Viral

Dulu Viral Selongkar Sampah Bawa Anak, Dicekup Khayal Pil Kvda

Sebelum ini pernah viral di Tiktok, rakaman seorang wanita sedang menyelongkar tong sampah untuk mencari apa saja yang boleh dikitar semula bagi menyara hidup.

Lebih menyayat hati, ibu tersebut turut membawa 3 orang anaknya bersama-sama dengan menaiki motosikal.

Dalam video tersebut, wanita itu juga dilihat menangis tatkala merima sedikit wang dari seorang individu prihatin.

Pernah viral kutip sampah…Ibu 4 anak ditahan tengah khayal ambil pil kuda

 

Menerusi portal Harian Metro hari ini, wanita berusia 36 tahun itu telah pun ditahan oleh pihak AADK pada 8.30 pagi di rumah bersama adik lelakinya.

Ketika serbuan, ibu kepada 4 orang cahaya mata itu dalam keadaan khayal selepas mengambil sejenis bahan terlarang dipercayai pil kuda.

Malah, dia turut kelihatan tidak senang duduk dan mendakwa mengalami ‘bengkak susu’ kerana tidak dapat menyusukan anak bongsunya yang berumur setahun empat bulan selepas dicekup.

Akui hidup tertekan lepas ditinggalkan suami jadi punca…Hasil jual besi buruk buat beli pil kuda

 

Ibu berkenaan mengakui dirinya tertekan akibat berdepan dengan pelbagai masalah hidup selepas ditinggalkan suami 2 tahun lalu menjadi punca utama bergelumang dengan ‘najis’ itu.

Wanita tersebut juga menjelaskan pernah berhenti mengambil pil kuda sewaktu mengandungkan anak bongsunya, namun kembali menagih gara-gara stress.

Hasil daripada jualan besi buruk yang diperoleh sewaktu menyelongkar tong sampah digunakannya untuk membeli bahan terlarang berkenaan.



Sumber : HMetro / Kisah Dunia

Artikel Awal :-

Bukan tak cukup makan, tapi dah terbiasa selongkar sampah

TUMPAT – Wanita yang menjadi tular selepas rakaman video dia dan anak-anaknya menyelongkar tong sampah tersebar di laman sosial tampil menjelaskan perbuatannya itu.

Menurut Noriza Husin, 36, dari Tumpat, dia menyelongkar tong sampah di tepi jalan bukanlah kerana tidak cukup makan, sebaliknya perbuatan tersebut sudah terbiasa dilakukan sejak bertahun lamanya.

Menurutnya, tahun lalu dia menyelongkar tong sampah bagi mencari besi buruk untuk menyara hidup bersama empat anaknya setelah ditinggalkan suami.

Namun kini, katanya, dia tidak menjadikan amalan mengutip bahan terbuang daripada tong sampah sebagai punca utama pendapatan keluarga kerana sudah mendapat bantuan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain bekerja di kedai memproses keropok.

“Kami sudah lama tidak kutip besi buruk dalam tong sampah. Insya-ALLAH duit yang ada ini cukup untuk belanja kami lima beranak namun secara ala kadar.

“Tapi semalam (Isnin) tiba-tiba anak lelaki sulung saya berusia 10 tahun mengajak untuk mencari besi buruk. Mungkin sebab kami sudah lama tak kutip besi buruk, dia rasa teringat nak buat.

“Saya ikutkan saja sebab ini satu-satunya kerja yang kami anak beranak buat untuk sara hidup ketika susah dahulu. Bukan saya tak larang, tapi mereka dah terbiasa dari kecil lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini pada Isnin.

Ahad lalu, tular video di media sosial menunjukkan Noriza bersama anak-anaknya menyelongkar tong sampah di kawasan Perkampungan Belayan Baru, Tumpat.

Perbuatan tersebut mendapat simpati daripada netizen, malah ada juga yang mengutuk.

Pada tahun lalu, media pernah melaporkan Noriza mendukung bayi berusia tiga bulan sambil menyelongkar tong sampah untuk mencari besi buruk, sambil sebelah tangan lagi memimpin anak ketiganya berumur empat tahun dan berjalan sejauh satu kilometer setiap hari.

Bagaimanapun, rutin Noriza sudah berubah setelah bekerja di kedai memproses keropok dan turut dibantu kakaknya, Sarinah Husin, 43, dan juga abang iparnya yang bekerja sebagai buruh.

Noriza berkata, dia kini tinggal menumpang di rumah kakaknya, menjadikan seramai 15 orang tinggal di dalam rumah tersebut.

Ibu cekal itu bagaimanapun berkata, dia tidak marahkan individu yang tularkan perbuatannya itu dan menyifatkan ia mungkin pembuka pintu rezeki kepada mereka 15 beranak.

“Saya nak bergantung sepenuhnya kepada kakak dan abang ipar pun tak boleh juga sebab mereka ada dua anak istimewa dan sekarang berusaha untuk membuat permohonan bantuan dengan JKM.

“Apa yang boleh saya buat sekarang adalah berjimat cermat. Sebab dua anak masih bersekolah dan itupun ada pihak sekolah yang membantu,” katanya.

Menurutnya, kalau dikenangkan kembali kisah hidupnya sebelum ini memang sedih apabila teringat zaman anak sulungnya ke sekolah dengan hanya membawa kertas kosong kerana tidak mampu.

Disebabkan kemiskinan hidup, katanya, ada individu yang mahu membeli kandungannya ketika dia sedang hamil dua bulan.

“Walau apa pun yang berlaku, seburuk mana saya dipandang orang, saya tidak sesekali menjual anak saya. Dengan kudrat yang ada saya tetap besarkan mereka.

“Saya selalu ingatkan anak-anak, walaupun kita susah mereka kena belajar bersungguh-sungguh demi masa depan keluarga dan ingat jasa mereka yang membantu kita selama ini,” katanya.

Sementara itu, nasib keluarga tersebut mendapat perhatian aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society diwakili Che Norhayati Mohamed dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang berkunjung ke rumahnya.

Sumber:Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *