Viral

Sanggup Kongsi Tips Mudah Dapatkan Simpanan RM35 Ribu Di Usia 27 Tahun. Gadis Ini Tanpa Ragu Dedah Rahsia Dia Peroleh Simpanan Sebegitu

Umur makin lama makin meningkat. Impian untuk meiliki duit yang banyak sudah pasti menjadi impian orang ramai. Terbaru seorang wanita dikenali sebagai Miss Ati telah berkongsi cara dia menyimpan duit dan sehingga kini tekah mencapai RM35 ribu di akaunnya tatkala dia baru berginjak usia 27 tahun.

Berikut perkongsian yang dibuat olehnya.

Satu hari, akku ada terbaca fasal cara nak buat savings. Jom aku kongsikan cara aku buat savings tanpa bantuan keluarga. Sebelum tu, aku nak memperkenalkan diri aku sebagai Miss Ati dan aku berumur 27 tahun. Aku masih bujang dan kerja betul betul tengah bandaraya KL.

Dan sekadar pengetahuan, aku grad degree masa aku umur 22 tahun. Mula kerja masa hujung umur 23 tahun. KIra kira savings aku dah ada RM35 ribu. Dan aku baru je beli rumah dan ada kereta dan yeah aku langsung takde kredit kad.Antara akaun yang aku ada adalah Akaun duit gaji masuk, Akaun tabung haji, Akaun bank islam dan ASB.

Cara yang pertama aku potng tabung haji. Masa aku mula2 kerja aku dah daftar untuk potng rm200 tetiap bulan dan aku tak pernah kacau. Sekarang ni dalam tabung haji aku dah cukup untuk pergi haji. Tunggu queue je. Tolong doakan ada rezeki aku tahun depan. Nak buat rayuan. Aku buat cam ni sebab nak tak nak duit tu akan dipotng jugak. So aku tak ada la rasa cam berat nak simpan dan selalunya aku lupa yg aku ada potong untuk tabung haji ni.

Kedua ASB Sama mcm kat atas. Aku potng rm200 setiap bulan. One thing pasal asb ni nak keluarkan susah so aku mmg x pernah kacau duit ni. Asb ni pon aku selalu lupa aku ada savings.So dekat tabung haji dgn asb ni je. Setahun aku dah ada rm9600 untuk each account. Aku dah kerja almost 4 years. So boleh kira sendiri laa kan.

Seterusnya, KWSP Aku tak pernah kacau sampai la aku nak bayar duit downpayment rumah aku. Baru la aku keluarkan dan gunakan 3/4 duit kwsp aku tu. Sekarang ni akaun kwsp aku dah kosong la sebab baru keluarkan. Kat sini aku dah save banyak sebab aku x kacau duit savings aku tu.

Keempat, Overtime Bila aku terpaksa Overtime kt kerja. Duit overtime tu aku akan masukkan kt bank islam aku. Tu jadi Savings aku. Aku nak g travel ke nak beli apa ke semua aku pakai duit tu.

Kelima, Duit gaji Setiap bulan aku akan masukkan duit balance gaji aku ni ke bank islam aku. So mmg kira duit gaji aku ni untuk hidup je lah sebulan. Takde la aku mixed up ni duit savings dari bulan lepas ke apa. Nak isi myk ke makan ke dan whatsoever aku pakai duit gaji dr akaun masuk gaji. Kalau nak shopping aku pakai duit savings aku tu.

Alamklum aku ni jugak jenis cermat sikit. Kalau aku nak beli sesuatu aku akan beri masa sikit dan kumpul duit. Hati kena tabah beb. Aku akan survey dulu mana murah tp ada kualiti. Aku takkan beli barang secara hutang. Aku akan make sure aku beli cash.

Uish makan kt kl ni jangan cakap. Sekali makan lunch je dah boleh cecah rm15. So aku selalu jimat kt breakfast and dinner. Sehari aku tetapkan maximum i can go is rm15. So kalau hr tu aku makan rm8 ke. Balance tu aku kumpul la gitu.

Selain itu, PTPTN Alhamdulillah. Aku grad kelas pertama so aku dpt pelepasan dr bayar ptptn. So kat sini pon aku dah jimat dr bayar. Hehehe. So mohon pelajar2 sana study elok2. Nanti grad takyah fikir nak bayar ptptn tu.

Tujuh, Kredit kad Kadang2 nak book hotel tu susah sikit la bila takde kredit kad ni. Tp skrg ni debit card pon dah widely accepted. So xde masalah dan jangan sesekali amik sbb nanti korang berhutang dia jd semakin banyak sbb tak blh kawal diri bila shopping. Haha.

Akhir sekali, Sedekah Tetiap bulan gaji mestilah akan bg kat mak ayah kat kampung. Beli hadiah kt anak buah aku ke. Belanja parents aku makan. Tapi tetiap bulan aku mmg ada allocation yg aku akan transfer ke akaun yg memerlukan cm aman palestin ke persatuan haiwan terbiar ke atau bila ada orang2 yg perlukan sumbangan (selalu tgk kt newspaper atau page facebook yg aku rasa legit). Aku juga selalu belanja colleague aku makan.

Ramai Peniaga Terpaksa Gulung Tikar. Namun Begitu Lain Pula Nasib 4 Individu Ini Sehinggakan Dikatakan Sebagai Jutawan Hasil Pelaksanaan PKP

Seperti yang kita tahu kebanyakan usahawan dan peniaga bukan saja terpaksa mengikat perut malah ada yang terpaksa gulung tikar akibat kesan daripada pandemik COVID19. Namun begitu,situasi berbeza berlaku kepada beberapa individu ini kerana dikurniakn rezeki berlipat ganda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau dipanggil PKP dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac dulu.

Tambahan pula,golongan ini dikatakan mampu menjana jualan sehingga jutaan ringgit malah ada yang mencecah tujuh angka. Namun begitu,kejayaan itu bukan datang bergolek sebaliknya dengan kesungguhan,pengrbnn dan komitmen tinggi selain bijak gunakan peluang yang ada bagi menjayakan perniagaan hingga bergelar jutawan yang berjaya.

Berikut merupakan temubual mengenai kisah empat usahawan yang sudah bergelar jutawan hasil pelaksanaan PKP hanya disebabkan virus COVID19 supaya menjadi inspirasi keoada seluruh rakyat Malaysia. Ayuh ikuti perkongsian ini dan kita mulakan dengan Pengasas Madam Printing & Packaging,Siti Mariam Abd Rauf.33. “Minggu pertama PKP, saya dan rakan kongsi berjaya jana jualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sebanyak RM400,000.

“Kejayaan itu disusuli dengan membekalkan lebih tiga juta botol (cecair) pembasmi kuman,” katanya yang lebih gemar dipanggil sebagai Mar.Mar berkata, idea untuk mencari kilang pelitup muka dan cecair pembasmi kuman hadir ketika dalam perjalanannya dari Kedah ke Johor.”Syukur, saya dan rakan kongsi segera bertindak dan membekalkan pelitup muka dan pembasmi kuman ke seluruh Malaysia. Minggu pertama PKP kami berjaya jana jualan RM400,000 dan selepas itu terus menjual keperluan orang ramai berkaitan PKP,” katanya yang turut mengeluarkan set lengkap terdiri daripada sarung tangan, pelitup muka dan pembasmi kuman.

Menurutnya, dia sebelum ini terbabit dalam perniagaan percetakan di Kedah, namun disebabkan terkena dengan pelanggan, perniagaannya terjejas teruk sehingga terpaksa memberhentikan 14 pekerja.Mar berkata, selepas masuk dalam perniagaan penjualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman itu, dia kemudian mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan produk kesihatan untuk meningkatkan sistem imun badan di bawah jenama M’Care Mixberry.

“Dari situ, jualan berjaya mencapai tujuh angka dan saya membeli semula aset seperti rumah, kedai dan kereta yang saya terpaksa jual sebelum ini.”Inilah rezeki ‘corona’ saya dan kalau bukan sebab PKP, saya tidak tahu apa nasib saya dan anak,” katanya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Reka Bentuk Industri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Diminta berkongsi kenapa perniagaan percetakannya terjejas, Mar berkata, pelanggan menempah sehingga 80,000 cetakan sampul raya namun apabila siap dia tidak bayar.”Saya dikejar pelabur hingga akhirnya terpaksa melepaskan aset peribadi bagi melunaskan pembayaran kepada mereka (pelabur),” katanya mengakui, ia adalah asam garam bergelar usahawan.

Seterusnya, Pengasas Erni House Sdn Bhd, Ernie Uzliana Mohamed Yatim, 34.Sejak PKP, jualan kek dan kuih ‘melet0p’ hingga mampu menjana pendapatan tujuh angka berbanding kebiasaannya hanya lima angka. Itulah kisah dikongsikan Ernie yang mampu mencatat jualan kek dan kuih Mamasab Bakery sebanyak RM5.23 juta terutama ketika PKP dikuatkuasakan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan dari UiTM Shah Alam itu berkata, selepas menamatkan pengajian dia gagal mendapatkan pekerjaan sebelum menjadi suri rumah.Ernie berkata, dia kemudian berjinak-jinak dalam perniagaan online sebagai ejen Mamasab Bakery atas saranan rakan.Katanya, bermula dengan jualan RM100 dia kini mempunyai 1,000 dropship, ejen dan lima Master Stokis yang berjaya dilahirkan berkat ilmu perniagaan dikongsi pengasas Mamasab Bakery, malah jualan juga berganda ketika PKP.

“Sejak PKP rezeki datang tanpa disangka-sangka dan jualan turut meningkat naik hingga tujuh angka,” katanya.Ernie berkata, impiannya adalah untuk membantu seramai mungkin suri rumah atau sesiapa saja yang ingin menjana pendapatan lumayan walaupun bukan melalui produk sendiri.”Sedangkan saya yang serba kekurangan ini boleh membuat jualan sehingga tujuh angka, saya pasti orang lain juga mampu. Saya hanyalah suri rumah sebelum ini boleh berjaya dengan usaha dan komitmen tinggi,” katanya lagi.

Kita teruskan lagi dengan Pengasas Cik Mi International Sdn Bhd, Nursyamimi Ramli, 32.Tinggalkan kerjaya sebagai pegawai bank adalah langkah terbesar dilakukan Nursyamimi bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan sampingan dilakukannya.Siapa sangka, atas dasar sekadar mencuba perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadi pengedar Mamasab Bakery, dia akhirnya membulatkan tekad melepaskan kerjaya yang menjamin pendapatan tetap setiap bulan sebelum melakukan jualan sehingga RM7.29 juta.

“Saya menyertai Mamasab Bakery secara sambilan dengan tujuan utama untuk menambah simpanan anak-anak.”Sudah dua tahun saya menjual produk Mamasab Bakery dan tidak terfikir untuk mengeluarkan produk sendiri kerana sistem yang ada sekarang mudah apabila saya bermula tanpa modal dengan menjadi dropship.

“Sehingga sekarang saya menjadi Master Stokis dan mempunyai pasukan jualan sendiri di bawah Cik Mi Squad (kira-kira 7,000 dropship, ejen, stokis di bawahnya).”Secara rasmi, saya meletakkan jawatan (pegawai bank) pada Mac lalu dan terus konsisten membantu mengembangkan pasukan yang kini sudah terdapat 57 leader yang saya lahirkan berjaya membuat jualan lima ke tujuh angka.

“Biarpun tanpa produk sendiri, saya mampu menjana pendapatan melebihi gaji yang diterima sebelum ini dan platform Mamasab Bakery banyak membantu saya mencapai impian,” katanya.Katanya, selain doa keluarga terutama suami, hikmah pelaksanaan PKP membuka peluang buatnya untuk berjaya sekali gus bergelar jutawan.

“Dengan (pelaksanaan) PKP, saya mampu menjana jualan tujuh angka dan sasaran tahun ini adalah untuk membantu 1,000 ahli pasukan membuat jualan minimum enam angka,” katanya.Untuk rekod, Nursyamimi berjaya menjadi Master Stokis Mamasab Bakery yang meraih jualan tertinggi, RM7.29 juta bagi Januari hingga Mei lalu dan peningkatan jualannya paling banyak disumbangkan sepanjang tempoh PKP.

Akhir sekali, Pengasas dan Pengarah Khayr Biz Group, Muhamad Khair Sulam, 37.“Alhamdulillah, ketika pelaksanaan PKP saya dan rakan kongsi terima tender kerajaan dengan memasang karpet di beberapa unit bangunan.”Tender bernilai tujuh angka itu banyak membantu saya dan boleh dikatakan sebagai penyelamat kami,” katanya yang menjana jualan kira-kira RM1.5 juta sepanjang PKP.

Muhamad Khair juga berkata, dia sememangnya memberi fokus dan melakukan pemasaran secara online terutama bagi syarikatnya, Hobby Shack yang menjual koleksi permainan kanak-kanak dari luar negara.”Bisnes memang seronok sebenarnya walaupun cabarannya besar.”Namun saya akui, kejayaan yang saya capai sekarang ini adalah disebabkan doa seorang ibu.

“Oleh itu, bagi yang mempunyai orang tua dapatkan doa dan restu mereka,” katanya.Pemegang Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia masuk ke dunia perniagaan secara tidak sengaja.Katanya, dia memiliki tujuh anak syarikat di bawah Khayr Biz Group dengan pelbagai segmen perniagaan antaranya, Hobby Shack dan tiga syarikat utama iaitu Khair Inspirasi, Khair Carpet Centre (KCC) dan Caffe Don Cortez.

Menurutnya, kejayaan dikecapinya sekarang tidak datang bergolek sebaliknya pernah dua kali diuji menjadi homeless.”Saya pernah mengalami kerugian sebelum ini kerana membuka perniagaan francais dan saya bangkit mencari kelebihan diri yang saya mempunyai kelebihan sebagai master planner dan dalam pemasaran.”Saya mula menjalin kerjasama dengan beberapa rakan yang saya lihat mempunyai potensi tersendiri.”Disebabkan itu, setiap syarikat saya mempunyai rakan kongsi yang berbeza dengan kepakaran masing-masing,” katanya yang dilahirkan daripada keluarga pendidik.

Sumber:apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *