Viral

Kehadiran disambut ‘meriah’, Ebit Lew terharu layanan baik warga Afrika

Sebut sahaja ‘Hero Malaysia’, sudah tentu wajah dan nama Ustaz Ebit Lew terbayang di fikiran semua. Usahawan dan pendakwah bebas terkenal itu memang cukup dikenali dengan sifat pemurahnya yang tidak berbelah bahagi.

 

Selepas membantu ramai masyarakat susah di negara sendiri, Ebit Lew melebarkan aktiviti kebajikannya ke Afrika pula, baru-baru ini.

Hari ini, pendakwah bebas berusia 37 tahun itu memuat naik perkembangan misi bantuan tersebut di laman sosial Facebook miliknya.

Sebak lihat penderitaan warga Afrika

Menerusi ‘posting’ itu, Ebit berkongsi situasi kesusahan yang dialami oleh penduduk kawasan luar bandar di negara terbabit di mana semuanya menetap di rumah zink berbentuk kotak dan sebesar saiz tandas.


Bukan setakat tiada bekalan air dan elektrik sahaja, malah penduduk juga terpaksa menggali lubang besar untuk dijadikan sebagai ‘tandas’. Allahu, pasti tak dapat terbayang jika kita berada di tempat mereka, kan? Jadi bersyukurlah sentiasa.

Terharu disambut dengan meriah

Dalam pada itu, Ebit turut meluahkan perasaan gembira apabila kedatangannya disambut dengan begitu mesra dan meriah oleh para penduduk yang dikatakan menyanyi dan menari keriangan saat melihat kelibat lelaki dermawan itu. Hebat aura Ebit Lew!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat ketabahan pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew itu dalam menyampaikan misi bantuan kepada golongan susah tidak mengira bangsa dan agama.

Dahsyat Ustaz Ebit Lew, orang Afrika pun kenal
Semoga Allah permudahkan urusan dunia akhirat



Terdahulu, Ebit Lew berlepas ke Afrika Selatan bagi menjalankan misi kemanusiaan dan kasih sayang di negara terbabit, meskipun pandemik Covid-19 masih belum reda.

Semoga Allah lindungi ustaz Ebit Lew sentiasan. Amin.

Sumber: Facebook Ebit Lew / OhMyMedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *