Viral

Pelik mesin ATM dalam ‘hutan’ sampai tak berani keluar kereta, gadis siap pergi semula waktu siang… terkejvt, rupa-rupanya

PERASAAN bercampur-baur apabila memasuki kawasan yang begitu asing dan terpencil.

Begitulah yang dialami seorang gadis ketika berkunjung ke satu lokasi yang menempatkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM), pada waktu malam.

“Bank dalam hutan macam ni. Tengok kiri kanan I ni semuanya gelap. Memang saya tak turun, saya takut,” katanya menerusi video TikTok yang dirakamkan dari dalam kereta.

Gadis berkenaan, Aisyah Abdullah memberitahu, rakaman dibuat ketika berkunjung ke rumah sewa kakak angkatnya di sebuah kampung di Bukit Besi di Dungun, Terengganu.

Berkongsi pengalaman, katanya, dia ketika itu menemani kakaknya yang mahu mengeluarkan wang di sebuah mesin ATM di kampung berkenaan, kira-kira pukul 9 malam.

“Masa kami mula-mula sampai di situ, tak ada orang pun. Keadaan memang gelap-gelita, hanya ada satu lampu di mestin ATM dan satu lagi dekat blok bangunan tersebut.

“Ada kedai runcit bersebelahan, tapi dah tutup awal. Dan satu premis yang hanya menempatkan mesin ATM. Kawasan situ dikelilingi pokok-pokok dan semak,” katanya kepada mStar.

Walaupun beberapa kali berkunjung ke kampung tersebut, namun gadis yang berasal dari Kuala Terengganu itu belum pernah melalui kawasan tersebut pada waktu malam.

“Lampu dekat ATM terang, sekeliling memang sunyi-sepi. Lepas tu barulah ada seorang dua datang ke ATM, tapi memang rasa seram kalau tengok,” ujar Aisyah.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, keadaan tersebut mungkin dianggap biasa bagi penduduk kampung namun ia merupakan pengalaman menyeramkan.

“Mereka yang tinggal di situ mungkin dah terbiasa. Tapi saya tak berani, kalau di bandar pun nak pergi mesin ATM malam-malam pun takut.

“Kalau di bandar, orang mungkin takut-takut nak pergi ATM sebab risiko jenayah seperti perompak, tapi kalau kat tempat gelap macam tu, lebih seram fikir nampak hantu.

“Tapi pada pandangan saya, penduduk setempat pasti lebih selesa kalau kawasan di sekitar mesin ATM lebih terang, lebih selamat untuk keluarkan duit,” tambahnya.

Aisyah yang berniaga secara dalam talian berkata, dia turut membuat rakaman pada sebelah siang di kawasan berkenaan.

“Bila saya datang semula waktu siang, memang terkejut tengok kawasan sekitar. Rupa-rupanya tak jauh pun dari tanah perkuburan kira-kira 300 meter.

“Kawasan rumah pun tak dekat dengan ATM tu. Kalau saya tahu lebih awal ada kubur dekat situ, tak berani tinggal seorang diri dalam kereta,” katanya.

Dia bagaimanapun menegaskan perkongsian videonya sekadar untuk menyuarakan pandangan mengenai keselamatan ketika menggunakan mesin ATM pada waktu malam.

“Memang seram bila fikir pasal hantu. Tapi soal keselamatan lagi penting, terutama ketika mengeluarkan duit.

“Harap ada perubahan yang dibuat di kawasan sekitar demi keselesaan dan keselamatan penduduk setempat termasuk orang luar seperti saya,” katanya.

Sumber Mstar/ekisah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawbah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *