Viral

Wanita dipercayai doktor maki pengguna jalan raya, doa dijangkiti Covid-19

Sejak semalam, tular di media sosial rakaman dashcam memperlihatkan pemadu kereta yang melakukan pusingan U sesuka hati hingga mengakibatkan kesusahan pemandu lain.

Cara u-turn membahayakan

Menerusi muat naik daripada seorang pengguna Twitter dikenlai sebagai Fadzli Amin, dia memaklumkan bahawa pemandu tersebut merupakan seorang doktor dan telah melakukan provokasi kepadanya selepas melakukan pusingan U.

Doa perkara tak baik

Lebih mengeruhkan keadaan, doktor wanita itu juga telah mengeluarkan kata-kata kesat serta mendoakan agar dirinya dijangkiti wabak Covid-19.

Situasi tegang itu telah dirakam oleh pengguna Twitter tersebut dan tular di media sosial sehingga menghadirkan pelbagai maklum balas kurang enak daripada warganet.

Agaknya stress rawat pesakit

Hal ini membuatkan ramai yang kurang senang dengan keadaan tersebut kerana seolah-olah tidak menghormati pengguna jalan yang lain.

Mereka juga mempertikaikan kredibiliti seorang petugas barisan hadapan yang memaki-hamun pengguna jalan raya lain disebabkan salah faham ketika memandu.

Ada kata lampu isyarat dekat situ memang bengong

Mungkin lampu isyarat tu rosak kot

Kasarnya maki hamun orang

Nanti mati orang tak tnaya sijil ke pangkat

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Twitter mendakwa bahawa wanita tersebut merupakan pensyarah di salah satu universiti awam. Menurutnya, doktor tersebut memang terkenal dengan sikap agresif dan dianggap sombong oleh pelajarnya.

Walau bagaimanapun, kesahihan video ini tidak dapat dipastikan memandangkan hanya satu pihak sahaja menceritakan hal tersebut.

Namun begitu, masing-masing diharap dapat menyelesaikan perselisihan faham ini dengan matang agar tidak mencerminkan imej yang kurang baik kepada mana-mana institusi kerajaan.

Sumber: Fadzli Amin/Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *