Viral

Dakwaan bakal meninggalkan industri nyanyian selepas menerima pelbagai kritikan negatif. Ini Update Terbaru Dari Nabila Razali

Persembahan penyanyi, Nabila Razali yang menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terus hangat diperkatakan walaupun dia telah membuat permohonan maaf.

Terbaru, netizen mendakwa Nabila bakal meninggalkan industri nyanyian selepas menerima pelbagai kritikan negatif. Betul ke?

This is it

Di Instagram Story, Nabila memberi ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan menunjukkan rasa sayang terhadapnya.

Namun begitu, ayat selepas ucapan terima kasih menimbulkan 1001 persoalan buat peminat Nabila.

Terima kasih semua atas keprihatinan dan sokongan. Tapi saya rasa, cukuplah.

Walaupun tidak dijelaskan dengan lebih lanjut mengenai status tersebut, ramai beranggapan pelantun suara ‘Peluang Kedua’ itu bakal meninggalkan industri nyanyian.

Tidak lama selepas itu Nabila Razali turut memuat naik satu lagi status. Beliau meminta supaya netizen tidak menyalahkan pihak pengurusan beliau.

Apa yang terjadi adalah datang dari diri Nabila sendiri dan bukan orang lain.


Sebelum ini, ramai rakan artis dan kelab peminat Nabila memberikan kata-kata positif buat dirinya. Antaranya Neelofa, Siti Sarah dan Datin Alyah.

Menurut mereka, Nabila telah melakukan yang terbaik dan persembahan malam itu merupakan hadiah yang sangat ikhlas daripada Nabila buat semua yang menonton acara berprestij tersebut.

Syafinaz Kongsi Video Latihan Nabila Razali, Lagi Sedap Dari Pentas AJL…Meremang Dengar!

Terbaru, guru vokal kepada penyanyi Peluang Kedua iaitu Datuk Syafinaz Selamat menerusi laman Instagram tampil memberi respon terhadap isu ini.

Pembelajaran adalah kunci kejayaan

Datuk Syafinaz selaku guru vokal kepada Nabila Razali memuji usaha dan kerja kuat penyanyi itu yang berhasrat untuk belajar vokal sejak Mei tahun lalu. Tidak dinafikan, sepanjang proses pembelajaran tersebut terdapat beberapa halangan yang terpaksa dilalui antaranya adalah masalah kesihatan Nabila, kesibukan kerja dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saya sentiasa terbuka dan menyokong mana-mana penyanyi yang ingin memperbaiki nyanyian mereka. Ramai artis-artis baru dan juga nama-nama besar yang menyatakan hasrat malah sudi belajar dengan saya. I’m happy to share this little knowledge that I have. Setiap yang kita lakukan adalah satu seni yang memerlukan skill. Memasak, menjahit, menari, menyanyi, bersukan, waima bertutur sekalipun. Saya percaya kesungguhan dan dedikasi boleh mengatasi kelemahan. Pembelajaran yang konsiten adalah kunci kejayaan.

Nabila menyuarakan hasrat untuk memperbaiki nyanyiannya Mei tahun lalu. Namun halangan kesihatannya, jadual kerja kami yang padat dan situasi PKP menyebabkan proses pembelajarannya agak mencabar. Kelas intensif hanya dapat dilakukan sebaik PKP 2.0 berakhir.

Lihat dari aspek kualiti tonal

Bukan itu sahaja, Datuk Syafinaz turut berkongsi satu video nyanyian Nabila sewaktu sesi latihan dijalankan. Guru vokal ini mengakui video tersebut adalah bukan nyanyian terbaiknya tetapi ada lagi nyanyian yang lebih baik dari itu.

Tidak dinafikan, rata-rata netizen melihat kesalahan yang dilakukan Nabila sewaktu ‘terkucil’ dalam menyampaikan lagu tersebut. Tetapi guru vokal ini pula melihat dari aspek yang berlainan iaitu kualiti tonal dan perkembangan musicality.

Video amatur ini dirakamkan pada awal Mac. Bukanlah nyanyiannya yang terbaik tapi ia satu-satunya yang saya ada (sebab kebiasaannya dia yang rajin merakam semasa sesi latihan). It’s far from perfect tapi lebih baik daripada apa yang dia lakukan di atas pentas AJL.

Umum hanya melihat kejadian ‘terkucil’ manakala saya pula melihat dari aspek kualiti tonal dan perkembangan ‘musicality’-nya. Selain tekanan akibat dari ekspektasi, seorang penyanyi juga perlu ‘battle his/her inner demons’ apabila berada di atas pentas mega itu.

Sumber: Nabila Razali via Oh Bulan/trandingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *