Viral

Masuk Tangan Sendiri Dalam Uniform Suami, Wanita Rindu Seolah2 Dipeluk Arwah

Kerinduan terhadap insan tersayang yang telah pergi menghadap ilahi sukar untuk diterima oleh seseorang. Hanya tinggal memori, kata-kata terindah dan barang peninggalan arwah menjadi kenangan bagi melepaskan rindu terpendam di hati.

Situasi seperti itu dihadapi oleh seorang isteri @anha_putri411 yang kehilangan suami tersayang dan hanya mampu menitiskan air mata tatkala perasaan rindu datang menjelma.

Namun, cara melepaskan rindu wanita di Indonesia tersebut mengundang hiba pengguna media sosial selepas videonya dikongsi di akaun Instagram @sahabatsurga.

Isteri lepas rindu pada arwah suaminya…

 

 

Menerusi rakaman video berdurasi 19 saat itu, Putri dilihat berhadapan dengan uniform arwah suami yang digantung pada dinding sebelum menyarungkan sebelah tangannya ke dalam baju tersebut.

Selepas itu, tangan Putri mengusap kepalanya sendiri seolah-olah tindakan tersebut dilakukan oleh suaminya dalam keadaan menangis ‘berpelukan’.

Apatah lagi nyanyian Insomniacks berjudul Pulang dijadikan lagu latarbelakang video, momen itu membuatkan penonton hiba serta mendoakan wanita berkenaan terus sabar dan kuat menghadapi dugaan tersebut.

Beratnya rasa rindu

Teruskan semangat, jangan lupa doa

Semoga terus kuat

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca kematian arwah suaminya. Belajarlah untuk redha, semoga roh Allahyarham tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman. Amin!

Sumber: Instagram @sahabatsurga , @anha_putri411/ borakdaily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *