Viral

Penduduk Di Tanjung Karang Gempar Apabila Ratusan Ikan Pari Terdampar Di Pantai. Sebab Kenapa Akhirnya Ditemui (Video)

TANJONG KARANG: Ratusan ikan pari terdampar di Pantai Sungai Kajang, di sini, menjadi tanda tanya orang ramai selepas satu rakaman video mengenai kejadian itu tular di laman Facebook (FB), semalam.

Menerusi hantaran status dan gambar yang dimuat naik sebuah laman FB, masih belum ada kepastian bagaimana ikan pari berkenaan boleh terdampar.

“Ada sesiapa (nelayan di kawasan Pantai Sungai Kajang) boleh sahkan?,” kata pentadbir laman FB itu.

Di ruangan komen pula, terdapat video memaparkan beberapa nelayan di dalam bot membawa naik ikan berkenaan ke jeti nelayan.

Ratusan ikan pari terdampar di kawasan Pantai Sungai Kajang sehingga mencetuskan tanda tanya orang ramai, semalam. - Foto ihsan pembaca

Ratusan ikan pari terdampar di kawasan Pantai Sungai Kajang sehingga mencetuskan tanda tanya orang ramai. – Foto ihsan pembaca

Seorang pemilik akaun FB mendakwa, ikan pari itu tidak terdampar seperti yang tular di media sosial, sebaliknya adalah hasil daripada pemasangan belat (peralatan menangkap ikan).

“Ini cerita semalam. Orang (nelayan) membelat (ikan pari) dapat hasil satu tan dan bukan ikan terdampar seperti yang sedia maklum,” katanya.

Sementara itu, BH sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada Jabatan Perikanan Selangor berhubung perkara itu.

Video:

Sumber : BHARIAN ONLINE/Tranding

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *