampiran Pula Tampil Beritahu Apa Yang Dia Kerap Dengar Dari Rumah Adik Amir

MELAKA TENGAH: Jiran berhampiran rumah kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menlnggal dunia dipercayai akibat did.era oleh ibu kandung dan ayah tirinya mend.akwa, dia kerap mendengar tangisan kanak-kanak dari rumah keluarga berkenaan.

Ketika tinjauan di Taman Krubong Jaya, di sini, seorang suri rumah berusia 43 tahun yang enggan namanya didedahkan berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anak kedua dari empat beradik itu telah mengadap ilahi.

“Sebelum ini selalu juga lah dengar suara empat beradik ini menangls, tetapi saya tidak meng.esyaki apa-apa memandangkan saya pun ada anak kecil dan tablat (menangls) itu saya anggap biasa.

“Tetapi semalam apabila nampak ada ambulan datang, saya terus bergegas ke luar rumah dan diberitahu oleh ayah tlri m.angsa bahawa anaknya telah menlnggal dunia aklbat l.emas. Saya juga nampak ibu m.angsa duduk di atas sofa sambil menangls.

“Saya sempat bertanya kepada pasukan paramedlk yang hadir apa sedang berlaku, dan s.alah seorang daripada mereka, tak pasti sama ada doktor atau pegawai perubatan, maklumkan kanak-kanak itu sebenarnya sudah lama menlnggal dunia,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Terdahulu, dilaporkan pasangan suami isteri itu dir.eman tujuh hari selepas dipercayai mend.era kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga menlnggal dunia dalam kejadlan di Taman Krubong Jaya petang semalam.

Dalam kejadlan kira-kira jam 4 petang Jumaat itu, pihak polis menerima panggilan daripada bapa tlri m.angsa mengatakan anaknya itu l.emas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan.

Slasatan pihak polis bagaimanapun mendapati, hasil pemeriksaan flzikal terhadapnya menemui kesan l.ebam dan kec.ederaan di beberapa anggota badan, sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Perubatan F0rensik, H0spital Melaka untuk bedah slasat bagi mengetahui p.unca kematlan.

Sementara itu, seorang lagi jiran berusia 47 tahun yang enggan dikenali berkongsi cerita bahawa anak-anaknya sering terlihat kanak-kanak itu termenung sendirian, malah gambarnya juga sempat dirakam.

“Anak saya semua dah besar-besar dan sukakan budak-budak, ada sekali tu m.angsa ni sedang termenung di sebalik jeriji besi di bahagian hadapan rumah kami dan anak saya ambil gambarnya.

“Anak saya cuba lambai dan ajak bersembang, tetapi dia tidak membalas dan terus masuk ke dalam rumah, itu sahaja. Malah dengan ibu bapanya juga kami jarang bersembang,” katanya.

Sebelum ini, kisah kanak-kanak itu pernah tular pada Oktober tahun lalu apabila keluarga angkatnya yang menjaganya sejak bayi terpaksa menyerahkan semula kanak-kanak itu kepada ibu kandungnya.

Kisah itu dikongsikan menerusi satu klip video di laman Facebook yang menunjukkan ibu angkat dan keluarganya menangls teresak-esak ketika memeluk kanak-kanak lelaki berkenaan sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya.

 

 

Baju yang sama tapi tak terurus,” Foto Terakhir Adik Amir Yang Diambil Oleh Jiran Buat Netizen Sebak

 

Perasaan sayang terhadap anak kandung, anak tiri mahupun anak angkat seolah-olah tiada bezanya bagi seorang ibu.

Bagi wanita ini, kenyataan yang harus diterima apabila terpaksa berpisah dengan anak angkat terlalu perit untuk diungkapkan.

Apatah lagi anak angkat tersebut dipelihara sejak bayi lagi sehingga usianya hampir menjangkau enam tahun.

Tiada daya upayanya untuk menghalang hak mutlak ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut yang akhirnya mengambil semula anak lelakinya itu.

Namun, amat menyayat hati selepas 3 bulan anak di serahkan kepada ibu kandung di beritakan anak itu ‘pergi’.
Norlida Abu Hassan berasa terkilan dan meluahkan kekesalan tidak mempertahankan hak anak itu dari di serahkan kepada ibunya.

“Saya rasa menyesal kerasa saya sepatutnya mempertahankan (hak untuk terus menjaga arwh) , saya juga faham perasaan ibu kandung yang rindukan arwh ..”Norlida turut berkata sewaktu mengambil arwh, tiada membuat apa-apa perjanjian dan kami menerima seadanya dan merasanya arwah membawa sinar buat keluarganya.

Menyingkap kembali bagaimana Amir berada di bawah jagaannya, menurut Norlida, dia hanya menghulurkan pertolongan kerana ketika itu ibu kandung kanak-kanak tersebut sedang menyambung pengajian dan masih belum stabil dari segi kewangan.

“Di sini, dia ditimang dengan penuh kasih sayang sebab dia adalah ‘adik bongsu’. Manakala anak-anak saya yang lain dah besar semuanya, yang paling bongsu pun 17 tahun. Abang-abang dan kakak-kakaknya layan dia dengan penuh kasih sayang,” kata wanita berusia 50 tahun ini.

“Ibunya adalah rakan kolej anak saya. Anak saya selalu bercerita dia simpati dengan kakak seniornya yang terpaksa jaga baby dalam masa yang sama bekerja dan belajar.

“Memang saling tak mengenali pun, tapi saya turut simpati bila dengar cerita anak. Kemudian saya tawarkan pertolongan untuk jaga bayinya itu. Saya dengan berbesar hati terima bayi tersebut seperti anak sendiri.

“Kepada ibunya, saya katakan usah bimbang… belajar dan selesaikan urusannya dulu, hal perbelanjaan susu, lampin pakai buang jangan difikirkan. Ada la rezeki Amir ni nanti.

Anak-anak kandung Norlida melayan Amir seperti adik bongsu mereka.

“Hari demi hari hinggalah menjangkau usia Amir enam tahun, kemudian ibunya serius suarakan hasrat nak ambil Amir semula. Pada tanggal 13 Oktober lalu, ibu kandung Amir datang menjemputnya di rumah kami di Rawang, Selangor untuk dibawa pulang ke Melaka,” cerita ibu kepada lima cahaya mata ini.

Namun kata Norlida, dia sedikit terkilan kerana tidak berpeluang untuk menyambut hari jadi Amir yang jatuh pada Disember akan datang.

“Amir nak sangat kereta mainan remote control tapi tak sempat nak beli sebab semua terlalu pantas. Pada mulanya nak awalkan sikit sambut hari jadi dia sebelum hujung Oktober ini, namun apakan daya.

“Saya selalu berhubung sama ada dengan ibu dan bapa tirinya untuk mengetahui perkembangan Amir. Rindu tak usah cakap. Saya tak boleh lihat baju sekolahnya, gambar ataupun video. Cepat luruh air mata.

Norlida tidak mampu melihat gambar atau barangan milik Amir kerana mudah tersentuh.

“Sepanjang besarkan Amir, saya sentiasa terbuka dan terangkan mengenai ibu kandungnya. Tak pernah pun terniat untuk rebut Amir sebab saya memang sedar akan hakikatnya. Saya anggap apa yang dilakukan untuk Amir adalah jambatan syurga untuk saya,” katanya.

Memahami situasi yang dihadapi kebanyakan keluarga angkat yang turut melalui situasi sama sepertinya, Norlida turut menitipkan nasihat kepada mereka yang berkenaan agar belajar untuk reda.

“Bagi mereka yang memelihara anak angkat, kena bersedia kerana anak tersebut memang bukan anak kandung kita. Kena faham hakikat tersebut. Lapangkan hati dan tanamkan dalam jiwa bahawa kita sedang menjaga rahmat Allah,” akhirinya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Astro awani

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *