Viral

Macam Dah Rancang Je. Kecoh Pasal Kedai Air Shuk Sahar Diterbalikkan. Sekali Warganet Perasan Benda Lain Lepas Tular Pasal Video Tu.

Disindir berniaga gara-gara kini sudah kehilangan pekerjaan, pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar, 35, mengaku masih terkejut dengan tindakan seorang lelaki asing yang singgah ke gerai minuman dan menolak barangan jualannya.

Menurut shuk, semasa kejadian, dia bersama pembantu peribadinya, Iskandar Nurzaman, 23, sedang berniaga air minuman di tepi jalan di kawasan tersebut sebelum didatangi seorang lelaki berbaju hitam yang menaiki kereta Myvi berwarna putih.

“Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba diperli oleh lelaki itu.

“Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba mengasari saya. Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,”katanya.

Shuk berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia berikutan kejadian tersebut yang berlaku di Wangsa Maju, hari ini. Bagaimanapun,menurut Shuk, dia tidak marah dengan apa yang berlaku sebaliknya kebingungan dan tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki berbaju hitam tersebut.

“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai. “Saya cuma nak tahu kenapa dia tergamak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,”katanya.

Tersebar gambar sebelum kejadian

Dalam pada itu, rata-rata warganet meraskan aksi terbalikkan gerai tersebut seperti sudah dirancang dan merupakan satu lagi gimik seperti yang di lakukan oleh Shuk dan Isteri sebelum ini dalam usaha mereka untuk melariskan produk

Berikut gambar yang tersebar sebelum kejadian di mana kelihatan kereta myvi puteh seoalah-olah sudah bersedia. Tidak dapat dimastikan sejauh mana dakwaan ini, apa-apa pun kita tunggu kenyataan lanjut dari Shuk Sahar

Shuk sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi membabitkan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24. Dia juga menjadi bahan bualan ramai berikutan perluctan jawatannya sebagai penyampai radio Hot FM baru-baru ini.

Natijah daripada kriss rumah tangga dan kecuranganan yang dilakukannya, Shuk kini bukan sahaja digantung tugas, pengurusan radio milik Media Prima tersebut sudah membuat keputusan menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.

“Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian,” kata pelawak popular, Shuk Sahar berhubung penamatan kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM yang berkuat kuasa hari ini. Shuk, 35, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik pihak pengurusan stesen radio terhadap dirinya.

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Utusan Online

Muat Naik Video Macam Perli Warganet. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Isteri Shuk Sahar Tampil Bersuara Lantang Beri Penjelasan Buat Warganet Terkedu.

Berikutan isu kemelut rumah tangga yang melanda pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah tempoh hari, warganet ibarat ‘mencurahkan minyak ke dalam api’ apabila mereka membuat pelbagai spekulasi berkenaan wanita itu.

Mesra disapa Sera, semalam dia berkongsi satu posting di laman sosial Instagram miliknya untuk menjelaskan perkara sebenar berkaitan tuduhan warganet yang mendakwa dirinya ‘memerli warganet’ melalui video yang dikongsi di aplikasi TikTok sebelum ini.

Jangan la ftnah!

“Ada yang kata Sera perli warganet pasal buat video ini. Sedangkan video ini 14 Disember 2020. Kenapa takda yang nak betulkan bila Sera cakap video ini ftnah. “Memang nak ‘pickup’ cerita yang fitnah ja. Kebenaran korang tak nak pickup pula sebab takut kena balik pula sebab share info tak betul,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Selain itu, wanita tersebut turut memberi maklum balas terhadap segala kritikan dan thmahan yang warganet lontarkan kepada dirinya selama ini. Ini kerana sebelum ini, warganet mengkritik Sera kerana ibu kepada dua cahaya mata itu membuka aibnya sendiri di laman sosial dengan berkongsi tentang kemelut rumah tangganya. Menepis tuduhan itu, Sera menegaskan bahawa dia sudah lama menjaga aib suami tetapi makin dihimpit pelbagai provokasi. Justeru itu, dia memilih untuk bersuara bagi membela rumah tangganya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Sera membanjiri dengan kata-kata semangat buat wanita itu agar kekal tabah menghadapi segala ujian dalam hidupnya. Malah, ramai juga yang memuji keberaniannya untuk berterus-terang dalam isu berkenaan.

Warganet salah sangka

Dalam pada itu, ada juga warganet yang menasihati Sera secara ikhlas supaya dia tidak mengulanginya kembali, yakni berkongsi masalah rumah tangga di laman sosial. Baginya, adalah lebih baik jika ia diadukan kepada Allah SWT.

Baguslah Sera berani memberi penjelasan untuk menjernihkan suasana. Tiadalah warganet tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku di sebalik semua ini. Apa pun, semoga rumah tangga mereka berdua kekal bahagia hingga ke syurga hendakNya!

Sumber: Instagram @rossa.sera

Baru Je Semalam Kontrak Ditamatkan Oleh Hotfm. Mengejutkan Ini Yang Terjadi Dekat Ig Shuk Buat Ramai Yang Terkedu.

Semalam, pihak pengurusan Hot FM menerusi Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd. Tahrim berkata, mereka telah menamatkan kontrak perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM berkuatkuasa serta merta.

Selamat Tinggal Shuk 

Ini berikutan, siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah ingkar kontrak dan terma perjanjian dan difahamkan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar telah dimaklumkan mengenainya.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini. “Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM. “Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya dalam sebuah kenyataan

Warganet Gesa Shuk Tukar Nama 

Dalam pada itu, menerusi carian Murai.my pada Instagram pelawak itu mendapati nama yang didaftarkan pada platform itu masih menggunakan @shuk_hotfm sehingga artikel ini ditulis (19 Februari 2021). Manakala pada bahagian profil juga masih tertera ‘HotFM DJ Announcer’ merujuk kepada tugasnya sebelum ini.

Menjengah kepada ruangan komen hantaran terbaharu Shuk, rata-rata warganet mengkritik dan menggesa agar dia menukar namanya dengan kadar segera memandangkan dia tidak lagi bersama stesen radio berkenaan.

Namu begitu, ada diantara mereka meminta agar diberikan ruang buat Shuk untuk kembali ke fasa baharu dalam hidupnya. Terdahulu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial.

Difahamkan segmen kendaliannya terdahulu bersama rakan penyampai, Fizie menerusi Geng Pagi Hot (GPH) diberi nafas baharu apabila memperkenalkan pelakon, penyanyi dan pelawak Mark Adam sebagai gandingan baharu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MURAI.MY

Akhirnya Pihak Hotfm Beritahu Keputusan Yang Di Ambil Terhadap Shuk Sahar Selepas Dia Digantung Kerja. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Tindakan Yang Dikenakan Pada Shuk Sahar.

Krisis rumah tangga dan isu tidak setia melibatkan penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya memakan diri apabila siasatan dalaman pihak pengurusan stesen itu mendapati dia bersalah. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, keputusan itu dicapai selepas siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah ingkar kontrak dan terma perjanjian.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini. “Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya ingkar terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.

“Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Pada 24 Januari lalu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digntung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci berhubung lsu rumah tangganya yang tular di media sosial.

Pada Isnin lalu, Hot FM mengumumkan penyanyi dan pelakon Mark Adam merupakan penyampai baharu segmen GPH. Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengunduran Shuib pada hujung Januari lalu.

Dalam pada itu, Anida berkata pemilihan Mark Adam sebagai penyampai GPH dapat memberikan nafas baharu kepada stesen radio berkenaan. “Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.

“Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH. Harapan kami agar para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” ujarnya.

GPH bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Shuk terpalit dengan konntroversi selepas tersebarnya video dia berlaku tidak setia terhadap isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan didakwa mempunyai h.ubungan dengan wanita lain. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Isteri Shuk Sahar Jadi Perbualan Hangat Warganet Pula Bila Dia Dikatakan Perli Sana Sini. Ramai Yang Bengang Bila Sera Tunjuk Belagak Dengan Melontarkan Kata Kata Ni.

“Kenapa kena hasut orang lain suruh benci aku sekali? Takleh jatuhkan aku sorang-sorang eh?” Cerita berbaik-baik antara pelawak, Shuk Sahar dengan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah (Sera) baru sahaja reda, namun ianya kembali diperkatakan apabila Sera sendiri yang seakan meledakkannya.

Di platform Tik Tok, Sera yang memakai cermin mata hitam sambil  bersandar di kerusi melontarkan kata-kata tersebut. Lebih menunjukkan kuasa wanita apabila Sera membuat gaya seolah-olah berlagak dengan beberapa kali membuat simbol memanggil dan ‘memtng leher’ diiringi gelak ketawa membuatkan warganet berbelah bahagi pendapat.

Dah kenapa? Bagi mereka yang menyokong Sera menyatakan ianya perlu dilaungkan supaya orang yang dengki dengan kebahagiaan mereka akan terduduk. Namun, bagi mereka yang menyampah dengan pengisian sebegini menegaskan bahawa Sera lah yang meuar-uarkan di media sosial, jadi kenapa? Tak boleh jatuhkan Shuk seorangkah?

Tidak puas memberi komen di hantaran tersebut, ada pula warganet yang marah Sera di hantaran pada bulan Disember 2020, iaitu ketika Sera mempertahankan suaminya yang dituduh tdak setia.

Mungkin Sera tidak bermaksud memerli warganet dan menujukan kepada orang lain. Namun dengan perkongsian sebegini membuatkan warganet mula mengungkit mengenai kisah lama. Jadi, anda rasa perlu kah mereka yang terlibat kes panas begini, diam-diam sahaja?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *